'Perkenalkan diri kamu kepada kawan-kawan ya' guru Kimia kelas 5 Arif,Puan Shima menyuruh pelajar lelaki baru di tepinya memperkenalkan diri.
'Hai.I'm Tengku Rayyan Iskandar Daniel bin Tan Sri Tengku Raffan Ismail.I'm from KL.Just call me Rayyan'dengan nada angkuh Rayyan memperkenalkan diri.
Semua mata gadis di dalam kelas itu tertancap pada lelaki bernama Rayyan itu sambil ternganga mulut kecuali seorang.Seseorang yang hanya melihat dengan jelingan menyampah.Dia menguatkan volume lagu yang dipasang dengan earphone yang dipakainya.
'Thanks for the intro.Rayyan boleh duduk dekat meja kosong tu.Tepi Rafa tu.Rafa ni kawan baru kamu'Puan Shima merenung tajam ke arah pelajarnya itu yang hanya buat bodoh.
'Ishhh.Kalau kau bukan anak dato' dah lama aku penggal kepala kau kasi dekat anjing kurap'jerit Puan Shima di dalam hati.
Dengan gaya paling menawan Rayyan berjalan menuju ke arah Rafa dan duduk di bangku kosong di tepi Rafa itu.Dia melihat wajah Rafa yang cantik mulus, putih melepak dan tiada sebarang jerawat atau apapun.
'Apa tengok-tengok? Nak buta ke mata kau tu asyik tengok aku aja dari tadi.'Rafa yang hanya diam dari tadi bersuara dengan penuh kasar.
'Bila masa aku tengok kau? Ek eleh minah kampung ni'Rayyan pula membantah cukup didengari oleh sekelas.
Rafa merengus geram.Dia memalingkan mukanya ke luar tingkap.Malas ingin menatap "kawan" barunya itu.
'Rafa sila beri tunjuk ajar dengan baik pada kawan baru kamu tu.Jangan nak tunjuk gangster pulak'Puan Shima memberi amaran kepada anak muridnya yang memang teruk bab-bab disiplin.
'Cikgu saya tak perlu tunjuk ajar dari dia ni or who else.I'm not that stupid okey?'Rayyan dengan angkuhnya memberi jawapan yang sepatutnya dijawab oleh Rafa.
'Aku pun tak hingin nak ajar kau. Baik aku ajar babi dekat hutan tu' Rafa membalas semula.Mata sudah tajam memandang Rayyan.
'Stop it.Both of you.Rayyan cikgu tahu kamu anak orang berada dari Kl sana, tapi tak payahlah hina kami yang duduk di Terengganu ni.Kamu pun baru aja pindah kan.Hormatlah kawan kawan yang lama dah ada kat sini'Puan Shima memberi kata-kata emas bersandarkan sindiran kepada Rayyan.
Rayyan yang sedar akan kesilapannya hanya mengangguk.Tiba-tiba Rayyan menghampiri telinga Rafa dan berlata sesuatu.
'Kau takkan hidup senang perempuan sebab aku akan sengsarakan hidup sampai kau mampus'Rafa yang mendengarnya hanya ketawa sinis.
'Wow takutnya.Aku tak tahu pulak tuhan utuskan kau untuk mampuskan aku'Rafa dengan muka nak mintak pemampar berani menjawab.
'Kau tak kenal aku lah perempuan.Aku akan kotakan janji aku tu.Walau kau pergi sejauh mana pun'Rafa hanya mencebik bibir mendengar kata-kata itu.
Rafa tersedar dari lamunannya.Terimbau kembali kenangan mula-mula dia kenal Rayyan.Rayyan yang paling dia benci sejak dia di sekolah menengah lagi.
'Apasal kau bongok sangat teringat dekat mamat bangsat tu.Dah 8 tahun kut'Rafa mengetuk-ngetuk stereng keretanya.
'Rafa focus Rafa.Kau dahlah nak pergi jumpa bos Golden Empire Hotel tu.Nanti kan tak pasal-pasal lambat'Rafa membelokkan keretanya ke kanan menuju ke Kafe Matahari.Hari ini dia akan berjumpa dengan client yang akan mengambil syarikat papanya untuk membuat projek hotel terbaru mereka di Terengganu.
