HANNAH menguap besar. Laju tangannya menutup mulut. Teringat kata-kata abahnya bahawa syaiton nirojim berduyun-duyun masuk kedalam tubuh jika tidak menutup mulut ketika menguap. Matanya celik sudah. Segar dapat tidur yang cukup. Selimut yang membaluti tubuh ditolak kebawah.
Terkebil-kebil mata Hannah melihat ada satu tangan sasa yang melingkar dipinggangnya. Tangan siapa pulak ni? Perlahan-lahan dengan penuh saspens Hannah menoleh kesebelah kirinya. Secara automatik mata Hannah membulat. Figura manusia berjantina lelaki yang seksa mata memandang tanpa baju dan hanya mengenakan boxer sahaja memeluk erat tubuhnya. Hannah terkaku tidak tahu mahu buat apa. Bila masa dia kahwin?
Aduhai macam manalah boleh lupa yang kau tu dah kahwin ha Hannah?
Ethan memisat-misat matanya dengan tangan kanan. Kantuk yang masih bergayut harus dilempar pergi. Ethan pelik, tangan kirinya memegang sesuatu yang lembut dan gebu. Apakah ia?
Pada masa yang sama, muka Hannah memerah seakan mahu meletup. Mamat gay ni dah cabul dia! Tanpa menunggu sedetik pun lagi, Hannah menampar pipi Ethan yang masih blur itu.
Ethan tersentak.
Mengapa dia ditampar?
"Tangan kau tu tolong alih." Keras suara Hannah mengarah Ethan.
Mata Ethan turun melihat keberadaan tangannya. Tidak! Patutlah lembut dan gebu. Dada Hannah rupanya.
Sekejap.
Dada Hannah? Hehehe. Patutlah lembut.
Rona merah diwajah Hannah semakin pekat melihat Ethan yang tersengih-sengih menilik tangannya sendiri. Gay pun gatal macam ni ke dengan perempuan? Eh sekejap! Bukan semalam mereka berkhemah dekat luar ke? Argh lantaklah. Paling kuman pun Ethan angkat dia masuk dalam bilik je.
Haa, Ethan angkat dia masuk dalam bilik?!
Laju tangan Hannah naik menampar pipi Ethan. Ethan yang tak bersedia, terkejut. Kali ni sebab apa pulak? Ethan memegang pipinya yang terasa berdenyut sakit. Ganas gila minah ni. Ni nak membunuh ke apa?
"You apehal ha?" Ethan menyoal berang. Tanpa sebab pipi mulusnya ditampar kuat. Dahlah penampar rasa macam penampar gajah.
"Pervert gay. Lelaki gila seks." Hannah memeluk tubuhnya ketat. Bukan boleh percaya Ethan ni. Gay pun tetap lelaki apa. Eh tapi ini bermakna kau masih ada peluang nak goda dia Hannah oi. Terangguk-angguk Hannah bersama sengih.
"Cupcake... Sakit tau pipi I you tampar."
Tersentap dan geli-geleman Hannah rasa bila Ethan bercakap lembut macam takde gusi. Rasa macam nak muntah pun ada jugak. Baldi mana baldi? Betul ke Ethan ni? Ke tersampuk jin tanah jantan? Eh eh handsome sangat ke laki aku ni sampai jin jantan pun suka? Bhahaha. Tapikan... Jin pun gay juga ke?
Ethan garu kepala. Apa masalah isteri dia ni? Kejap macam takut, lepas tu sengih dan kenapa pulak tayang muka nak termuntah tu?
Hannah pula bergegas berlari mengambil tuala dan masuk kedalam bilik air. Makin Ethan tak faham dengan perangai isteri dia yang seorang ni. Perempuan memang sukar dibaca eh?
Namun terbit pula senyuman nakal dibibir Ethan. Come on bebeyh. Ini Ethan Harrazlah. Tak pernah tak ada idea nak kenakan orang. Tunggu kau.
HANNAH keluar dengan berkemban. Apa adahal. Ethan suami dia je kut. Gay pulak tu. Hahaha.
Rambut yang masih basah dilap dengan tuala kecil ditangan. Baju-bajunya yang sudah dimasukkan kedalam walk-in-closet milik Ethan diambil tanpa dipilih terlebih dahulu. Well kalau dah namanya Hannah, semua aci taram je. Janji berbaju dan tak bogel katanya.
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...