PERKAHWINAN Hannah dan Ethan sudah memasuki usia lima bulan. Ethan sedikit demi sedikit sudah berubah. Dia rajin mengerjakan solat malam. Pernah sekali Hannah terjaga tengah malam dan dia melihat Ethan yang sedang merintih berdoa ditikar sembahyang.
Tapi sejak dua menjak ni, kerap pula Ethan ke luar negara. Katanya ada urusan yang tidak beres lagi di Manchester. Entah urusan apa Hannah tidak tahu pula.
Adam?
Senyap saja nampaknya. Mungkin jejaka itu juga sibuk bekerja. Tapi pagi ini Ethan kata dia mahu menghabiskan masa dengan Adam.
Sofea pula dah selamat menyiapkan manuskrip keempatnya itu. Tajuk tak boleh blah langsung. Suami Aku Lanun. Bolehlah tu Sofea oi.
Hannah mengelap peluh yang merenik di dahi. Panas betul cuaca hari ini. Bayang si suami langsung tidak terlihat sejak pagi tadi lagi. Entah pergi kemana pun Hannah tidak tahu. Bertemu dengan Adamlah tu. Macam perancangannya. Huh, berpisah sekejap pun tak boleh ke dengan 'buah hati' dia tu. Hannah merengus.
Bunyi deruman kereta memasuki halaman rumah dua tingkat itu. Mata Hannah melirik sekejap kearah jejaka yang baru turun dari kereta tadi sebelum pandangan dikembalikan menonton aksi comel Marchmellow dengan bola bulu dia.
"Hai," tegur Ethan tersengih.
"Hmm."
Ethan angkat kening. Pelik. Selalunya Hannah akan terkinja-kinja bila dia ada. Ini... Okey memang hambar. Dan aneh. Bulan mengambang ke?
"Seorang je?" soal Ethan cuba untuk menarik perhatian Hannah. Namun mata Hannah masih khusyuk melihat Marchmellow. Apa handsome sangat ke kucing tu berbanding dirinya? Ethan mencebik.
"Bie nak mengurat ke apa?" Ethan kaget dengan soalan tiba-tiba Hannah. Mata Hannah berlaga dengan mata Ethan.
"Apa salahnyakan. Isteri sendiri juga." Nakal Ethan sengih. Hannah angkat bahu dan bangun dari duduknya. Kerusi yang diguna tadi ditolak ketempat asal. Tinggallah Ethan krik krik seorang diri disitu.
Ethan garu kepalanya yang tidak gatal. Apa salah dia pulak ni? Dia ada cakap benda yang bukan-bukan ke? Atau...
Hingga ke akar umbi Ethan berfikir. Ting! Mentol keluar dari kepala Ethan.
Oh patutlah... Ethan tahu benar kenapa Hannah jadi sebegini. Kalau ikut pengiraan Ethan, memang tak syak lagi.
Periodlah tu. Hormon tak stabil.
ETHAN membuka kemeja yang dipakainya dari pagi tadi lagi. Rasa berlengas. Hannah yang sedang memeluk bantal golek diintai sedikit.
"Bie.."
Ethan angkat muka.
"Rasa macam nak makan aiskrimlah."
Sudahhh. Mengidam pulak.
"Bie pleaseee." Terkelip-kelip mata Hannah memujuk Ethan. Ethan jegilkan matanya. Dia sudah berapa kali nasihatkan Hannah jangan makan aiskrim lagi. Degil.
"Huh ialah." Mengalah juga Ethan akhirnya bila melihat mata bersinar-sinar Hannah. Tak sampai hati nak hampakan harapan si isteri.
"Tapi..."
Aduh apa pulak ni?
"Nak aiskrim buatan sendiri." Hannah menyambung bicaranya membuatkan Ethan tertepuk dahi. Sudah, dia mana tahu nak buat aiskrim homemade. Mama tahulah macam mana nak buat. Takkan nak ketuk pintu rumah papa pulak. Ethan pening kepala dengan perangai isterinya yang satu ni. Ni baru ada satu, ampun dia nak tambah jadi dua. Satu pun tak terlayan.
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...