BAB 2
HANNAH mengeluh. Kepalanya kusut. Runsing betul kepalanya. Boleh meletup kalau macam ni. Permintaan Datin Amina seakan sukar untuk dia penuhi. Aje gilanya datin tu mintak minah seksi ala ala rockers ni jadi menantu dia. Ahaks terperasanlah pulak.
Tak gila ke tu? Kalau bukan gila nak namakan apa lagi? Sewel? Macam sesuai jugak. Baru dua kali berjumpa dengan Hannah sudah mahu Hannah menjadi menantunya. Ada sesuatu yang menarik pada Hannah kah? Ataupun Hannah ni terlampau cantik?
Peace, perasan lagi.
Runsing, pening dan serabut bercampur menjadi satu dan akan melepaskan gas gila yang amat berbahaya untuk kesihatan warganegara Malaysia.
Tak semena-mena Hannah ketawa mengekek.
"Kau tak apa-apa ke?" soal Sofea sebelum mengatur langkah mendekati Hannah yang sudah tertonggeng dikatil.
"Aku okey," sahut Hannah disebalik bantal. Tertawa kecil Sofea melihat Hannah. Macam kucing betina yang nak beranak. Beranak cara caesar pulak tu. Macam-macamlah Hannah oi.
Sofea menampar punggung Hannah yang tertonggek-tonggek.
"Aduh! Kau kenapa? Aku rendam dalam perigi kang." Rambut tocang Sofea ditarik Hannah. Kuat hingga rasa seperti ingin tercabut kulit kepala Sofea. Bukannya boleh ajak main dengan si Hannah ni, mahu mati katak kita dibuatnya.
"Woi sakitlah. Yang kau serang aku lagak aku ni raksasa dan kau tu Ultraman Taro kenapa?" Bengang Sofea bertanya. Tangannya juga sudah sedia mencekak pinggang.
Hannah menarik senyum senget. Ultraman ya? Tunggu ultraman Hannah nak beraksi.
"Nyah kau raksasa." Melompat Hannah turun dari katil dan terus mengejar Sofea. Pantas Sofea berlari mengelak dari dicekup Hannah. Hannah bila datang gilanya, dia rela bawa basikal anak jiran sebelah rumahnya berbanding keretanya sendiri. Bukan itu saja, Hannah juga boleh menyelam kolam dihujung taman perumahannya itu sambil memakan burger. Ini yang orang cakap, sambil menyelam makan burger.
Gila!
Ya memang gila kalau Hannah Adlina orangnya.
"Mana kau mahu lari ha raksasa?"
"Kau takkan dapat tangkap aku."
"Ahh, tak guna. Kenapa aku hanya diberi masa tiga minit saja dibumi? Mengapa? Mengapa?"
Pap!
Bahu Hannah disepak kuat oleh Sofea. "Enough drama for today. Dah pergi tidur. Memekak je malam-malam buta ni. Jiran-jiran semua nak tidur, takut terbantut dengar suara merdu macam katak puru kau ni," ujar Sofea lalu menolak tubuh Hannah yang hyperactive sangat malam ini.
Entah kenapa kawannya yang seorang ini. Cas-cas positif dan negatif ditubuhnya mungkin sedang berperang. Tu pasal tak reti duduk diam. Nasib baik si Meon anak kak Jie dah tidur time gini. Kalau tak, mesti dua orang tu sama naik gilanya. Meon tu takpa lagi baru tujuh tahun, si Hannah ni dah masuk 26 tahun tapi still childish.
Dora The Explorer pun dia layan. Rindu kartun Chalk Zone katanya. Entah apa-apalah Hannah ni.
"Alah, awal lagi ni. Baru pukul dua pagi." Jam dinding yang ada di ruang tamu itu ditatapnya sebelum matanya terjegil besar.
Dua pagi?
"Dua pagi? Aduh, asal kau tak cakap dari awal. Esok aku ada meeting dengan semua pekerja bawahan aku. Spoillah kau ni Fea." Tubuh genit Sofea ditolak Hannah. Kamar beradunya terus dituju.
YOU ARE READING
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...