YA, disinilah mereka, Ethan dan Hannah. Dikampung opah Hannah di Perak. Sungai Manik. Takde pun Ethan nampak sungai yang ada manik. Tapi kawasan perkampungan ni memang cantik. Kiri kanan penuh dengan sawah padi. Namun, padi dah siap potong. Patutlah cuma ada selautan lumpur saja. Tapi tetap cantik.
"Tenangnya suasana kampung ni." Terpejam mata Ethan menahan hembusan angin petang pada wajahnya. Mendayu-dayu saja, sesuai untuk suasana romantik yang kalau heronya nak selitkan rambut heroin.
Suara Ryan Star mengejutkan Ethan dari lamunan.
"Yes." Berkerut muka Ethan mendengar apa yang diberitahu oleh orang disana. Keras tangan Ethan mengepal penumbuk. Tak guna.
"Shit. What had you done? No matter what happen, finish it. Or... I'll call you later." Buru-buru Ethan menamatkan panggilan telefonnya apabila melihat Hannah melenggang menghampiri. Ditangan Hannah ada sepiring kecil karipap.
"Nah opah baru goreng. Sedap tau makan panas-panas macam ni. Siapa yang call tadi?" Hannah melabuhkan punggungnya pada pangkin buatan arwah atuk. Masih kukuh walaupun sudah berpuluh tahun. Dulu disinilah Hannah dan sepupu yang lain akan bermain.
"Takde siapa pun. Pasal projek yang dekat Pahang tu je." Ethan sengih serba tidak kena.
Hannah kira ada yang tidak beres. Takkanlah Ethan bercakap dengan klien macam tengah bercakap dengan musuh. Gaya bercakap macam nak bergaduh. Tetapi, kenapa Ethan nak tipu Hannah? Bukan ada faedah pun.
"Oh." Hannah malas nak ulas panjang. Dia dengar dan nampak tadi. Tapi malaslah nak rumitkan hal kecil.
"Pergi sawah nak tak?" Bulat mata Hannah teruja mengajak Ethan yang sedang ralit mengunyah karipap. Memang sedap dimakan waktu panas.
"Nak buat apa?"
"Main lumpur sekali dengan cari belut."
"Jom." Teruja Ethan melipat hujung seluarnya. Lumpur yang sejuk itu dimasukinya perlahan-lahan.
Teraba-raba kedalam lumpur mahu mencari belut. Ada ke belutnya ni? Tekun saja Ethan meniru setiap perilaku Hannah. Sudah agak pandai, Ethan mulai bergerak solo. Menjauhi Hannah.
Splash!
Habis basah baju t-shirt putih yang dipakai Ethan terkena air lecak bendang.
"Hannah Adlina!"
Mencicit Hannah berlari didalam lumpur. Walaupun agak sukar tetapi dia sudah biasa. Dulu masa dia kecil, dia suka benar main di bendang seperti sekarang ini. Berlumpur. Kalau dulu dia dan abang Ayip akan menangkap belut disini hinggalah opah keluar bawak penyapu lidi nak hambat mereka. Hahaha. Tetapi kini semuanya hanya tinggal memori. Memori luka yang akan terus terkubur di lautan hidupnya.
"Cupcake~" Meleret-leret lembut Ethan memanggil Hannah dengan panggilan manjanya. Hannah yang syok lari sambil ketawa berhenti dan berpaling ke belakang.
Splash!
Hannah menyapu kasar mukanya yang terlekat lumpur. Bengis. Rasa macam nak telan hidup-hidup makhluk tuhan paling seksi yang tengah seronok ketawa itu.
Okey nak perang ya. Kita perang.
"Time to war." laung Hannah penuh bersemangat. Tangannya menumbuk udara, raksasa yang sengaja dicabar.
Hannah menyauk air lumpur dan terus dibaling ke arah Ethan yang ralit ketawa dengan mulut terbuka luas.
"Uhuk uhuk. You nak bunuh I ke?" Mencerlung tajam Ethan. Tak guna punya Hannah. Sampai dia tertelan air lumpur. Kalaulah rasanya sedap macam air milo takpe jugak ni rasa lumpur je lebih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...