ETHAN memarkir Audi R8 nya betul-betul dihadapan rumah yang diterjahnya pagi tadi. Dia perlu membuat pertikaian sekarang sebelum terlambat. Mungkin selepas tahu kebenaran, tunang Adam akan menarik diri. Takkanlah dia nak dengan lelaki yang takde nafsu dekat perempuan? Senteng namanya tu.
Pintu kereta mewahnya dibuka. Kaki panjangnya dihulur keluar. Kemeja yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Rambut yang sedikit tak terurus ditiup angin, dirapikan. Lagaknya seperti mahu menjemput awek pergi candle light dinner saja. Tapi kenyataannya mahu cari gaduh dengan tunang kepada 'kekasih'nya. Haram betullah perangai.
Pintu pagar masuk yang tidak berkunci, dibolosi dengan mudah. Cuai betul Cuba kalau Ethan ni perompak atau pencuri, tak ke naya je.
Tangan digenggam dan kepalan tangan itu diangkat dan diketukkan pada pintu rumah punya si dara.
Tok! Tok!
Geram Ethan kerana tiada sahutan atau balasan dari dalam.
Tok! Tok!
Sekali lagi Ethan mengetuk pintu rumah itu. Kali ini lebih kuat lagi. Juga masih tiada respon. Pekakkah tuan rumah ini?
Tok! Tok!
Kali terakhir, kalau tidak dia cabut.
"Sekejap..."
Akhirnya..
"Ya, Fea kejaplah."
Kelihatan seorang jejaka tinggi lampai berjaket kulit dan berkaca mata hitam bersandar pada dinding rumah sewa mereka. Jejaka itu membuka cermin mata hitamnya dan menampakkan mata beriris cantiknya. Warna hijau biru kau, kau hado?
Hannah terpaku tanpa reaksi. Mamat hensem mana pulak yang sesat dekat taman perumahan mereka ni? Oh cair meleleh hingga ke kaki.
Ethan berjalan perlahan penuh gaya dengan senyuman meniti dibibir menghampiri Hannah yang statik tidak bergerak. Mulut Hannah juga ternganga. Langsung lupa dengan keadaan dirinya yang tidak berapa senonoh memakai baju tidur seksi.
'Eh sekejap. Bukan ke ni mamat dekat park tadi?'
"You ni Hannah Adlina?"
"Ya."
"Wow. Surprise. Sana, I nak masuk."
"Eh, aku tak kenal kau."
"Kira kenallah tadi tu."
"Kau ni siapa sebenarnya?"
"Ethan, Ethan Harraz."
Juling mata Hannah cuba mengingati manusia bernama Ethan Harraz. Dia pernah kenal ke? Kalau Harraz Naufal tahulah, hero novel Tundukkan Playboy Itu. Yang ni hero Hollywood mana pulak?
"Tak payah juling sangatlah. Perempuan memang sengkek ya bila hujung bulan?"
"Ha?"
"Nothing." Ethan juling mata keatas. Seksi sangat baju yang gadis dihadapannya ini pakai.
"Tapi aku macam ingatlah ayat ni.. Haa, kau ni mamat biadap dekat pasar tu kan. Wow, masinlah mulut aku. Kita ni berjodoh. Asyik berjumpa je. Dah tiga kali rasanya. Dekat pasar, taman dengan sekarang ni." Hannah ketawa suka dengan tekaannya yang benar belaka.
"Ya, berjodoh sangat sampai 'kekasih' I pun you kebas."
"Haa? Tak mainlah bro rampas hak orang. Lagi pulak buat apa aku dengan makwe kau? Aku bukan lesbian pun."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
Storie d'amoreDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...