Syak!

687 27 0
                                    

Keesokan harinya, kelas 5 Kasturi melakukan kerja pembersihan secara besar2an. Satu sekolah kecoh dengan berita tingkatan 5 Kasturi di 'rompak' dalam satu malam! Arza dan Adib terpaksa berulang alik masuk bilik pengetua untuk memberi laporan keadaan kelas mereka. Paling nampak ketara adalah wajah masam Arza. Teruk dia dimarahi gara2 list barang2 mereka yang dicuri.

Bilik Pengetua...

" dua puluh ribu?! Kamu simpan apa dalam kelas kamu, Arza?! Harta karun? Kelas kamu ni boleh jadi musium teknologi dengan list barang yang rosak dan hilang! Apa nak jadi dengan kamu semua ni? Hah, Adib! Kamu sebagai ketua kelas, apa tanggungjawab kamu sebagai pemimpin? Kenapa benarkan kawan2 kamu bawak barang terlarang ke sekolah?!" muka pengetua merah padam dengan hamburan rasa marah. Adib terdiam, tak berkutik. Belum sempat dia jawab, Arza sudah menyampuk baik punya.

" pengetua, masalah sekarang nie barang 'terlarang' dia jugak kena rembat sekali. Kalau tak, dia tak tunjuk muka dia dekat sini..." Arza menjawab malas. Bukan Adib sahaja, bahkan satu kelas 'bersubahat' sekali! Ketawa bersama, menangis bersama, sakit pun bersama. Dengan kata lain, sama2 tanggung.

" err..." Adib terdiam tak terkata. Kantoi! Wajah merah pengetua bertambah gelap apabila mendengar kata2 Arza.

" kamu berdua nie dua kali lima saja! Sudah! Sekolah tak kan bertanggungjawab dengan kehilangan barang2 kamu. Kecuali harta benda sekolah! Selebihnya, kamu selesaikan sendiri." Pengetua kembali duduk dikerusinya dan menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Melihatkan pengetua mereka tidak melayan lagi, Arza dan Adib terpaksa beredar.

Bang!

" Arza..." Adib mengeluh melihat tong sampah yang bertaburan di atas koridor. Kalau tak kaki, tangan yang naik. Haiss...

" kalau aku dapat si penyangak terkutuk tu, aku sumpah aku patahkan kaki dengan tangan dia. Biar dia lumpuh seumur hidup! Hidup sihat pun menyusahkan orang, baik duduk rumah bertaubat lagi bagus!" Adib menggeleng. Inilah kata2 sumpahan 'lembut' versi Arza 5 Kasturi.

" abang Adib!" suara orang memanggil Adib, menarik perhatian mereka berdua. Ash berlari2 anak menghampiri mereka. Dua orang pelajar lelaki tidak dikenali mengekori Ash.

" ada apa?" tanya Adib. Arza menghampiri Ash tanpa bersuara. Walaupun luaran nampak tenang, jangan disangka naga betina tak menyinga. Tunggu masa je!

" Ash cuba siasat, dan dua orang ni boleh tolong kak Arza dengan abang Adib. Guys, try cerita balik apa yang korang dengar minggu lepas." Ash memberi ruang kepada dua orang pelajar lelaki itu bersuara. Melihat mata tajam Arza, membuatkan mereka tidak bertangguh untuk bercerita.

" macam ni...minggu lepas, saya dengan Adzim lepak dalam tandas. 'Melepas' asap seperti biasa. Tengah dok syok2 dalam tu, dua pelajar lelaki masuk. Kami tak cam muka, tapi baju mereka buat kami tertanya2...kenapa pelajar tingkatan 6 datang ke tandas pelajar tingkatan 3?"

Imbas kembali kejadian seminggu sebelum...

" Zal, kau tak rasa ke rancangan kita ni merbahaya? Kalau kena cekup, masuk pagar weh!" kata salah seorang pelajar. Adzim dan Aiman memasang telinga.

" kau nak takut apa, Zaki? Kalau tak ada yang bukak mulut, benda boleh selamat. Kau dengar sini. Perempuan tu dah bayar kita duit pendahuluan. Kalau ciput, aku pun tak nak! Benda yang kita nak buat ni bukan membunuh ke merogol, just 'usik' je. Kasi gertak sikit." Jawab Zal dengan penuh yakin. Zaki diam.

" memanglah. Tapi kalau kantoi, masuk lokap! Kalau mak bapak aku tahu, mati aku." Zaki gelisah. Zal ketawa.

