BAB 1
ETHAN menampar pipi Adam keras. Mukanya masam usah dikata. Langsung tiada tercalit senyuman mesra seperti kebiasaan. Adam pula hanya mampu menahan tamparan dari Ethan. Memang dia yang bersalah disini. Tiada siapa yang mampu ditudingnya.
"Sampai hati you Adam. Kenapa you buat I macam ni Adam? You cakap kita berdua akan bersama untuk selamanya. You cakap you cintakan I." Tanpa kata Ethan menghambur tangisan hangatnya dibahu Adam.
Dada Adam ditampar bertalu-talu. Berkerut-kerut wajah Adam. Boleh tahan kuat juga mamat tu tampar dada dia. Tapi dia rela. Rela dihukum kekasih hati.
"Ni semua bukan atas kerelaan I. I cintakan you seorang saja. Mummy dengan daddy I yang pilihkan dia untuk I. I taknak. I cuma nak you seorang." Pipi Ethan yang basah dengan air mata diusap penuh kelembutan. Kalau mahu memujuk kekasih hati perlulah berlembut dengan mereka.
"Betul?" tanya Ethan menagih kepastian.
Adam menganggukkan kepalanya.
Melihat anggukan Adam, segera Ethan memeluk tubuh Adam. Erat bagai tidak mahu dilepas. Adam terpaksa berjingkit untuk melabuhkan ciuman pada dahi Ethan. Maklumlah Ethan lebih tinggi darinya. Sebagai balasan Ethan menghadiahkan kucupan hangat pada pipi Adam.
Jika ada yang melihat perilaku mereka berdua mesti akan hilang selera makan selama seminggu.
"Tapi you tetap kena kahwin dengan perempuan tu kan?" soal Ethan kepada Adam. Adam termangu seketika mendengar soalan Ethan.
"Kalau macam tu sayang, you tolonglah I agar perkahwinan tu dibatalkan. Hujung minggu ni majlis pertunangan kami." Adam kusut. Mukanya diraup kasar. Mengapa orang tidak mahu mengerti soal cintanya dengan Ethan.
Ya, dia seorang Adam Naqiu cinta benar dengan seorang jejaka bernama Ethan Harraz. Salahkah jika cintanya terpeleot sedikit dari jalan yang lurus? Hina benarkah cinta sucinya ini?
"You jangan risau baby, I akan cari jalan agar perempuan tu taknak kahwin dengan you. I akan singkirkan dia yang nak rampas you dari I," ujar Ethan penuh semangat. Tangannya dilingkar manja pada pinggang Adam. Adam tersenyum senang dengan perilaku Ethan. Sekurang-kurangnya fruitheartnya yang seorang ini sudah tidak marah-marah. Boleh runsing dia kalau marah Ethan tak habis lagi.
"Daripada fikir benda ni, baik kita pergi jalan-jalan. Dapat juga release tension." Ethan berjalan ke arah walk-in-closetnya. Mahu mencari baju yang sesuai dengan moodnya pada hari ini. Tanpa segan-silu tuala yang melilit tubuhnya dilucutkan dihadapan Adam. Adam tersengih suka. Bukannya mereka tidak biasa berkeadaan sebegitu.
"You jangan goda I tau sayang. Nanti kita jalan-jalan dalam bilik ni je." Gatal sekali Adam berbicara seraya mengenyit matanya pada Ethan yang sedang menyarung baju kemeja ketat berwarna ungu cair dipadankan sekali dengan seluar denim.
"Gatallah you ni baby."
Ethan membawa tangan Adam kedalam genggamannya. Mereka berdua beriringan keluar dari bilik yang telah menyaksikan kisah cinta mereka dengan tangan yang bersatu erat.
Longlai Ethan melabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia di dapur. Langsung tiada maya. Lemah segala sendinya. Seminggu lagi cinta hatinya bakal menjadi tunangan orang. Ya, dia harus memikirkan cara untuk memastikan semua itu tidak berlaku. Tapi, bagaimana?

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...