BAB 17

9K 311 18
                                        

HANNAH hanya mengikut saja tarikan tangan Ethan. Dia bukannya biasa sangat naik kapal terbang ni.

"Okey you tunggu sini sekejap. Kita berlepas pukul 10.30 pagi," ujar Ethan sebelum menapak pergi.

"Tunggu, kau nak pergi mana?" soal Hannah sedikit merengek. "Jumpa someone kejap." Terus langkah yang terhenti tadi disambung semula. Hannah mencebik. Siapa sajalah someone tu. Penting sangat gamaknya sampai tinggal isteri seorang diri. Kalau isteri kena ngurat macam mana? Dahlah si isteri tu cantik. Okey ni kategori masuk bakul angkat sendiri. Hahaha.

"Hai, seorang saja ke?" tegur seorang lelaki berkaca mata hitam. Boleh tahan handsome tapi handsome lagi Ethan. Kan betul. Dah cakap tadi mesti ada orang nak mengurat punyalah.

"Hai. Taklah aku datang dengan laki, mak, ayah, mertua, adik, adik ipar, opah dengan pembantu rumah sekali aku angkut."

Lelaki itu tersengih kelat. Tak menyangka dengan jawapan gila senget si Hannah. "Okey bye." Tanpa sempat bertanya nama lelaki itu sudah cabut lari. Macam-macamlah lelaki zaman sekarang ni. Hannah geleng kepala.

"Lama tunggu?" Hannah yang baru mahu tersenyum membekukan mukanya. Apa yang lelaki ini buat dekat sini?

"You kenalkan dengan Adam? Ialah tunang you dulu. Dia akan join sekali honeymoon kita."

'What?' Hati Hannah mengganas meminta untuk diluahkan namun langsung tidak terluah dibibir.

"Baby jom." Ethan dan Adam jalan beriringan meninggalkan Hannah seorang dibelakang. Tangannya mengepal penumbuk. Kalau ikutkan amarahnya sekarang ini, baik Ethan mahupun Adam kedua-duanya dia tumbuk sampai pengsan. Baru padan muka.

Dalam keterpaksaan Hannah mengheret kakinya yang terasa berat mengikut Ethan dan Adam. Mahu meninggalkan Ethan dan Adam saja berdua memang tidaklah. Sakit ini pun rela ditanggung Hannah dari melihat suami sendiri terjatuh kedalam lembah kehinaan dihadapan mata. Selagi mampu dia akan cuba untuk menghalang.

HELLO India.

Hannah menghirup udara segar di India. Dapat jugak bernafas kalau tidak rasa sesak je menahan sabar dari membelasah anak teruna orang. Ethan dan Adam dibelakang sibuk bermadu kasih. Kalau boleh dicekik dua ekor tu, dah lama Hannah cekik. Bibir diketap cuba untuk bersabar. Bertahan selagi mampu.

"Jomlah. Nanti lambat pulak." Belum sempat Hannah mahu membuka mulut, Ethan sudah menyambar tangannya dan digenggam erat. "Jangan lepaskan, nanti you sesat." Hannah menoleh Ethan yang selamba membetulkan cermin mata hitamnya dengan tangan yang satu lagi. Adam pula hanya mampu memandang dengan mata yang berapi. Bukan tangan Hannah sepatutnya yang digenggam oleh Ethan tapi tangannya. Ayat itu sepatutnya dituturkan untuknya. Haish bengkak hati kita.

HANNAH mahu memejamkan matanya. Lama didalam kapal terbang. Penat tetapi baru saja matanya tertutup pintu bilik dihempas kuat. Hannah angkat kepala menjenguk keluar.

"Oh sorry, I ganggu tidur you ke?"

Hannah menggeleng.

"Eh mana kau nak bawak beg baju kau tu?" soal Hannah aneh. Ethan garu kepala. "I nak duduk satu bilik dengan Adam." Sengih. Bingkas Hannah bangun. Beg baju Ethan dipegang kuat, tidak membenarkan si suami sebilik dengan Adam.

"Hannah, lepaskanlah."

"Taknak."

"Yes."

Dia, Limited Edition! [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang