Masalah (2)

824 32 0
                                    

Adib dan Arza berjalan ke bilik disiplin cikgu Daud. Berjela bebelan cikgu Daud yang membuatkan wajah Arza naik hijau. Itu baru sikit, tapi kalau dah masuk bab ceramah agama, boleh biru muka!

Arza POV...

Dengan gaya selamba badak, aku masuk macam koboi. Siap tunjuk pistol tangan lagi. Pusing kiri kanan, berhati2.

Kuk!

" aduii..." aku menggosok2 kepala yang sengal sikit. Kena ketuk dengan rotan, memang sakitlah!

" jangan main2 dekat sini, Arza!" cikgu Daud mencerlung matanya kepada aku. Aku sengih comel. Adib 'padan muka kau' dekat aku.

" yo, lama tak jumpa!" aku menyapa mesra, walaupun hakikatnya rasa sakit hati masih terasa. Zul diam, tetapi membalas dengan mengangguk. Tubuhnya sedikit tegang, aku tahu. Rasa tak selesa, seolah2 terperangkap dalam satu ruang sempit. Aku, Padi, Poji, dan Daus saling berpandangan. Daus sedikit bingung dengan keadaan tegang antara kami. Cikgu Daud berdehem. Kesemua mata mengambil perhatian kepadanya.

" kali ni yang terlibat adalah budak2 empat ekor ni. Jadi, Arza dan Adib masuk ke kelas. Adib, jumpa cikgu selepas waktu sekolah. Ada perkara cikgu mahu bincang. Arza, saya tak masuk kelas hari ni, jadi edarkan kertas soalan ni pada kelas. Pastikan semua siapkan esok. Hilang satu buku, cikgu hukum kamu!" aku buat muka tak rela. Baru je aku ingat nak buat party. Dah la malam ni Kodok ajak karaoke.

" apa yang kamu fikir sampai berkerut2 dahi tu, Arza?" cikgu Daud memandang aku pelik. Dengan wajah serius, aku pandang cikgu Daud. Adib kelihatannya dapat membaca pandangan nakal aku. Dia mengurut batang hidungnya.

" malam ni, dijadualkan blackout. Cikgu tak dapat notis ke dekat rumah?" aku bertanya serius. Cikgu Daud terpinga2.

" blackout? Cikgu tak tahu apa2 notis pun! Kamu biar betul? Kawasan mana?" cikgu Daud sepertinya mempercayai kata2 aku.

" kawasan perkuburan, cikgu. Malam ni, memang semua bergelap." Aku masih kekalkan wajah serius aku. Adib menganga. Zul pandang tempat lain, mengembungkan pipinya untuk menahan ketawa. Padi dan Poji memandang dinding, membelakangi kami. Daus masih dengan blur2 ayam dia.

" hmm...dekat dengan rumah cikgu. Takpelah! Esok sebelum balik, semua kerja sekolah siap. Sudah, pergi balik kelas sana. Saya banyak kerja." Cikgu Daud membelakangi aku dan Adib. Cepat aku menyiku Adib dan berlari keluar. Padi dan Poji juga sudah menghilang.

Di pertengahan jalan, aku dengar suara cikgu Daud memetir kuat.

" ARZAAAA!!!!!!!!" Adib menggeleng, aku ketawa macam orang gila. Adib menepuk belakang kepala aku dengan perlahan.

" smart a$$..." omelan Adib aku biarkan saja.

Jahat tak aku?

###########

Adib POV...

Aku pandang Arza yang duduk atas kerusi sambil silang kaki, seperti gaya sarjan tua. Padi, Poji, dan Daus dihadapannya, berdiri dengan tangan dibelakang. Aku gelengkan saja dengan telatah mereka yang seperti prebet tentera. Nak ketawa pun ada!

" kenapalah dalam banyak2 manusia dalam dunia ni, dengan Zul jugak korang nak cari pasal? Dah tak ada kerja lain ke?" Arza mula menyoal. Suaranya agak tegang apabila menyebut nama Zulhilmi. Serta merta bahu aku tegak. Mereka bertiga juga sama.

" sorry, Za. Aku...benda kebetulan kot! Aku nak selamatkan Poji, alih2 bergaduh. Daus saksi!" kata Padi memulakan kata. Daus mengangguk laju.

" betul! Kami bukan buat benda teruk pun. Sekadar mengorat awek2 cun sekolah. Sekali, awek si...siapa nama dia?" Daus pandang aku meminta jawapan.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now