HANNAH menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang Ethan cuba maksudkan sebenarnya?
"Jadi ajarlah I cinta yang memberi pahala tu Hannah."
Ethan mahu mengajaknya bercintakah? Kecil tapak tangan, Lautan Hindi Hannah tadahkan. Hannah akan terima dengan hati yang terbuka. Orang gila mana sajalah yang tidak mahu bercinta dengan suaminya itu. Sudahlah kacak lagikan bergaya. Kaya pula tu.
"Puan Adlina kita ni melamun apa? Ingat dekat cik abang ke?" tegur Lysda. Tersengih-sengih saja Lysda melihat muka terkejut Hannah. Takde salam, terus saja Lysda terjah mausk bilik pejabat Hannah.
"Ish sibuk je Puan Lysda kita ni ya." Lupa pula nak beritahu yang Lysda sudah berkahwin bulan lepas. Kecoh bila pengantin lelaki sesat pergi majlis kahwin orang lain. Habis kecoh satu kampung. Nasib tok kadi tak nikahkan lagi. Kalau tidak mahunya Lysda menangis dekat tepi titi.
"Alah malulah tu."
"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Hananh jengkel. Bukan dia tak biasa dengan Lysda ni. Masuk bilik dia ni mesti ada sebab.
"Oh ya lupa pulak aku." Lysda menepuk dahinya.
"Tuan Ishak nak fail projek dekat Nilai tu." Tepat dihadapan mata Lysda, Hannah meletak fail berwarna ungu itu.
"Tengah hari ni kau free tak?" soal Lysda. Sudah lama dia bercita-cita ingin membelanja Hannah sejak dia berkahwin ini. Jarang sekali mereka dapat lunch sama-sama macam dulu. Almaklumlah, dua-dua dah kahwin. Komitmen dah berubah. Kalau Hannah tak lunch dengan hubby dia, Lysda pula yang lunch dengan hubby dia.
"Tengah hari ni aku nak lawat site dekat Damansara sekejap. Lepastu pergi klinik. Ada appoinment dengan doktor gigi. Kenapa?"
"Alah baru cadang nak belanja kau." Lysda tayang sengih.
"Alolo murninya niat kau. Esok eh? Aku free esok." Hannah ketawa kecil. Bestnya ada orang nak belanja. Semoga murahlah rezeki kau Lysda.
"Aku pun free. Set." Bersama fail berwarna ungu itu Lysda melenggang keluar dari bilik Hannah. Tergeleng-geleng kepala Hannah.
Elok saja Lysda keluar, Ethan pula masuk. Kalau begini sampai kehabislah kerja Hannah tidak bergerak. Perlahan Hannah mengeluh.
"You nak pergi lawat sitekan?" soal Ethan sebaik saja melabuhkan punggungnya pada kerusi dihadapan Hannah.
Hannah hanya membalas dengan anggukan.
"Pergi sekali dengan I. I pun nak pergi sana jugak." Tenang Ethan bersandar.
"Tapi Hannah ada appoinment dengan doktor gigilah bie." Nak ke Ethan tunggu dia? Kalau lama nanti macam mana.
"Takpe. Apa salahnya I bawak you pergi klinik. Baru macam suami penyayang sikitkan." Ethan kenyit mata. Peh, cair sampai kekaki Hannah rasa. Panas. Panas. Aircond tak berfungsi ke apa ni?
Ya tak berfungsi. Tapi cuma bila Ethan ada didalam. Kalau orang lain, aircond ni elok saja berfungsi seperti biasa. Mengada punya aircond.
Hannah hanya mengangguk. Dia tidak mampu memberi alasan lagi. Dah Ethan yang nak sangat jadi suami penyayangkan. Ikutkan saja. Hannah juga teringin dimanjakan oleh suaminya seperti wanita yang sudah berkahwin yang lain.
"You nampak cantik dengan tudung warna tu. Sesuai dengan kulit you," puji Ethan sebelum mengenyit mata. Ni musykil dah ni. Ethan asyik kenyit mata ni bukan sebab sakit matakan? Wajah putih Hannah memerah. Nanti dia nak penuhkan almarinya dengan tudung warna ini. Haih, menggebu rasanya hati Hannah dipuji sebegini. Oleh Ethan pula tu kan.
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
Roman d'amourDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...