Budak Baru

3.6K 72 1
                                    

D O. Y O U. L O V E. M E

D O. Y O U. L O V E. M E

D O. Y O U. L O V E. M E

D O. Y O U. L O V E. M E

" arghhh! Shut up!" Aku bangun dan mencapai phone yang bergetar, berbunyi kuat dengan alarm yang aku set malam tadi. Dengan rasa malas, aku menolak tutup. Bukan suara 2NE1, tapi suara kawan2 aku yang dirakam ketika kami keluar berkaraoke dua hari lepas. Sangat annoying dan sumbang!

" wei, kak! Bangunlah, dah pukul berapa ni?!" suara Ashraf a.k.a Ash kedengaran di balik pintu. Aku menggosok2 rambut aku yang berserabai macam pontianak.

" aku dah bangunlah! Bisinglah kau!!" Aku merungut dan melompat turun daripada katil. Aku cepat masuk ke dalam bilik mandi kerana sudah jam 7 pagi. Setelah selesai rutin harian, aku keluar daripada bilik mandi. Aku menyelongkar almari pakaian dan mengeluarkan baju sekolah aku.

" woi!! Lama lagi ke, kak?! Cepatlah!!" suara jeritan Ash buat aku sakit jiwa.

" diamlah!! Aku nak pakai baju. Start motor tu dulu!" Aku menjerit semula. Dalam kelam kabut, aku tersepak kaki katil. Aku mengaduh, tetapi tidak sempat tengok. Lambat dah!

" aku ingat kau nak duduk lama lagi dalam bilik bersepah kau tu!!" aku tidak endahkan suara sinis Ash.

" suka hatilah! Bilik aku, bukan bilik kau! Cepat jalan, kata dah lambat!" Aku terus melompat naik di belakang. Ash menampar visor ke bawah dan memecut laju, keluar daripada banglo 3 tingkat milik papa.

Ash memecut tanpa had dan dia langgar 3 lampu isyarat kerana kami memang sudah lambat sangat. Hari ini, cikgu Daud a.k.a Warden/guru disiplin menjaga pagar sekolah. Ini sudah kali ke berapa aku lambat pun, aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku bakal berlari keliling padang pagi ini.

#############

Bunyi angin kedengaran kerana suasana di padang sekolah terlalu sunyi. Aku, Ash, Lela, Poji, Kodok, Sen-sen, dan dua pelajar yang lambat duduk melutut dan angkat tangan di atas kepala. Cikgu Daud berjalan di hadapan kami, satu per satu. Dan langkah kakinya berhenti di hadapan aku dalam baris terakhir. Senyap.

" kamu lambat lagi, Arza!!" suaranya bergema dalam padang, disekalikan dengan rotan yang melayang ke atas kepala aku. Pap!

" bukan selalu pun..." aku membebel perlahan, tetapi telinga lintah milik cikgu Daud dapat mendengar.

" bukan selalu?! Ini sudah 8 kali kamu lambat dalam bulan ini, Arza!! Kamu ingat saya ni free sangat ke nak menghadap muka lambat kamu setiap hari?!" cikgu Daud menjerit di hadapan muka aku. Urghh...bau kopi!

" baru 8 kali, cikgu. Belum 10...kalau cikgu bosan tengok muka cantik saya, apa kata cikgu lepaskan saya? Okay?" aku buat rundingan baik punya. Tapi, apa yang aku dapat adalah wajah merah cikgu Daud. Hehehe...opss!

" LARI 10 PUSINGAN PADANG SEKARANG!!!" that's the end of story. Akibat 'kepandaian' aku dalam buat rundingan, aku diberi extra larian. 10 + 5 berapa ya, adik2? Betul, 15! Tepuk tangan.

" jangan berhenti, Arza!! Ada 6 pusingan lagi. Cepat!!" cikgu Daud menjerit sambil menyilang tangan ke dadanya. Pelajar yang lain sudah ramai yang pancit. Tapi Ash, Lela dan Kodok masih steady berlari di belakang aku. Sebagai ahli kelab karate sekolah, larian seperti ini adalah perkara biasa.

" weh, Za. Aku dengar ada budak baru masuk hari ini." Sharmila a.k.a Lela berlari di sisi aku. Khairul a.k.a Kodok pula di sebelah kiri aku. Ash sudah berlari di hadapan kami.

" budak baru? Lelaki? Perempuan? Pondan?" aku bertanya dengan nafas lelah. Bercakap sambil berlari, memang memenatkan.

" asal kau tak tanya Gay atau lesbian? Lelaki, budak tu dari KL." Tambah Kodok. Dia, sebagai hacker dalam kelas kami sentiasa dapat maklumat sebelum guru2 tahu.

" hmm...seorang je ke?" tanya Lela.

" Nope! Dia dengan adik perempuan dia, satu kelas dengan Ash." Aku mengangguk.

" so, nak buat apa? Macam si Fiqri punya welcome party ke?" tanya Kodok. Selain hack maklumat, Kodok juga suka acara tradisi kelas kami. Setiap pelajar yang baru masuk, akan diberi ujian atau party.

" semestinya...tak! Kita buat benda lain. Yang ekstrem sikit!" Aku sengih musang berjanggut. Lela dan Kodok ketawa dengan mimik wajah aku.

" aku tahu muka kau, Za. Aku yakin, terkencing budak baru tu kau kerjakan. Tapi, kau kena hati2 la. Sebab, dia ex-con jugak. Macam kau!" Kodok mengeluarkan phone yang diseludup masuk ke kawasan sekolah. Nasib tak kantoi! Kami masih ada 3 pusingan lagi sebelum masuk ke kelas.

" apa yang kamu bertiga berbisik2 tu?! Lari cepat!!" suara cikgu Daud mengejutkan kami bertiga. Ash pula sudah hilang, masuk ke kelas. Lela dan Kodok masih berlari dengan aku, walaupun larian mereka sudah lama habis.

" ex-con? Maknanya dia sudah 'cuci tangan'? Macam tu?" tanya Lela. Kodok mengangguk. Dia menunjukkan gambar seorang pelajar lelaki kepada kami. Aku tidak sempat tengok kerana larian kami hampir pada cikgu Daud. Cepat Kodok masukkan phonenya ke dalam poket seluarnya.

" sudah! Masuk kelas, cepat!!" kami terkejut. Aik? Ada 1 pusingan lagi, kan?

" kamu tak salah dengar! Kalau saya suruh lari 20 pusingan pun, tak berguna jugak! Bukannya kamu penat pun." Kami sengih. Cikgu Daud meninggalkan kami yang pergi mengutip beg sekolah semula.

" so, kau nak buat apa nanti?" tanya Kodok lagi. Aku mengetuk2 tepi bibir aku, berfikir.

" nanti sembang lain. Aku nak pergi toilet kejap!" Aku berlari anak di laluan pelajar yang berbumbung. Semasa aku melintasi bilik guru yang terletak tidak jauh daripada bilik pengetua, mata aku menangkap sesusuk tubuh tinggi lampai berjalan keluar daripada bilik guru. Aku yang berlari anak (laju sedikit), tidak sempat brek, lalu bumm! Terlanggar dia. Mati sudah!

" aaa...duhhh!!" aku mengerang, sambil menggosok pinggul yang sengal sedikit.

" Arza? Kenapa kamu di sini?" suara cikgu Sakinah, menyapa telinga aku. Tetapi mata aku menangkap pandangan tajam daripada pemilik tubuh sasa itu.

" err...? Sesat?" Aku sengih dan bangun, sambil mengibas2 kaki seluar yang aku pakai.

" iyalah tu sesat. Masuk ke kelas, cepat! Saya mahu perkenalkan pelajar baru." Dia memandang pelajar lelaki yang sudah berdiri di sisinya. Mata lelaki itu masih memandang aku, lama. Dengan rasa tidak selesa, aku berdehem kuat.

" jangan pandang anak dara orang lama sangat! Nanti jadi Kassim Selamat pulak." Aku sudah mula meloyar buruk. Cikgu Sakinah ketawa kecil dan menggeleng.

" sudah! Masuk kelas." Aku senyum comel sebelum berlari, naik ke tingkat 3 kelas kami.

***************

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now