" bukan kau sorang je yang join. Kai, Bahar, Roni dengan Trump pun ada sekali. Kau jangan takutlah!" Zal menepuk2 bahu Zaki dengan kuat sebelum mereka berdua beredar keluar. Adzim dan Aiman yang mengintai disebalik pintu tandas, diam tak terkata.

Imbas kembali tamat...

" bila kami dengar kelas 5 Kasturi kena pecah, kami baru teringat pasal hal tu. Tapi, kami tak yakin jugak." jawab Adzim, takut2. Sesekali dia menjeling Arza yang berdiri dekat dengannya. Aiman juga sama. Adib senyum.

" jangan takutlah dengan kak Arza ni. Just, dia tengah bad mood. Biasalah tu..." Adib menepuk2 bahu mereka. Selepas bersembang seketika, mereka beredar. Ash juga sama. Adib lihat Arza yang berdiam diri.

" kenapa kau senyap je?" lamunan Arza terhenti dengan teguran Adib.

" tak adalah...nama dua orang yang adik tadi cakap, macam pernah dengarlah. Tapi...aku tak sure yang mana satu." Arza mengetap bibir.

" which one?" Adib bertanya.

" Zal dan Zaki tu. Dalam tingkatan 6, hanya ada dua kelas saja. Enam rendah, enam atas. Jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 6 hanya 30 orang saja. 15 orang setiap satu kelas. Nama Zal tu ada tiga orang. Dua tingkatan 6 atas, seorang tingkatan 6 rendah."

" dua 'Zal' yang aku tahu, memang tak pernah ada masalah. Kecuali seorang," pandangan mata Arza menala ke kelas tingkatan 6 bawah.

" kau kenal ke?" Adib tertanya2.

" tersangat kenal! Kau pernah dengar nama Hafizal Haji Mohamad?" Arza pandang Adib yang sedang mencari nama dalam kepala dia.

" Hafizal...Haji Mohamad..." Adib mengerah otak untuk mengingat nama tersebut. Apasal karma sangat nama nie? Tiba2, Adib tersentak. Terkejut.

" nampak gaya, kau dah ingat. So, apa pandangan kau?" Arza mengangkat kening. Adib menganga.

" takkan dia kot?! Tak mungkinlah." Adib tidak mempercayai nama orang yang dia teka.

" terpulang dekat kau samada nak percaya atau tak. Sekarang, kata kunci dalam masalah kita nie ada satu saja." Arza menggosok2 dagunya, ibarat penyiasat persendirian. Adib angkat kening.

" apa dia?"

" perempuan..." Arza memeluk dada sambil bersandar di tepi koridor sekolah.

" what?" Adib jadi biul sekejap. Arza menarik nafas menahan kesabaran.

" apasal kau lembab sangat hari nie? Kepala tu dah jadi biul ke lepas kena maki dengan pengetua tadi?" Arza menepuk belakang kepala Adib. Tak kuat sangat, tapi sakit hati jugaklah si Adib.

" oii, kepala jangan main!" Adib merungut. Arza menjuling mata ke atas.

" kau tak dengar ke adik2 tadi tu cakap apa? 'perempuan tu dah bayar duit pendahuluan...'. So, sekarang nie dalang dia adalah perempuan." Arza menjawab malas. Adib terdiam lama.

' kenapa aku rasa bakal terjadi perang dunia keempat nie?' Adib telan air liur. Dia pandang Arza yang berwajah selamba.

" kau kenal?"

" not so sure, but maybe..." Arza angkat bahu.

" siapa?"

Belum sempat Arza buka mulut, seseorang memanggil nama dia.

" Adib, Arza! Ikut aku cepat!" Jerit Kodok dari tingkat dua. Arza sengih senget.

" nampaknya, dia orang dah tahu siapa dalang..." Arza menggosok2 tapak tangannya sambil tersenyum sinis.

Menakutkan!

*****************

Hey, Assalamualaikum!! Dah lama saya tak update cerita nie. Hahaha...tengah tak da mood sebenarnya. Saya tengah membaca novel online, yang bertemakan wuxia dan xianxia...hahaha, novel Chinese. Yup! Tengah mood romantik and suspen. Kalau nak tahu novel yang macam mana, rajin2lah online internet. Hehe, see ya all again... Tatatatatatatatatatat!!!!!!! ♪☆\(^0^\)♪(/^-^)/☆

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now