BAB 28

9.1K 358 25
                                    

"PINJAM iPhone tau." Buru-buru Hannah melilit shawl. Ethan menggaru kepalanya yang gatal tiba-tiba. Nak keluar ke? Bukan demam tak kebah lagi ke?

Laju saja Hannah membuka aplikasi kamera setelah tudungnya siap dililit.

Klik!

Senget kepala Hannah melihat gambar selfie yang diambilnya tadi. Ethan yang melihat, mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Pelik tengok Hannah duk muncung-muncung depan kamera iPhone.

Selfie?

"Nak join boleh?" soal Ethan.

Hannah tilik Ethan atas bawah. Hanya bertuala paras lutut dan air masih belum kering sepenuhnya. Menitis dari rambut ke perutnya yang berketak. Gulp. Oh my, sexy. Gulp. Gulp.

"Tak boleh. Kalau nak kena pakai baju dulu," jelas Hannah lalu menjeling Ethan dari sisi.

Ethan sengih. Nakal. Okey dia faham. Hannah takut tergoda rupanya.

"Cupcake..." Dengan suara mendayu-dayu bernada lembut memang mahu menggugurkan iman Hannah yang bukannya banyak sangat tu. Ada juga yang kena terkam malam ni.

Hannah betulkan duduknya. Tak keruan dan gelisah melihat Ethan yang sengaja berjalan menghampirinya. Ethan menggigit hujung bibirnya, seksi.

Duduk dirapatkan, tegak keras kaku umpama patung.

Ethan membongkok sedikit agar sama tinggi dengan Hannah yang duduk diatas katil. Ethan mendekatkan wajahnya dengan wajah Hannah. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan Hannah menahan tubuhnya yang sudah melengkung kebelakang, mahu menjauh dari Ethan yang terlihat sengaja menggodanya. Terkam kang, meraung bucu katil.

"Tunggu bie tau cupcake," bisik Ethan perlahan ditelinga Hannah yang dibaluti shawl kemudian ditiup lembut. Geli. Gila, Ethan gila.

Besar ketawa Ethan melihat muka pucat tidak berdarah Hannah. Ethan menjauh dan mencari baju yang sesuai dipakai untuk dibawa tidur. Baju t-shirt nipis berwarna hitam juga seluar hitam dipilih. Panas? Nanti nak tidur dia lempar je semua ni tinggal boxer. Biar Hannah kutip esok pagi. Muahaha.

Melompat Ethan naik keatas katil. Macam budak kecil saja. Hannah yang termenung dari tadi, tersedar. Nasib baik iPhone ditangan tidak terjatuh.

"Jomlah wefie."

Ethan memeluk tubuh Hannah dari belakang. Tangannya dilingkarkan dipinggang si isteri. Hannah yang bagai terkena renjatan elektrik cuba untuk mengawal diri. Tangan Hannah yang terketar cuba dikuatkan untuk memegang iPhone.

Klik!

Klik!

Dari asalnya mahu mengambil satu gambar sahaja, menjadi berkeping-keping pula. Pelukan Ethan pula bukannya dilepaskan malahan diperketatkan. Deru nafas hangat Ethan seringkali menampar tengkuk dan bahu Hannah yang sedikit terdedah dibelakang.

Plop!

Terlepas iPhone ditangan. Membulat mata Hannah. Dia betul-betul terkejut.

Ethan... Ethan... Argh!

"Apa yang bie buat?" soal Hannah kalut bila tangan Ethan mula menjalar masuk kedalam lilitan shawlnya, menyentuh tengkuk. Badan Hannah dipusingkan menghadap Ethan. Ethan menemukan dahi mereka berdua. Terpejam mata Hannah, melayankan saja. Sedangkan sebenarnya cik jantung sudah buat jogathon dekat dalam tu.

"Badan you panas lagi ni. Jangan banyak bergerak sangat. Ubat tu jangan lupa makan. Ingat kata doktor tadi." Hannah mencebik. Cara baru nak sukat suhu badan ke apa? Bikin jantung orang nak pecah saja Ethan ni.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now