***
Rafa masuk ke kafe tersebut.Dengan bacaan bismillah dia menghampiri seorang lelaki yang berumur 50-an.
'Assalamualaikum Tan Sri'Rafa tersenyum manis kepada lelaki itu.
'Waalaikumsalam.Cik Rafa dari Samuel Engineering ya?Silalah duduk 'lelaki tua itu pula bercakap.
'Ya.Saya lah tu Tan Sri.Saya anak Dato'Mohd Ramsyar Samuel'Rafa mengambil tempat duduk di hadapan Tan Sri Tengku Raffan Ismail.
'Syarikat saya telah membuat keputusan untuk mengambil syarikat cik Rafa ni untuk projek hotel kami di sini'Rafa tersenyum manis.Lega hatinya mendengar ayat tersebut.
'Alhamdulillah.Terima kasih Tan Sri kerana sudi menerima kami' Rafa tidak lenggang dari mengucap syukur di dalam hati.
'Tapi dengan satu syarat.Saya harap cik Rafa tidak keberatan'suara Tan Sri Tengku Raffan Ismail berubah.
'Insya Allah kalau tidak keberatan saya akan memenuhinya'Rafa berasa tidak sedap hati tiba-tiba.
'Saya nak melamar Cik Rafa untuk anak lelaki saya'mata Rafa terbuntang.
'Tan Sri buat lawak ke? Tan Sri kan baru aja kenal saya.Macam mana dah berkenan dengan saya nak buat menantu'nada Rafa masih rendah.Yalah dengan orang tua mestilah berlembut.
'Kamu tak ingat uncle Rafa? Ayah kepada Tengku Rayyan Iskandar Daniel.Yang datang sebab nak sudahkan perbalahan kamu 7 tahun lepas 'Rafa hampir pengsan mendengar nama itu.
'Macam mana aku boleh terlupa yang nama bapak dia Tan Sri Tengku Raffan Ismail'desis Rafa dalam hati.
'Tan Sri tahu kan yang saya dengan dia tak ngam.Saya dengan dia bagai kucing dengan anjing.Memang tak boleh bersua muka' hidupnya pada umur 17 tahun musnah akibat lelaki itu.Tidak munasabah kalau dia akan dikahwinkan dengan lelaki durjana itu.
'Uncle bagi Rafa masa untuk berfikir.Sebenarnya uncle pun dah bersetuju dengan ayah kamu minggu lepas untuk menjodohkan kamu berdua.Kalau kamu tak nak terpaksalah uncle pergi ke syarikat lain'Tan Sri Tengku Raffan Ismail ingin bangun.
'Kejap Tan Sri.Saya akan fikirkan.Insya Allah saya akan lakukan solat sunat istikharah.Kalua dialah yang tercipta untuk saya, saya akan terima pinangan Tan Sri'Tan Sri Tengku Raffan Ismail tersenyum ke arah anak dara dihadapannya itu.Rafa yang sekarang sudah banyak berubah dari yang dulu.
'Kalau macam tu.Uncle minta diri dululah.Uncle nak kena balik KL dah ni.Flight uncle pukul 2.30 nanti' Rafa hanya tersenyum nipis lalu terus sahaja Tan Sri Tengku Raffan Ismail berlalu dari kafe itu.Rafa yeris terduduk semula di atas sofa
'Ya Allah kalau aku tak kahwin dengan anak dia, brankaplah syarikat papa aku.Macam mana ni?'kepalanya pusing.Terima lamaran tu atau syarikat Samuel Engineering musnah.
'Ah.Aku kena cakap dengan papa ni.Bincang dulu baru tak serabut kepala hotak aku ni'Rafa kembali berdiri dan keluar dari kafe Matahari itu.Hal ini harus dibincangkan dengan papanya.Tak sangka dalam diam Dato'Mohd Ramsyar Samuel dalam diam kenal akan Tan Sri Tengku Raffan Ismail.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...