HANNAH tersenyum senang. Tangan jurusolek yang lincah menconteng wajahnya langsung tidak dihirau. Rasa bagai mimpi saja. Kalau ini mimpi, Hannah tidak ingin sedar dari mimpi yang indah ini.
"Fea, cuba kau cubit tangan aku sikit." Sofea yang hanya menurut, mencubit tangan Hannah kuat. Kemudian kedengaran ngomelan Hannah. Tahu pun sakit. Tadi beria suruh dia cubitkan.
Satu perkara yang Sofea syukur ialah, Hannah bahagia dengan perkahwinannya. Kalau tak bahagia takdenya dia nak senyum seorang diri macam orang gila. Angau dekat suami sendirilah tu. Kuranglah sedikit rasa bersalah Sofea pada Hannah.
Tapi mungkinkah Hannah hanya berlakon dihadapannya?
"Yo kakak ipar." Kuat suara Elya memenuhi bilik persalinan itu. Comel saja adik Ethan itu dengan sepasang baju kurung moden berwarna merah. Dikepalanya juga terdapat cekak rambut berwarna senada dengan bajunya.
"Yo Elya." Hannah turut membalas gila-gila. Tak padan dengan bini orang. Bagi Hannah, biarlah dia layankan saja perangai adik iparnya yang seorang itu. Bukan boleh buat mati pun.
"Wah lawanya kakak Elya ni. Mesti along jatuh cinta berkali-kali punya dekat kak long." Tersipu-sipu Hannah malu dipuji oleh Elya. Memerah wajah putihnya. Memang bagus sangat kalau apa yang dikata oleh Elya tadi menjadi kenyataan.
Entah bagaimanalah agaknya reaksi Ethan melihat dirinya? Kagum atau menyampah ya?
Tapi syukur juga Adam masih belum pulang dari Manchester. Entah apalah yang dibuatnya dekat sana. Tak payah balik terus pun lagi bagus. Tak adalah mengganggu rumah tangga mereka.
Ethan bagaimana sekarang ini ya? Lama dah tak nampak Ethan. Ecewah, padahal baru tiga hari. Outstation dekat Pahang katanya, tapi tak tahu pulak Hannah kalau ada projek baru dekat Pahang. Lantaklah labu. Projek terbaru kut.
Jangan dia pergi cari Adam dekat Manchester sudah.
Tapi kalau tidak pun memang mereka tidak berjumpa. Mama memang sudah larang mereka berjumpa. Sebab tu Hannah duduk rumah mertuanya selama seminggu ini. Jumpa dengan Ethan pun dekat tempat kerja je. Tapi sejak tiga hari lepas, Ethan pergi outstation takdelah jumpa terus.
Betul ke muka jadi berseri kalau tak berjumpa? Mama ni ada-adalah. Takde makna berserinya kalau tak pernah bercinta.
"Kak, mengelamun pulak kau ni. Ingat dekat cik abang ke?" tegur Hanis mengjongget keningnya nakal. Sejak bila pulak budak kecik ni masuk? Hanis juga memakai pakaian serba merah. Shawl hitamnya dililit ala kadar sahaja tapi nampak comel. Tengoklah kakak diakan. Cis perasan.
"Dah siap dah dear." Sentuhan terakhir sudah siap. Hannah berdiri dengan kasut tumit tinggi berinci-inci. Rasanya dengan kasut ini, tingginya mungkin hampir sama dengan Ethan.
"Beautiful."
"Gorgeous."
"You look so stunning."
"Perfect. Fabulous."
Kebas muka Hannah menerima pujian dari semua yang ada didalam bilik persalinan itu. Cantik sangat ke dia hari ini hingga semua orang melihatnya bagai dia bidadari yang baru turun dari langit? Ceit, perasan lagi.
Hannah melihat pantulan dirinya didalam cermin .
Erm, boleh tahanlah.
"Kau dah sedia?" soal Sofea yang akan menjadi pengapit Hannah. Hannah memegang dadanya. Rasa macam nak pecah dan tercabut dari tangkainya je. Gemuruh punya pasal. Gemuruh suara betullah kau ni Hannah.
![](https://img.wattpad.com/cover/57384914-288-k930118.jpg)
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...