HARI minggu. Macam biasalah, masa untuk Hannah melepak. Layan kartun dan makan banyak-banyak. Bila lagi nak rasa macam remaja macam ni. Masa cuti sajalah. Nak ajak Sofea jalan-jalan, Sofea sekarang ada dekat Filipina. Ambil angin baru katanya untuk novel baru.
Mereputlah Hannah seorang diri begini.
"Morning cupcake." Ceria saja Ethan menegur Hannah. Hannah yang sedang baring sudah menjuntaikan kepalanya pada sofa. Rambut panjangnya menyapu lantai. Tangan saja diangkat, membalas sapaan Ethan.
"So ada apa pagi ni?" soal Ethan. Dia baru lepas mandi, balik jogging. Takdenya Hannah nak ikut suaminya itu pergi jogging. Buat penat saja. Lepas tu nanti dia tibai nasi lemak. Sama saja. Lebih baik tidur takpun layan kartun. Lagi best.
"Pagi ni ada kartun je." Hannah mengeluh. Dia kembali duduk seperti biasa. Bantal kecil diatas sofa diambil dan dipeluk erat. "Bosanlah. Bie tak bosan ke?" Hannah memuncungkan mulutnya. Dia bosan gila saat ini. Kalau ada game best boleh juga layan. Ni dah takde game yang best nak main. Game cacing tu dah bosan. Nak ajak Ethan menggila dengan dia? Memang tidaklah!
"Bosan? I pun bosan jugak." Ethan mengetuk dagunya. Berfikir aktiviti menarik yang elok dilakukan pada hujung minggu bersama isterinya. Kesian Hannah. Dah tak reti duduk diam dah dibuatnya sebab bosan sangat. Sekejap baring, sekejap melentang. Nanti tertonggeng.
Haih.
"Kita dating hari ni nak tak?"
Merekah bibir Hannah membentuk senyuman. Dating? Dengan Ethan? Mestilah nak!
"Nak!" Hannah memanjat naik ketas riba Ethan. Leher Ethan dipaut dan pipi si suami menjadi mangsa ciuman Hannah. Ethan menarik sengih panjang. "Kalau macam tu, you pergilah bersiap." Bibir Ethan dikucup pantas oleh Hannah.
Berdesup Hannah hilang dari pandangan mata meninggalkan Ethan yang tercengang tidak mampu berkata apa-apa. Nakal dan senget betul isterinya yang seorang ini. Bibirnya yang sedikit basah, disentuh Ethan. Molek bibir nipis itu mengukir senyuman.
"Hannah..."
ETHAN mencebik. What the fish! Kata pergi dating. Tapi ni isterinya boleh bantai melepak dekat dalam kedai buku sampai nak dekat dua jam. Apa yang dia cari?
"You cari apa sebenarnya?" soal Ethan tidak puas hati. Dating dekat kedai buku nak buat apa? Bukannya sweet pun. Ethan mengeluh. Hannah masih khusyuk membelek setiap satu novel yang ada diatas rak.
"Saya nak cari novel barulah." Sesaat saja Ethan ditoleh sebelum perhatiannya kembali diberikan kepada novel yang disusun berderet. Ethan tepuk dahi. Novel dekat rumah tu dah banyak. Yang tak baca lagi pun banyak.
"Yang dekat rumah tukan banyak lagi."
"Tu novel English. Ni novel Melayu. Hmm yang mana satu bie rasa best? Yang ni atau yang ni?" Hannah menunjuk dua buah novel berlainan muka depan dengan ketebalan yang hampir sama kepada Ethan untuk dipilih "Yang warna kuning atau biru?"
"Blue one is more better." Novel berjudul, 'Jangan Berhenti Mencintaiku' karya Sofea.Q dipilih Ethan. Hannah gelak sesaat sebelum menelek wajah Ethan tidak percaya.
"Seriously this one?"
"Ialah. Kenapa pulak?"
"Ni novel Sofea."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...