Pengakuan

1.1K 40 2
                                    

Arza POV...

Aku berjalan laju tanpa menghiraukan mata2 pelajar yang memandang aku seolah2 kepala aku tumbuh tanduk. Tak pernah tengok orang ke?

" kakak!"

Tambahan lagi, jantung aku bagai nak meletup mendengar pengakuan Adib pagi tadi.

' aku boyfriend dia...' tanpa sedar aku menekup pipi aku yang terasa panas. Terngiang2 kata2 itu tanpa dapat aku tahan. Malu siot!

" kakak!"

Aku nak ucap terima kasih pada Adib, tapi perasaan malu melebihi perasaan bersyukur. Pertama kali aku merasakan perasaan seperti ini. Dulu, apabila Zaryl mengaku yang aku girlfriend dia, tak adalah aku miang2 macam kucing nak mengawan ni.

Aduhh...macam mana nak menghadap muka dia ni? Malu mak!

" kakak!"

" What?!" aku melenting. Daripada tadi dok panggil2 aku, ingat aku pekak ke? Dah aku tak layan, faham2 je lah!

Oh, Ash rupanya!

" aku panggil kau macam nak pecah anak tekak, kau buat 'derk' je? Kau apa hal lari macam kena kejar hantu tengah2 hari ni?" Ash berdiri termengah2 menahan nafasnya. Penat ke nak? Nak gelak pun ada gak...hehe!

" tak adalah sampai kena kejar hantu...kau apa hal panggil2 aku ni?" aku terus bertanya direct tanpa selindung. Terus hilang rasa marah aku pada orang yang mengganggu aku tadi.

" aku dengar apa yang jadi pagi tadi. Kau okey tak? Nak aku sunatkan anak Dato' Murad tu ke? Kurang ajar betul!" Ash mengepal2 penumbuknya dengan rasa marah. Eh, eh! Aku yang kena, dia nak melebih ni apa hal?

" tak payah! Karang tak ber 'batang' anak Dato' Murad tu nanti. Mampus tak bercucu orang tua tu!" beberapa orang pelajar lelaki yang kebetulan lalu di sebelah kami, tersengih2 kambing mendengar ayat tak bertamadun aku itu. Aku menaikkan kening ke arah mereka.

" apa? Korang pun nak kena sunat jugak ke? Meh!" aku menggamit mereka, mengacah seolah2 mahu menangkap. Mencecet mereka lari melihat aku seperti itu. Aku 'tsk' pada mereka.

" aku serius ni, kak! Kalau mama dengan papa dengar, bukan takat tak ber 'batang' dah, tak ber 'telur' terus!" tersembur ketawa aku mendengar ayat lucah tersebut. Sekumpulan pelajar perempuan yang kebetulan lalu juga, menundukkan kepala kerana malu dengan ayat tak bertapis itu.

" Choi, mulut! Masin karang? Sudah lah, aku nak naik ke kelas. Buhbye!" aku ingin berlalu, tetapi kata2 Ash menghentikan langlah aku.

" aku tak tahu pun kau 'kapel' dengan abang Adib. Senyap2 eh~~!" terangkat2 kening Ash sambil tersengih. Muka aku yang merah, bertambah merah.

Damn rumours!!

=============!=

Kelas kami sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas dan bunyi jantung aku nak pecah. Sebabnya?

Aku dengan Adib kena soal siasat perihal pagi tadi. Teruk kami kena bambu sebab pengakuan bodoh Adib. Rasa nak sorok muka dalam kasut sahaja. Agak2 muat tak kepala aku ni?

" so, kau nak cakap apa yang Adib katakan itu hanyalah bertujuan untuk menyakitkan hati Zaryl, macam tu?" soal Kodok dengan handphone di tangannya. Aku dan Adib mengangguk serentak.

" aku dengar Zaryl kena gantung sekolah seminggu, betul?" aku dan Adib mengangguk lagi.

" korang terlepas daripada tuduhan bergaduh?" mengangguk lagi.

" Adib dan Zaryl sahaja. Aku tak!" aku mengaku cepat.

" korang kena amaran sajakan?" kami mengangguk lagi. Penat kot kepala asyik mengangguk sahaja. Dah macam imam bertasbih!

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now