EPILOG

12.8K 337 26
                                    

"DON'T move." Gudang tinggal itu diserbu oleh ratusan ahli D' Pearl. Tetapi semuanya sudah terlambat. Walaupun ahli We'sT dapat ditangkap, namun Ethan?

Selamat jalan kekasih.

Hannah merelakan beberapa orang pakar medik membawa Ethan pergi. Adam dan Hakim juga sudah dibawa pergi. Air mata Hannah tidak berhenti-henti sedari tadi. Apa Manchester ni memang tempat dia nak menangis sakan ke?

Gibran, Fudhail dan Furqan berdiri tegak dihadapan Hannah. "Maafkan kami akak. Kami terlambat." Sayu wajah mereka bertiga. Abang yang selama ini mereka kagum dalam diam menjadi mangsa musuh mereka.

Hannah paksa senyum. "Tak, kau orang semua sampai tepat pada masanya. Kalau lambat tadi, mungkin ramai lagi yang jadi mangsa mereka."

"Hannah." Abang Ayip!

"Abang." Hannah memeluk Razif. Dia perlukan seseorang untuk mendengar isi hatinya. Hanya abang Ayip yang ada saat ini. Jangan kata dia gatal peluk lelaki even sepupu sendiri pun. Razif merupakan abang susuannya. Puan Hanum yang menyusukan Razif.

"Abang ada dekat sini. Nangislah adikku." Masing-masing hanya diam membiar Hannah melayan perasaannya. Menangis teresak-esak didada Razif. "Hannah yang salah. Kalaulah Hannah tak bergaduh dengan Ethan. Kalaulah Hannah tak marah dengan Ethan. Mesti semua tak jadi macam ni. Kalaulah Hannah..."

"Tiada istilah kalau Hannah. Hannah macam tak puas hati dengan ketentuan Allah saja kalau cakap macam tu. Ethan perlukan Hannah. Hannah kena kuat." Belakang tubuh Hannah diusap perlahan. Jatuh kasihan pada Hannah. Adiknya yang seorang ini sangat kasihan. Dari dulu lagi dia kena hadapi pelbagai cabaran dan masalah. Entah bila dia ingin bahagia pun Razif tidak tahu.

"Macam mana kalau anak Hannah lahir tanpa ayah dia?" Bagaimana kalau Ethan tinggalkan mereka semua? Apa yang bakal Hannah buat? Dia tak mampu hidup tanpa Ethan. Tiga hari tanpa Ethan saja harinya sudah menjadi kosong. Inikan pula buat selamanya. Tidak mampu Hannah bayangkan.

"Hannah sayang Ethan. Hannah cintakan suami Hannah." Pandangan mata Hannah berbalam. Matanya berair.

"Doakan dia. InshaAllah dia akan selamat."

Doakan dia agar selamat dan reda dengan pemergiannya jika sudah tiba waktu buatnya. Mampukah Hannah reda?

HUJAN turun dengan lebat sekali. Ariada yang merengek, ditepuk-tepuk punggungnya oleh Hannah. Sudah sembilan bulan Ethan terlantar tidak sedarkan diri. Adam yang mengazan dan iqamatkan Ariada semasa dia lahir. Alhamdulillah jejaka itu sudah berubah. Dengan bantuan Ustaz Amirul dan Hakim, Adam cuba untuk pulang kepangkal jalan. Semoga dia cepat bertemu jodoh.

"Bie nak tahu tak hari ni Sofea datang minta maaf dengan Hannah. Guess what? Hannah maafkan dia. Hannah tak layak nak menghukum dia sedangkan Hannah pun buat banyak silap dalam hidup." Hannah sebak. Kepada siapa lagi dia ingin bercerita jika bukan pada Ethan, namun kini suaminya hanya kaku terbaring.

"Bie bila nak sedar? Anak kita rindu sangat dengan daddy dia." Air mata Hannah sudah tidak dapat ditahan lagi. Mengalir dan terus mengalir. Ariada diletak diatas dada Ethan. Dia mahu Ethan rasa hangatnya kasih sayang anak mereka pada Ethan.

Alam turut sama bersedih dengan Hannah. Memuntahkan air mata dengan banyak sekali.

"Hannah rindukan bie. Rindu nak gaduh-gaduh manja dengan bie. Rindu nak peluk bie. Hannah rindu segala-galanya tentang bie." Dahi Ethan dikucup syahdu. Menitik setitis air mata Hannah pada mata Ethan.

Jari Ethan tiba-tiba saja bergerak. Memberi respons. "Bie, jari bie bergerak. Jari daddy bergerak Ari." Hannah terjerit-jerit gembira. Miracle.

"Doktor. Doktor!"

Mata Ethan bergerak-gerak seperti akan terbuka. Perlahan-lahan mata biru redup itu mula terbuka. Wajah pertama yang dilihatnya. Wajah Hannah yang basah dengan air mata. Mata Ethan turun perlahan keperut Hannah yang sudah rata. Hannah yang faham pandangan mata Ethan, menunjuk kearah Ariada yang ada diatas Ethan. Si kecil Ariada diangkat dan disuakan pada Ethan.

"A-anak ki-kita?" soal Ethan bergetar sambil tangannya mengusap pipi montel Ariada yang baru berusia sebulan. Pantang pun Hannah belum habis lagi.

Hannah mengangguk dengan juraian air mata. Terima kasih ya Allah. Penantiannya sudah berakhir. Dia tidak perlu lagi menangis setiap hari dan bercakap seorang diri dengan Ethan yang masih belum sedar dari koma. Terima kasih Allah.

"Hannah cintakan bie."

"Bi-bie cin-cintakan cupcake." Mata beriris biru itu dikucup Hannah. Air mata Ethan yang jatuh, disapu dengan ibu jarinya.

Hannah senyum dan berlalu keluar bersama Ariada dipangkuannya. Doktor dan nurse sudah mula menjalankan tugas mereka. Biarlah Ethan dirawat oleh mereka. Yang penting, Ethan ada bersama mereka. Itulah hadiah terindah ditahun ini selain kelahiran cahaya mata mereka.

Fikir Hannah, hujan ini bersedih bersamanya. Rupanya alam sudah terlebih dahulu tahu akan berita gembira ini.

Terima kasih ya Allah atas peluang kedua yang kau berikan ini. Sungguh tidak akan Hannah persiakan peluang ini. Peluang untuk memiliki cintanya buat kali kedua.

Syukur rumahtangga mereka masih dipelihara.

Hadirnya tanpa Hannah duga. Manisnya dia, menggoda dalam diam. Baiknya dia, mencairkan hati yang kelam. Dialah yang terbaik. Dia, limited edition.

Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa.



TAMAT

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now