BAB 9

8.5K 300 14
                                        

BAB 9

PANGGILAN dari Adam segera disambut setelah agak jauh dari Eric. Nak naya jawab depan budak kepoh tu? Kalau budak tu tahu, satu dunia boleh tahu. Adik siapalah tu? Ahaha. Adik kau jugak Ethan Harraz oi. Eric Rizwan tu adik bongsu kau, jangan buat lupa pulak ya.

"Helo baby. I miss you so much. Did you miss me?"

"Ofcourse. I miss you damn damn much."

"How much?"

"I can't count it. Infinity. LOL."

"Sweetnya you ni. I nak check doktorlah besok. Takut terkena diabetes." Ethan menyengih nakal. Nampak indah tersusun gigi putih Ethan apabila dia tersengih. Adam juga tertawa halus disebelah sana.

"So how you punya pertunangan? Great or just fine?" soal Ethan sebelum melabuhkan punggungnya pada hanging bubble chair yang elok tergantung pada beranda biliknya. Pandangan dilemparkan jauh ke ladang kuda yang tidak jauh dari rumahnya. Ladang kuda itulah tempat dimana Ethan dan adik-adiknya suka menghabiskan masa dahulu. Almaklumlah, suka hati mereka je nak keluar masuk dari ladang tu kerana ladang kuda itu kepunyaan keluarga mereka. Cukup tenang untuk mengurangkan gundah-gulana dihatinya.

"Terrible. Rasa macam Hidrogen bertemu Klorin yang membentuk ikatan ion. Takat didihnya tinggi, sama macam I sekarang ni. Kalau I ni tak reti sabar, memang I bawak you lari dari Malaysia ni. Kita balik ke Manchester. Dekat sana tak ada orang yang akan halang cinta kita lagi." Adam menghela nafas berat.

Berat dengan beban yang dipikul sekarang ini. Berat dengan status yang tidak rela disandang. Berat dengan masalah cintanya yang tidak akan berkesudahan.

"So?" soal Ethan.

"Soya," balas Adam lalu tersengih. Jawapan gedik Adam beri. Apa kaitan soya dalam perbualan ni? Soya satu bungkus ikat tepi. Grrr.

"Lawaknya." Ethan membuat muka bosan. Orang tanya betul-betul dia buat main pulak. Mentang-mentang dah jadi tunang orang.

"Sebenarnya I nak ajak you lari," ujar Adam senafas. Sengaja dia melengahkan masa untuk memberitahu Ethan. Mengumpul tenaga daripada alam semulajadi dahulu. Cewah, kau fikir kau tengah bertapa ke sekarang ni Adam?

"Ke mana?"

"Pulau Pangkor."

"I thought you nak ajak I lari dekat padang sekolah tadika dekat simpang rumah you tu. Jauh sangatlah you nak lari sampai Pulau Pangkor tu. Takut semput. I lari setempat bolehlah." Ethan ketawa comel.

"You ni. I seriuslah. Dapat kita release tension dekat sana nanti. Only two of us. Takde langau yang mengganggu ketenteraman cerita cinta kita. Hanya kita berdua. You nak apa? Snorkeling? Nanti kita snorkeling dekat Pulau Giam. I kenal dengan orang dekat sana. Nak ikan bilis pun ada."

"Dekat sini pun ada ikan bilislah." Ethan buat muka segaris. Ikan bilis dekat pasar pun ada kut. Tak perlulah sampai ke Pulau Pangkor semata-mata ingin mencari ikan bilis. Baik punya alasan tu.

"You bukan tak tahu sekarang ni I dekat rumah parents I. Lagi pulak mama I macam tahu somethinglah. Confirm tak lepas kalau I nak pergi berdua je dengan you." Ethan mengeluh. Dari kejauhan dia dapat melihat adiknya, Eric melambai-lambai dari ladang kuda. Pantas betul adiknya itu. Baru sekejap tadi dekat bawah dengan majalah kepop dia tu. Memang rakus.

Dia, Limited Edition! [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang