Adib POV...
Aku terdiam mendengar cerita yang keluar satu persatu daripada mulut Poji. Sesekali Kodok menyampuk memeriahkan lagi cerita. Ada jugak yang aku debik nanti!
" Adib, kau okey tak?" tegur Kodok.
" aku okey je..." balas aku tanpa perasaan.
" kalau okey, asal kau genggam penumbuk kau sampai putih buku lima?" aku mengeluh berat dan melepaskan genggaman erat yang tanpa sedar aku buat. Damn!
" sambung..." aku menoleh keluar kereta. Kami memarkirkan kereta Poji di hadapan rumah Kodok dan bersembang dalam kereta.
" kes itu menjadi kes polis dan hampir setahun jugaklah kes itu menjadi kes beku. Zaryl dan Arza putus sebab Zaryl tak boleh terima Arza seperti mana dia dahulu. Sejak itu, Arza jadi seperti sekarang ini. Keras hati, degil, nakal, dan perahsia. Dia sudah kurang berkongsi masalah dia pada kami, membuatkan hubungan kami ada jarak. Even kau lihat kami seperti ini." Poji bersandar sambil menggenggam stereng keretanya dengan erat.
Aku tidak menyangka sekolah ini menyimpan seribu satu cerita berkaitan Armira Zarina. Aku sendiri rasa menyesal. Menyesal kerana tidak mengenali Arza daripada dahulu lagi.
Terbayang wajah ceria Arza yang sering kali ditangkap ponteng kelas dan ponteng sekolah semata2 mahu pergi makan pizza dan tidur. Tetapi, disebalik keceriaan itu, tersimpan seribu rasa hati yang menjadikan Arza seperti ini.
" aku dengar kau pun seperti Arza di sekolah lama. Jadi, aku anggap kau lebih tahu berkenaan isu2 seperti ini." kata Kodok.
" I don't know..." aku menyandarkan kepala aku pada tangan di cermin kereta. Haba nafas yang terjadi di sebabkan aku bernafas, menunjukkan bertapa sejuknya malam ini, walaupun hati aku panas membara.
I will kill him if I see him now!
================
" mana Arza?" mata aku melilau mencari Arza yang daripada pagi tadi tidak kelihatan di dalam kelas. Ponteng lagi ke minah tu?
" bilik rawatan sekolah. Macam biasa..." jawab Sen-sen. Entah mengapa, hati aku tidak tenteram. Tanpa berlengah, aku keluar daripada kelas. Tetapi Cikgu Daud menghalang laluan aku.
" hah, Adib! Nak ke mana? Kelas saya nak mula dah!" kata cikgu Daud dengan kening berkerut sambil menepuk2 jam tangannya dengan jari. Aku bergaru kepala.
" umm...tandas. Sakit perut, cikgu! Tak tahan dah!" aku mengerutkan dahi dengan buat muka sakit habis.
" pergi cepat! Tak senonoh betul kamu ni." cikgu Daud terus masuk ke kelas kami yang bising seperti pasar. Aku terus berlari ke bilik rawatan.
Sampai sahaja aku di sana, aku masuk tanpa mengetuk pintu kerana ia terbuka separuh. Aku terlihat satu bayang2 di sebalik langsir yang menutup setiap katil rawatan di bilik itu.
' bayang lelaki?' hati aku semakin tidak tenteram, lalu dengan perlahan aku mendekati tanpa sebarang suara, mahupun bernafas. Aku mengintai di sebalik langsir yang terselak sedikit. Ia memudahkan aku melihat siapa di sebalik bayang. Mata aku terbuka luas melihat adegan tersebut.
Tanpa sebarang suara, aku menarik bahu lelaki itu dan menumbuknya di muka dengan padu.
Bukk!
" urghh!!" lelaki itu tersungkur ke lantai. Tetapi tangannya sempat mencapai meja kecil yang menyebabkan gegaran dan bunyi bising.
" GET OUT!!" aku menjerkah marah. Turun naik nafas aku menahan diri daripada terus menyerang lelaki kurang ajar itu.
" Adib...?" aku terkejut mendengar suara Arza memanggil aku. Lelaki yang masih di lantai, terkedu melihat Arza bangun daripada tidurnya.
" kau buat apa di sini? Ponteng jugak ke?" tanya Arza sambil menguap panjang. Tetapi kuapannya terhenti sekerat jalan apabila matanya terpandang lelaki di lantai.
" Zaryl? What the hell are you doing here?" berkerut wajah Arza melihat lelaki yang bernama Zaryl itu. Aku mendekati lelaki itu dan menarik tangannya dengan kasar sehingga dia berdiri sendiri." aku...aku..." tergagap2 Zaryl cuba mencari alasan. Entah apa yang merasuk, aku menjawab bagi pihak Zaryl.
" mencium dahi kau? Itu yang kau nak bagitahu dia, kan?" mencerlung mata aku memandang Zaryl yang bagi aku kecil sahaja. Zaryl dan Arza terkejut.
" what?!" suara terkejut Arza membuatkan aku berasa lega dan marah juga.
" apa maksud kau cium dahi aku? Bila masa?" Arza memandang aku meminta jawapan. Belum sempat aku jawab, Zaryl memotong.
" look, Arza...I'm sorry, okay? It's not my intention to...do that on purpose. I...I can't help it. You look beautiful! When...sleeping..." semakin perlahan suara Zaryl apabila mata tajam Arza mencantas kata2nya. Tanpa sedar, aku melepaskan lagi tumbukan buat kali kedua. Kali ini lebih kuat.
Bokk!
" ughh! What the hell? Siapa kau?!" Zaryl cepat berdiri semula dan menyerang aku.
" STOP IT!!!" Tetapi pergerakan kami berdua terhenti dengan jeritan Arza.
" Arza..." Zaryl cuba mendekati, tetapi aku menghalang.
" jangan dekati dia!" aku berdiri di hadapan Arza. Zaryl memandang aku dengan wajah keliru.
" your boyfriend, Arza?" tanya Zaryl sambil memandang aku dengan tajam. Spesifiknya pada Arza.
" n..." Arza cuba menjawab, tetapi aku memintas kata2nya.
" aku boyfriend dia. Any problem, Mr. Ex-boyfriend?" aku memandang Zaryl dengan tajam. Entah apa yang merasuk aku untuk mengaku sedemikian rupa. Aku dapat rasakan rahang Arza jatuh menyentuh lantai. Dan Zaryl tergamam.
" what?!" serentak Arza dan Zaryl terkejut. Aku sedikit cemburu dengan keserasian itu.
What? Salah ke aku cemburu?
=================
Zupp! Zupp! Zupp! Zupp! (Bunyi kipas berpusing laju)
" kamu tahu apa kesalahan kamu bertiga?" tanya cikgu Daud. Kami diam tanpa suara.
" bisu ke? Cikgu tanya, jawab!" tempikan cikgu Daud menyebabkan aku terkejut. Arza juga sama. Zaryl juga aku pasti terkejut.
Pengakuan 1 :
" ponteng kelas cikgu..." jawab Arza.
Pengakuan 2 :
" ponteng kelas..." aku pula menjawab.
" salah! Kamu bergaduh!" jerkah cikgu Daud. Wajahnya tegang. Aku terdiam.
" kamu pula?!" cikgu Daud menempik ke arah Zaryl.
Pengakuan 3 :
" bergaduh..." jawab Zaryl.
" salah lagi!! Kamu mengambil kesempatan ke atas pelajar perempuan! Itu yang kamu buat, Zaryl! Kamu tahu tak, berdosa besar menyentuh seseorang yang bukan muhrim? Apatah lagi..." cikgu Daud tidak mampu meneruskan kata2nya lagi. Dia mengurut pangkal hidung sambil membuka cermin matanya.
" Arza dan Adib balik ke kelas sekarang. Zaryl, kamu dengan saya." Kami mengangguk dan berlalu keluar. Sampai diluar sahaja, aku dan Arza melepaskan nafas yang tanpa sedar kami tahan.
" haaaa...gila! Kau okey?" aku bertanya kepada Arza yang aku rasakan dia agak senyap kali ini. Selalunya dia sudah membebel panjang.
" umm...tadi...umm..." Arza tergagap. Aku mengangkat kening.
" tadi apa?" aku bertanya lagi. Arza nampak gelisah. Sesekali matanya memandang sekeliling. Para pelajar yang melintas memandang kami dengan pelik.
" umm...tak ada apalah! Bye!" belum sempat aku menahan, Arza sudah menghilang di selekoh tangga. Aku terlebil2 kehairanan.
Apa pulak tadi tu?
*****************
Assalamualaikum, and good days, minna-san!! Dah lama Ana tak update cerita ini dan beberapa cerita lain. Cerita 'Nakal' kali ini, Ana ada sedikit idea. Cerita yang lain masih ON HOLD... harap bersabar ya! ≧∇≦
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Teen FictionSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...