Bad Boy

2.1K 57 2
                                    

Adib POV...

" lepas ini, kita ke kelas pula. Mari!" Aku mengangguk, tetapi dalam hati tidak berapa minat sangat untuk ke so called kelas itu. Aku bangun dan mengambil backpack yang aku sandarkan di tepi pintu. Cikgu Sakinah mengemas mejanya dan membawa keluar briefcase kecil berwarna coklat gelap. Aku yang berjalan keluar daripada bilik guru, terdengar bunyi tapak kaki berlari ke arah aku. Bumm! Kami berlanggar dan jatuh terduduk.

" aaa...duhhh!!" suara mengerang itu menarik perhatian aku. Seorang pelajar perempuan yang aku lihat menggosok pinggangnya, terkedu memandang aku.

" Arza? Kenapa kamu di sini?" suara cikgu Sakinah, menyapa telinga aku. Tetapi mata aku masih memandangnya.

" err...? Sesat?" gadis itu sengih dan bangun, sambil mengibas2 kaki seluarnya yang kotor sedikit.

" iyalah tu sesat. Masuk ke kelas, cepat! Saya mahu perkenalkan pelajar baru." Cikgu Sakinah memandang aku yang sudah berdiri di sisinya. Mata lelaki aku masih tidak melepaskan pandangannya pada gadis comel di hadapan. Mungkin tidak selesa direnung, dia berdehem kuat.

" jangan pandang anak dara orang lama sangat! Nanti jadi Kassim Selamat pulak." Aku terkesima dengan ayat perliannya. Cikgu Sakinah ketawa kecil dan menggeleng.

" sudah! Masuk kelas." Gadis itu senyum dan berlari pergi. Mata aku masih tidak berganjak daripada laluan yang dilalui oleh gadis tadi.

" terkejut? Dia adalah ketua dalam kelas, walaupun kelas itu sudah ada ketua." Aku diam. Aku mengekori cikgu Sakinah ke kelas baru aku. Nampaknya, hari sekolah aku bakal dilalui dengan mereka.

Kami sampai ke kelas dalam masa 5 minit, tetapi kelas itu senyap. Sunyi tanpa suara pelajar. Cikgu Sakinah memandang aku, kemudian memandang ke dalam kelas.

" senyap pula kamu semua hari ini. Ada apa2 yang tidak kena ke?" Cikgu Sakinah masuk sambil bertanya. Kemudian, mata aku menangkap pandangan nakal yang dilemparkan oleh gadis tadi a.k.a Arza ke arah pintu kelas. Dia senyum manis, tetapi langkah kaki aku yang ingin melangkah masuk ke kelas, aku tarik keluar semula dan berundur ke belakang.

Splash!!

" arghhh! Tak kena pulak. Damn!" suara seorang lelaki menyapa telinga aku. Aku ketawa dan melangkah masuk dengan selamba. Air yang sepatutnya menjadi air 'mandian' pagi aku, membazir begitu sahaja.

" Fauzi!! Apa yang kamu buat?!" cikgu Sakinah menjerit. Satu kelas ketawa. Ada yang menepuk meja, hentak kaki dan tepuk tangan. Tidak ketinggalan pula dengan siulan panjang daripada Arza.

" you suck, Poji!!" Arza ketawa besar. Cikgu Sakinah menepuk dahinya. Aku memandang ke tepi, menahan ketawa.

" tapi, belum lagi!!" Aku tergamam. Cikgu Sakinah menganga besar. Aku memandang tubuh aku yang penuh dengan serbuk putih. Kali ini, ketawa menjadi semakin kuat. Aku mengetap bibir, menahan marah dan malu juga. They got me! Damn!

############

Arza POV...

Aku masih menunduk di atas meja, ketawa tidak berhenti. Aku sudah jangka perkara itu akan terjadi, sebab itulah aku minta Poji sediakan 'jerangkap samar' yang kedua sebagai tambahan. Tepung itu sudah lama ada di dalam kelas kami, kerana dua minggu lepas Fiqri yang merupakan pelajar baru juga terkena. Tapi 'welcom party' yang sebenar2nya belum bermula lagi.

" sudah habis gelak, Armira Zarina?" suara bengang cikgu Sakinah membuatkan ketawa aku berhenti serta merta. Hehehe...uupss!!

" ehem...sudah cikgu!" Aku mengangkat tangan dan melihat pelajar baru itu menulis namanya pada papan putih.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now