BAB 10
SEMUA yang ada dimeja makan tercengang melihat Puan Sri Hidayu yang menjerit bagai nak pecah anak tekak. Ketiga-tiga jejaka yang ada dimeja makan itu saling berpandangan sesama mereka.
Puan Sri Hidayu yang tersedar keterlanjurannya, tersengih bak kerang busuk yang disembur dengan minyak wangi.
"Mama okey?" soal si bongsu penuh prihatin. Haruslah prihatin. Inilah satu-satunya ibu yang dia ada. Hargailah ibu anda selagi masih ada.
"Mama okey je sayang. Just terkejut tadi ada lipas terbang. Oh ya long, kamu pergi berdua je ke?" Sekali lagi tiga beranak itu saling berpandangan. Lipas terbang? Tak munasabah langsung alasannya.
"Taklah ma. Along pergi dengan ucu sekali. Adam pulak angkut adik dia si Aniq tu."
Puan Sri Hidayu menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Ethan tak pergi berdua dengan Adam. "Ucu pergi sekali ke? Ucu tolong belikan mama ikan bilis tau. Along tu bukan boleh harap sangat."
Hah! Ni lagi seorang. Ikan bilis saja yang dia fikir.
"Okey ma. Beres." Eric menaikkan ibu jarinya tanda bagus. Bibirnya juga tanpa disuruh terus membentuk sengihan besar. "Dah dah, cepat makan semua." Sesi kunyah-mengunyah yang tergendala kerana gelombang berfrekuensi tinggi tadi diteruskan semula. Masing-masing tekun mengadap pinggan sendiri. Makan malam itu terus dilatari muzik indah pinggan dan sudu berlaga hingga suapan yang terakhir.
ERIC mendengus. Kakinya sudah hampir berakar terlalu lama menunggu Ethan bersiap. Bersiap mengalahkan perempuan. Elya pun tak mengambil masa selama ini untuk bersiap. Apa yang dibuatnya? Tepek bedak sekilo ke? Opera cina pun tak macam tu Ethan Harraz oi.
"Long, lama lagi ke kau nak bersiap? Kaki aku dah semacam lumpuh ni." Eric mengurut-urut betisnya yang lenguh kerana terlampau lama berdiri. Yang hang pergi berdiri pasaipa pulak? Duduklah budak bijak oi.
"Eh, along tak siap lagi ke ucu? Janji dengan abang Adam pukul berapa? Jadi pergi ke tak ni?" soal Puan Sri Hidayu saat melintasi ruang tamu. Sengaja dia menegur anak teruna bongsunya ini. Kutlah tak jadi pergi atau apa ke. Eric tergaru-garu kepalanya saat ditegur mama terchenta. Banyak betul soalan. Ni nak ambil alih tugas polis ke apa ni? Kesian pak polisi semua tak ada kerja penangan Puan Sri Hidayu.
"Untuk soalan yang pertama, jawapannya along belum siap lagi. Soalan kedua, jadi pergi tapi kejap lagi. Tunggu along siap dulu. Yang terakhir sekali, janji pukul 9 pagi. Ada apa-apa soalan yang ingin puan polis ajukan lagi kepada saya?" Eric berloyar buruk. Sengaja mengenakan mama terchenta. Memerah wajah putih bersih Puan Sri Hidayu kerana malu dan sedikit marah yang bergaul sebati. Bibirnya diketap rapat. Geram.
Puan Sri Hidayu memanjangkan tangannya mencapai telinga kiri Eric lalu dipulas penuh perasaan. Terjerit-jerit Eric kesakitan. Peh yakin merah telinganya nanti dikerjakan oleh mamanya sendiri. Penderaan fizikal. Sob sob sob. Talian Nur mana? Ahaks.
"Ampun ma, ucu janji tak main-main lagi. Ucu janji ma." Kecoh mulut Eric mengungkap janji. Tangan Eric juga tidak putus asa cuba menolak tangan Puan Sri Hidayu yang masih menarik panjang telinganya. Ethan yang baru keluar dari lif bersama beg sandang ala-ala backpackernya tertawa kuat melihat aksi yang dikira agak lama tidak ditontonnya. Kali terakhir adalah sebelum dia berangkat ke Manchester lapan tahun lalu.
Eric memuncung masam. Telinganya baru saja dilepas oleh Puan Sri Hidayu. Eric meraba telinganya. Manalah tahu dah tercabut ke. Boleh tahan kuat juga mamanya menarik telinga comel lotenya ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomansaDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...