Di sebuah rumah yang berdekatan dengan Taman Angsana...
Zul memerhatikan kad jemputan perkahwinan di dalam tangannya. Sejak dia menerima jemputan tersebut, Zul merasa sedikit serba salah.
Sejak berumah tangga, Zul sudah tidak berhubungan lagi dengan kelasnya dan kelas Kasturi. Walaupun dia sering bertemu dengan Adib, dia masih berasa janggal dengan mereka.
Ikutkan hatinya, dia memang tidak mahu pergi. Tetapi melihatkan kesungguhan Adib mahu mengeratkan lagi hubungan mereka, dia menerima dan mesej Adib, bahawa dia akan pergi bersama isteri dan anak2nya.
" abang termenung apa tu?" sapa suara halus disisinya. Zul mengangkat kepalanya dan dihulurkan kad jemputan perkahwinan Adib dan Arza kepada isterinya.
" kad kahwin? Adib...dan Arza? Mereka ke yang abang pernah ceritakan dulu?" tanya isteri Zul dengan penuh minat. Zul ketawa dan mengangguk.
" ya. Pelajar kelas Kasturi. Arza tu bekas ketua kelas Kasturi. Dan...kawan abang dulu." Kata2nya yang terakhir kedenganran sedikit janggal. Isterinya ketawa.
" benda sudah lama berlalu, tak usah dikenang lagi. Kalau dia sudah menghantar kad ini kepada abang, maknanya dia mahu mulakan hubungan baru." Ujar isterinya dengan senyuman manis. Zul mengangguk senang hati.
" um, sayang mahu pergi sekali? Boleh bawak Haris dengan Hafizah sekali." Zul mengambil semula kad jemputan itu daripada tangan isterinya.
" eh eh! Mestilah pergi. Kawan abang, kawan saya jugak! Hehe, nak jugak kenal2 dengan mereka. Ikut cerita abang, kenakalan abang lebih kurang sama level je pun. Nak jugak saya dengar!" Zul mengeluh berat. Inilah susahnya kalau isteri sendiri adalah penulis novel. Setiap kisah dan cerita lamanya sudah dikorek habis tanpa ada yang tinggal.
Bila memikirkan isterinya akan bertemu dengan super troublemaker Arza tu, boleh goyang dunia. Zul hanya mampu berdoa yang Arza tak bercerita lebih.
Kalau tak, mahu dia kena 'bahan' dengan isteri sendiri.
###########
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Novela JuvenilSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...