BAB 11
PANAS! Eric yang kalah pertaruhan dengan abangnya, dalam keterpaksaan menyandang beg milik si abang sementara begnya ditarik longlai. Aniq pula sibuk dengan kamera DSLR ditangan. Entah gambar kucing kurap pun ditangkapnya. Ethan dan Adam pula berkepit ibarat pasangan kekasih yang sudah bertahun tak berjumpa. Huh, fikir rindu deme je.
"Long, jauh lagi ke chalet yang kita duduk tu?" soal Eric lalu berpaling pantas melihat abangnya dibelakang. Kasar Ethan melepaskan tangan Adam dari genggamannya. Eric menyapu peluh yang meleleh melintasi dahinya. Ethan menarik nafas lega melihat Eric yang seakan tidak endah pada dirinya. Line clear maksudnya. Dalam erti kata lain, rahsia tak kesenonohannya belum terbongkar.
"Takdelah jauh lagi. Sikit masa je lagi sampailah. Cuba kau jadi macam si Aniq tu ucu. Diam je tak merungut." Aniq yang sibuk menangkap gambar burung yang sedang terbang ditunjuk Ethan. Sesekali Aniq melompat-lompat, untuk mendapat sudut gambar yang menarik katanya.
Mata Eric melirik melihat Aniq yang sudah beralih arah menangkap gambar batu pula. Aje gilanya. Eric buat muka segaris. Macam tu nak diikut? Baik dia terjun dalam laut je. Pergi berenang dengan ikan-ikan yang ada dalam laut tu. Lagi bagus dan lebih mendamaikan. Huh.
Adam menarik sengih melihat Eric yang berlalu tanpa kata langsung terluah dari bibir merahnya. Ethan yang berada didepan, didapatkan segera. Sengaja tangannya memeluk lengan kekar Ethan. Mahu menzahirkan rindu yang sekian lama ditahan. Segala rasa mahu diluahkan dengan pegangan erat tangannya.
Boleh belahlah kau Adam, tak sampai seminggu pun lagi kau orang berdua tak berjumpa. Tak sempat rindu lagi dah jumpa balik. Poorah.
ANIQ menghempas tubuhnya pada katil. Boleh tahan mewah. Itu bermakna, agak mahal jugalah bayarannya. Kameranya sudah diletak di meja sisi. Eric yang sedari tadi merungut tidak berpuas hati, berada didalam toilet. Terburu-buru je tadi dia terjah toilet sebaik sampai ke sini. Tak tahan sangatlah tu. Hahaha.
Ethan melabuhkan punggungnya pada sofa yang disediakan disitu. Adam pula sedang sibuk dengan iPhonenya. Sesekali Adam tersenyum memandang telefon ditangannya. Mesej awekkah?
"Ehem, siapa tu you?" soal Ethan cuba mengintai skrin iPhone Adam. Adam tersentak. Pantas kepalanya didongakkan memandang tepat muka Ethan. "Oh, kakak I. Kak Ara. Kenapa? You jealous ke?" Adam menjatuhkan kepalanya pada bahu Ethan. Abs milik Ethan disebalik baju diusap-usap Adam manja. Tangan Adam terus turun dan turun ke bawah.
Ethan cekap menangkap tangan Adam. "Nak ke mana tangan tu haa baby?" Terselit kenakalan pada nada bicaranya. Bibirnya juga merekah membentuk sengihan gatal dan nakal. Tangan Adam yang dipegang Ethan dikucup penuh romantis dan cinta. Ibarat sang putera yang mengucup tangan puteri pilihan hati saja lagaknya.
"You, petang ni kita nak ke mana?" soal Adam mendongak sedikit melihat Ethan yang membelai rambutnya penuh kelembutan. "Kalau ikut I, I nak kita duduk lepak dalam bilik je. Lepaskan rindu. Tapi sebab ada budak berdua tu, so petang ni kita ronda-ronda pulau ni je. Okey?" Ethan mengusap pipi Adam dan tunduk menciumnya.
"Long, ucu dengan Aniq laparlah. Jom keluar makan." Suara kuat Eric mengejutkan Ethan dan Adam. Mereka berdua yang baru saja ingin tenggelam kedalam dunia ciptaan mereka berdua tersentak maha hebat. Segera Ethan menjauhkan bibirnya dari terus gatal merayau menerokai pipi Adam.
Eric dan Aniq serentak menghempas punggung pada sofa dengan muka cemberut. Kedua-dua mereka memegang perut yang kelaparan. Entah lagu dangdut mana entah yang dipasang didalam perut mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...