Pecah

881 32 0
                                    

Ringtone lagu daripada phone aku berbunyi kuat. Dengan rasa malas, aku bangun. Sambil menggaru2 kepala, aku berpusing badan mencari ke mana arah phone aku berbunyi. Aku seluk bawah bantal, tak ada. Aku angkat selimut, pun tak ada. Aku tengok dekat meja belajar aku juga tak ada. Dekat mana? Aku diam sekejap, mendengar. Aku pusing ke arah almari baju. Sweater yang aku gantung dekat almari, aku perhatikan. Lama. Sekali lagi ia berbunyi dan menyala biru. Sah dekat sana! Dengan rasa annoying, aku bangun dan ambil handphone itu. Jam menunjukkan 2 pagi. Sekali lagi ia berbunyi. Nama si pemanggil aku tenung lama. Apa mamat ni nak malam2 buta call aku?

" hello?" aku menegur sedikit kasar, sambil menguap mengantuk.

" kau dekat mana sekarang?" suara si pemanggil agak tergesa2.

" kandang lembu. Asal?" aku bertanya bodoh. Si pemanggil diam sekejap.

" kau jangan main2 boleh tak? Aku serius ni!" marah si pemanggil.

" kau rasa jam 2 pagi ni, aku dekat mana kalau bukan dalam bilik aku, tidur bermimpikan putera kayangan? Tanya lagi soalan bodoh!" aku tembak balik. Bangang ke apa tanya aku dekat mana time2 macam ni?

" ok, fine! Kau keluar kejap dekat taman. Ada hal emergency ni! Cepat! Call Adib sekali." Aku mengerut dahi. Buat apa keluar malam2 macam ni?

" hal apa pulak?" panjang aku tarik huruf 'K' tu. Annoying!

" nanti aku cerita. Dalam 10 minit, aku sampai rumah kau! Jangan lupa call Adib, suruh dia tunggu dekat rumah dia. Ciaoo!" bunyi 'beepp' memenuhi ruang telinga aku. Dia tutup dah? Dengan rasa malas, aku bersiap ala kadar jer. Cap merah aku sarung atas kepala secara terbalik. Sweater pula aku ikat dekat pinggang. Aku pakai seluar track je. Dompet dan phone aku letak dalam poket sweater.

Wassap berbunyi.

" sampai dah!" tertulis perkataan itu dalam mesej. Huff! Aku keluar dengan perlahan. Kalau mama dengan papa tahu aku keluar time2 macam ni, memang aku kena ikat dalam kandang lembu. Sampai saja di muka pintu utama, aku pusing semula untuk melihat.

' nampaknya Mak Idah tak bangun!' pembantu rumah yang mama beri cuti sudah pulang malam tadi. Letih agaknya!

Aku bukak pintu utama dengan perlahan, dan meloloskan diri daripada pintu.

" Mira nak pergi mana pagi2 ni?" aku terjerit kecil, lantas berpusing laju.

" Pak Mail!! Terkejut Mira. Jangan sergah Mira macam tu!" aku tersandar kerana terkejut sangat. Pak Mail menggaru2 kepalanya yang beruban putih.

" maaf, Pak Mail tak sengaja. Tapi, Mira mahu ke mana pagi2 buta ni? Nanti mama dengan papa tak risau ke?" Pak Mail membantu aku berdiri semula. Aku sengih kelat.

" umm, Pak Mail. Mira keluar kejap saja, ada hal penting. Sebelum jam 4, Mira janji akan balik. Jangan bagitahu mama dengan papa, ya! Pleaseeee~~~" aku buat muka kasihan. Pak Mail senyum dan menepuk2 kepala cap aku.

" yalah! Sebelum pukul 4, Mira kena balik. Kalau tak, Pak Mail tak ada pilihan." Aku mengangguk dan cepat meloloskan diri. Selamat keluar daripada pintu pagar, aku nampak kereta Audi biru. Dengan pantas, aku masukkan diri ke dalam kereta. Wajah tegang Padi aku tenung lama. Tak puas hati.

" tak payah nak tenung aku macam nak tembus kepala. Nanti aku cerita! Jom, ambil Adib. Dia dah tunggu!" Padi cepat menekan pedal dan memecut sebelum aku berpeluang untuk fire dia.

" siapa lagi yang ikut?" aku bertanya memecahkan kesunyian. Sejuk air-cond membuatkan bulu roma aku tegak. Cepat aku sarung sweater yang aku bawa.

" tak ramai. Aku, kau, Adib, Poji, Kodok, dan Keli. Dia orang saja yang free pagi2 ni!" jawab Padi, tak bersalah.

" kepala hotak kau aku free?! Aku dah sedap landing tidur, kau kacau! Kau ingat pukul berapa?!" aku start nak bergaduh. Padi ni bukan boleh di bagi muka!

" kau jangan bising boleh tak? Benda kalau tak penting, aku tak kacaulah kau punya tidur! Aku pun mengantuk gak!" Padi smash aku balik. Aku menjuling mata ke atas.

