HANNAH rasa macam nak menangis. Kenapa? Kenapa dia? Kenapa dia yang terpilih untuk melalui takdir seakan novel cinta ini?
Tanpa ditahan, air mata Hannah tumpah jua. Runtuhnya kekebalan air mata seorang Hannah Adlina.
Pang!
Tertengleng Ethan ditampar kuat oleh Tan Sri Emir. Pipinya yang sakit diusap perlahan. Ethan langsung tidak berani untuk melihat wajah bengis Tan Sri Emir.
Hannah pula menangis sambil ditenangkan Puan Hanum. Datin Amina dan Puan Sri Hidayu hanya mampu melihat dengan pandangan kesal dan hampa.
"Kau orang berdua tak ada rasa malu ke? Hannah, awak tu dah jadi tunang orang. Kenapa buat benda yang tak senonoh ni?" soal Encik Akhbar tegas. Kemarahan tercalit pada wajah selambanya. Jarang sekali dapat melihat seorang Akhbar Aminudin melenting tetapi hari ini mereka semua yang ada disitu dapat melihatnya. Dalam sejarah hidup Hannah, inilah kali pertama dia dimarah sedemikian rupa oleh ayahnya.
Adam diam tidak berkutik. Kesal. Kesal dengan 'kekasih hati'nya. Begitu tega Ethan mencuranginya. Curang pula dengan tunangannya. Memang menyakitkan hati.
"Adam, maafkan anak uncle. Maafkan uncle juga, uncle terpaksa putuskan tali pertunangan antara Adam dan Hannah. Uncle malu sangat dengan Adam sekeluarga. Maafkan uncle." Cincin yang tersarung elok dijari manis Hannah dicabut kasar oleh Encik Akhbar dan diserahkan semula kepada Datin Amina. Hannah hanya mampu melihat tanpa ada niat langsung untuk menghalang ayahnya.
Sofea yang melihat bersorak gembira didalam hati. Segala rancangannya telah berhasil. Dia berjaya memerangkap Hannah dan Ethan.
"Abah, Hannah memang bukan anak yang baik. Tapi Hannah tak akan sesekali buat benda terkutuk tu." Hannah tegas berbicara mempertahankan maruahnya yang disepak terajang oleh mereka yang hanya pandai menuduh tanpa usul periksa.
"Betul tu uncle. Kami tak ada buat benda terkutuk tu. Kami pun tak tahu macam mana ahli jawatankuasa masjid serbu rumah tu." sokong Ethan. Dia perlu menegakkan benang yang kering tetapi telah direnjis air oleh orang yang berhati busuk hingga basah.
"Ah sudah. Papa dan uncle Akhbar dah sepakat nak nikahkan kamu berdua esok pagi. No more excuse Ethan Harraz." Ethan yang baru bercadang untuk memotong bicara papanya terus terdiam. Hannah pula rasa seperti dihempap batu. Mahu menolak tetapi melihat wajah bengis dan serius ayahnya, niatnya hanya mampu terkubur begitu saja.
"Terima sajalah Hannah. Jangan buat abah lebih marah lagi," pujuk Puan Hanum. Puan Sri Hidayu mengusap lembut belakang tubuh suaminya.
Datin Amina dan Datuk Indra mengangkat punggung mereka, mahu mengundur diri. Sekarang urusan ini tiada kena mengena dengan mereka lagi. Walau mereka sedikit terkilan, tetapi siapa mereka untuk menidakkan jodoh antara Ethan dan Hannah. Adam yang seakan diawangan ditarik Datin Amina agar bangun. Datin Amina tidak mahu Adam sakit hati melihat tunangannya curang dengan orang lain. Hakikatnya hati Adam terluka dengan kecurangan Ethan.
Mereka sekeluarga menghilang pergi.
Sofea yang juga rasa dirinya tidak lagi diperlukan disitu segera meminta diri untuk pulang.
Sekarang tinggal keluarga Hannah dan keluarga Ethan.
"Papa bukan apa Ethan. Papa nak ajar anak papa jadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Papa nak kamu bertanggungjawab dengan segala tindakan kamu." Bahu Ethan ditepuk lembut.
Ethan hanya mampu menekur lantai. Tiada apa yang dia dapat buat untuk menghalang pernikahannya dan gadis itu. Dia kenal benar dengan ayahnya, jika bulat maka tak akan sama sekali bertukar menjadi lonjong.
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...