UDARA segar pagi itu Ethan hirup semahunya. Sudah masuk hari kedua dia lari dari Hannah. Dia mahu memberi masa kepada Hannah untuk berfikir dan memaafkannya. Ethan tidak mahu memaksa Hannah. Biar Hannah buat keputusan sendiri. Dia sudah cukup dewasa untuk memilih perkara yang benar.
Sumpah demi Allah, dia sudah berubah. Dia sudah lama meninggalkan perbuatan kejinya dulu. Liwat, hubungan seks lelaki dan lelaki, sudah menjadi sejarah hitam hidup Ethan. Kenapalah dia bodoh dulu boleh terjebak dalam hal seperti ini. Mungkin kerana akal agama yang masih lagi cetek. Oleh itu dengan mudah dia terjerumus kedalam lembah penuh kehinaan.
Ethan mengeluh. Dia rindukan Hannah. Dia nak peluk Hannah. Nak cium perut Hannah. Ethan rindukan Hannah dan anak yang berada didalam kandungan Hannah tu.
Amirul betul. Perlakuannya dulu hanya mendatangkan luka kepada orang-orang yang dia sayang. Dia hanya akan menyakitkan hati mereka yang tersayang. Buktinya, Hannah menangis kerananya.
"Sudah-sudahlah tu Harraz oi. Menyampah opah tengok kamu menangis dari kamu sampai semalam. Tak manly langsung." Semalam opah dah membebel panjang dekat Ethan. Kuliah maghrib, Isyak semua tu Ethan dah dapat. Macam nak kecut dan terburai perut Ethan semalam masa dia cerita hal yang sebenar. Tapi opah cool. Selamba je dia tanya best ke tak buat hubungan sejenis. Bengong punya opah.
Sekurang-kurangnya Ethan tahu yang dia punya opah untuk menyokongnya. Dan dia juga ada Amirul sebagai seorang kawan dan abang yang sudi membantunya.
Tertawa kecil Ethan. Manly? Mana pulak opah dengar perkataan ni.
"Kamu kena percaya dengan ketentuan Allah. Tentu ada hikmahnya semua ni jadi. Opah kenal cucu opah tu. Dia cuma terkejut je tu. Dia tak marahkan kamu. Dia susah nak bencikan orang." Opah berhenti seketika. Mengah. Dah tua, biasalah.
"Dan kamu, berubahlah. Demi keluarga kamu. Demi agama, negara dan bangsa."
"Raz memang dah berubah opah. Raz teraniaya. Sekarang Raz cuma perlu perdalamkan lagi ilmu agama Raz."
Opah angguk faham. Ethan tahu opah memang memahami.
"Ni kamu betul taknak opah bagitahu Hannah yang kamu ada dekat sini?"
"Betul opah. Harraz taknak marah Hannah bertambah dekat Harraz. Biarlah dia sejuk dulu. Harraz pun taknak dia tengok suami dia yang lemah macam sekarang ni. Saya taknak dia malu bersuamikan saya. Saya tak layak opah."
"Kamu tahu kisah silam Hannah macam mana?"
Ethan geleng. Hannah tidak pernah bercerita apa pun dengannya dan dia pun takdelah gedik nak bertanya. Takut Hannah tak selesa. Masa silamkan, bukannya untuk diungkit lagi. Biarlah tenggelam oleh waktu. Ethan tak kisah langsung dengan masa silam Hannah. Yang dia mahu, dia ada dimasa depan Hannah. Dia ingin melakar masa depan bersama dengan Hannah.
"Tiada manusia yang sempurna Harraz."
Ya, tiada manusia yang sempurna.
"ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH, sebagai hamba ALlah yang beriman marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi nikmat iman, kesihatan kepada kita semua hingga kita dapat berkumpul bersama menghambakan diri kepada Allah SWT. Selawat dan salam tidak lupa kita kirimkan buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW."
Terkumat-kamit mulut setiap yang mendengarnya, membalas selawat keatas nabi. Amatlah kedekut manusia yang tidak membalas selawat keatas nabi.
"Tajuk kuliah singkat kita hari ni, LGBT. Tuan-tuan semua tahu apa LGBT tu?"
![](https://img.wattpad.com/cover/57384914-288-k930118.jpg)
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...