" fine, whatever!" malas mahu bertekak, aku pusing badan aku menghadap tingkap kereta. Aku dengar Padi mengeluh panjang.

" sorry lah. Aku pun tak nak kacau kau pagi2 ni, tapi aku tak ada pilihan. Kelas kita kena pecah masuk!" cepat aku bangun dan pusing ke arah Padi. Terbuntang mata aku.

" WHATT?!!" Padi menggosok2 telinganya gara2 jeritan aku.

==============

Keluar saja aku daripada kereta, tempat pertama aku pergi adalah bilik kawalan sekolah. Ada sebuah bilik kecil yang Kodok siapkan sebagai tempat menggodam sistem sekolah. Melihat wajah tegang Poji dan Kodok, tahulah aku perkara besar memang berlaku. Aku masuk ke bilik, sebelum diikuti oleh Padi dan Adib.

" siapa yang buat benda haram jadah ni?" aku bertanya terus tanpa menegur sapa.

" tak tahu dan tak dapat jejak. Kamera tersembunyi pun jahanam! Habis semua." Kodok menghentak meja komputernya.

" aku pergi tengok kelas. Adib dengan Padi ikut aku! Yang lain tunggu sini." Aku cepat memecut lari ke arah kelas kami. Aku berlari mendaki dua tangga, meninggalkan Padi dan Adib jauh ke belakang. Mereka berdua tidak bercakap walau sepatah. Tahu saja yang aku bad mood.

Sampai sahaja kami di kelas, apa yang menyapa mata aku membuatkan aku mahu mengamuk.

" Astaghfirullah..." Adib dengan Padi mengucap panjang. Aku mengurut dahi.

Keadaan kelas kami seperti dilanggar puting beliung! Habis kerusi meja bertaburan jatuh ke lantai. Whiteboard pula penuh dengan kesan calar dan tetak? Ini pakai parang ke apa? Meja guru pecah dan patah. Pintu kelas musnah. Tingkap pecah. Dua almari besi yang ada dalam kelas juga dalam keadaan menyayat hati. Terbuka luas, sehingga ada kemik disana sini! Barang peribadi seperti laptop, handphone, peti duit kelas, barang makanan, game, dan beberapa buah buku milik pelajar kelas hilang dan rosak.

" Arza, kau tengok sini." Panggil Adib. Aku berpusing dan melihat apa yang Adib mahu tunjukkan.

AWAS!!

Itulah perkataan yang tertulis di dinding belakang kelas dengan cat merah. Besar dan jelas! Aku jalan mendekati Adib. Padi sudah mencangkung dihadapan meja belajarnya. PSP yang baru dibeli minggu lepas musnah. Sepertinya dipecahkan dengan benda tumpul. Kayu barangkali.

" apa pulak kali ni...." aku menggosok2 muka aku dengan perasaan letih. Penat. Mengantuk. Marah. Kecewa. Bengang. Semua itu bercampur aduk sehingga terasa mahu pecah dada aku menahan perasaan.

" berapa banyak kita rugi ni?" aku bertanya kepada Kodok yang baru sampai dengan Poji dan Keli melihat sekeliling dengan pandangan kosong.

" banyak. Almost 15k...Laptop Sen-sen, MU, Lela, dan dua lagi pelajar kelas kita hilang. Laptop kau musnah. Game Box aku hilang. Komputer sekolah untuk guru juga musnah. Duit kelas yang Sen-sen simpan juga lesap. Peti keselamatan sekali. Motosikal yang Keli simpan dekat stor lama pun lesap." Aku terduduk di atas kerusi yang masih elok berdiri.

" Bala apa pulak kali ni...tak pernah2 lagi kes pecah masuk kelas. Almari rahsia yang kita guna sebagai tempat rak buku pun musnah. Mau cecah 20k! Aduhhh..." Aku membuka cap dan mengipas wajah yang berpeluh. Kipas siling pun musnah. Lampu pun sama!

" malam tadi, aku datang untuk check kamera tersembunyi sebab baru2 ni rosak. Aku sampai je, dah jadi macam ni. Aku cuba check kamera yang lain, tapi aku tak jumpa satu apa. Semua gelap, dan bayang2 orang saja. Dalam 6 orang. Ikut saiz tubuh, kesemuanya lelaki. Tapi aku tak jumpa apa2 bukti! Semuanya clean and clear! Nothing tinggal!" Kodok mencangkung di sebelah aku.

" suara?" aku bertanya. Kodok menggeleng.

" dia orang senyap. Pantas. Dalam 20 minit saja, dah jadi macam ni. Pak guard pulak kena ubat tidur." kata Kodok.

" jenayah terancang." Serentak aku dengan Adib membuka mulut dan pandang Kodok.

" sangattt terangcang!!" balas Kodok.

****************

Gila betul mereka ni! Semua barang berharga simpan dalam kelas. Cuai, cuai! Korang agak siapa saspek? Siapa yang rancang? Motif apa?

Jumpa di lain waktu!!... 👋😘

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now