BAB 46

9K 232 1
                                    

"KAU bodoh ke?" Menempik suara Zahenon didengari seisi gudang yang menjadi kubu mereka. Baru minggu lepas diserbu. Hari ni dah mula balik. Tak pernah serik.

"Mak tak boleh bunuh dia," tegah Zawiah. Dia tidak mahu melihat wanita yang bergelar ibunya itu membunuh manusia lain demi kepentingan sendiri. Dia tidak mahu ibunya merosak diri dan dikejar dosa sendiri nanti.

"Kenapa? Suka hati akulah nak bunuh siapa pun." Degil. Orang degil memang tidak mahu dengar cakap orang.

"Mak tak boleh bunuh dia. Dia seorang manusia. Dia seorang hamba kepada penciptanya. Dia seorang suami kepada isterinya. Dia seorang ayah kepada anaknya. Dia seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Dan dia seorang rakyat kepada negaranya."

Kesian. Wajah penuh pengharapan itu ditatap Zawiah sekilas. Tak sampai hati. Sedang yang lain boleh bergelak tawa bersama keluarga, lelaki separuh usia itu sedang menunggu ajal menjemputnya.

Hannah tidak berani mahu masuk campur didalam urusan keluarga ini.

"Apa masalahnya dengan benda tu pun. Bunuh tetap bunuh." Zahenon berang. Sudahlah kerana Zawiah mereka diserang besar-besaran oleh D' Pearl. Kalau bukan kerana kerja sambalewa Zawiah, mesti mereka sudah dapat seludup masuk dadah kedalam negara ini. Tapi Zawiah. Haih, malas nak cakap. Buat sakit hati saja.

"Apa salahnya kalau kita bagi dia peluang. Dia ada banyak tanggungjawab. Dia perlu teruskan hidup." Zawiah merayu. Dia kesian melihat lelaki separuh usia itu. Wajahnya sudah lebam sana-sini. Sudah tidak serupa manusia. Lelaki itu memberi pandangan kesian. Sayu rasa dihati Zawiah.

"Kau nak ganti dia? Kau nak mati aku bunuh ke?" Semua tersentak.

"Aunty Zah!" Hannah menempik. Zawiah, sahabat yang dia kenal saat dia terjerumus dalam lembah hina ini. Tak mungkinlah seorang ibu seperti Zahenon ingin membunuh anaknya sendiri.

"Kalau itu dapat puaskan hati mak, Zaw tak kisah." Pasrah, Zawiah memejam matanya menanti ajal yang dicipta oleh ibunya sendiri.

Bang! Bang! Bang!

Tanpa berfikir sesaat pun Zahenon terus menembak Zawiah. Anaknya sendiri. Berdas-das hingga terkulai layu tubuh cergas itu. Darah membuak-buak keluar. Jatuh melutut Zawiah kelantai. Sakit ditembak tidak terasa sangat, sakit dibenci oleh seorang ibu itu adalah sakit yang teramat sakit.

Sebenarnya Zahenon sudah lama ada niat mahu membunuh anaknya itu. Suka sangat menyusahkannya. Sama seperti si bongsu. Dua kali lima. Nak saja dicincang-cincang dagingnya. Berlagak suci. Kalau dah lahir dari darah pembunuh, pembunuh juga nanti jadinya. Tapi tidak, berlagak baik. Kononnya tidak mahu membunuh. Hei, kalau jadi gangster macam mereka ni boleh ke tak membunuh? Nyawa itu umpama mainan saja. Darah tak ubah seperti trofi kemenangan.

Hannah meluru menumbuk wajah sedikit berkedut Zahenon. Dia kisah apa wanita ini sebaya ibunya. Mana ada seorang ibu yang sanggup bunuh anak sendiri. Dia binatang. Tak layak dihormati.

Terpelanting Zahenon menerima tumbukan padu Hannah. Bukan setakat tumbukan, tendangan, sepakan kilas semua ada. Apa Hannah ingat tubuh dia ni punch bag? Tak guna punya budak!

"Mak tak guna. Ibu mana yang sanggup bunuh anak sendiri? Binatang!" Amarah mula menguasai diri Hannah. Pistol yang berada dipinggangnya ditarik keluar. Tidak teragak-agak, Hannah menembak rambang hingga terkena pada paha kanan Zahenon. Terduduk wanita itu kesakitan. Berang jelas kelihatan diwajahnya.

"Kau diam! Tahan dia. Kurung dia. Jangan bagi dia makan," arah ketua kumpulan gangster itu. Dari tadi dia memerhati saja.

Bila tubuh Hannah diseret, tahulah dia erti penyesalan. Kenapalah dia bodoh sangat ikut abang sepupunya kemari? Kenapa dia boleh terjebak dengan semua ni? Dia bukannya mereka. Dia tak seperti mereka. Dia tidak dahagakan darah. Tadilah pertama kali dia mencederakan orang lain hingga sebegitu.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now