Seperti yang dirancang, Adib memecahkan kumpulan kelas untuk menyebarkan khabar angin. Dan, sekelip mata saja khabar angin tu tersebar seperti angin!
Arza terpaksa dikecualikan atas sebab kes pecah kelas tempoh hari. Adib pula, mencari cikgu Daud untuk bekerjasama. Dia terangkan situasi sebenar dan rancangan yang dibuat bagi memudahkan segalanya. Pada mulanya, cikgu Daud teragak2, dan mengesyaki kelas 5 Kasturi sengaja untuk mencari kambing hitam. Apabila Adib tunjukkan kad pelajar yang Daus jumpa, barulah Cikgu Daud bersetuju. Memang teruk jugaklah Adib kena ceramah percuma. Sebagai ketua kelas, kamu mestilah proaktif dan bla...bla...bla...
Adib hanya mampu tersenyum (dalam paksaan), mendengar nasihat2 tersebut. Dia angguk, lepas tu geleng. Angguk lagi.
" kamu dengar tak apa yang cikgu katakan? Jangan angguk saja, buatnya tidak!" sakit pula mata Cikgu Daud melihat Adib yang seperti burung belatuk. Angguk saja kerjanya. Dia pasti, nasihatnya hanya menjadi angin lalu. Satu apa tak lekat dalam kepalanya. Ini dah dipengaruhi oleh Arza. 2 x 5 saja!
" sudah, balik kelas sana. Buat apa yang kamu nak buat. Selesaikan secepat mungkin." Arahan cikgu Daud kedengaran keras, tetapi jauh disudut hatinya dia agak risau. Apabila mengingati kad pelajar yang ditunjukkan, cikgu Daud hanya mampu mengurut dahi. Stress!
" baik, cikgu. Saya keluar dulu..." Adib tunduk sedikit, kemudian berlalu keluar. Agak tergesa2 langkahnya. Dia ternampak Arza berdiri menyandarkan dirinya pada tiang koridor pejalan kaki. Wajahnya kelihatan tenang, hatinya? Tiada siapa yang tahu. Semakin tenang Arza, semakin besar taufan yang bakal melanda. Adib mengeluh.
" kenapa tunggu sini? Ada something nak cakap dengan aku ke?" Adib berdiri di sisi Arza yang sedikit tersentak kerana ditegur.
" kau yakin ke boleh berjaya? Kalau ikut style aku, boleh berjaya." Arza sengih. Adib angkat kening, lalu digunakan jari telunjuknya untuk menunjal kepala Arza.
" kalau ikut style kau, memang kucar kacir sekolah. Silap haribulan, pengetua bersara awal. Aku buat ni sebab nak tolong kau. Tahun ni kita SPM, kau nak tambah berapa banyak lagi list kesalahan disiplin dalam file berpuaka kau tu?" Adib memeluk tubuh, kurang bersetuju. Arza gigit bibir dan sengih kambing.
" alaa, baru 99 kesalahan. Cukupkan lagi satu, terciptalah sejarah baru dalam dunia sekolah menengah. Hahahaha!!" Arza angkat tinggi hidungnya, dan ketawa besar. Adib tepuk dahi.
Perempuan ni...
" kau ada klu lain?" tanya Arza.
" kau rasa?" Adib angkat kening.
" cakap sajalah. Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku ni?" Arza mencemik muka. Adib gelak, kemudian wajahnya berubah serius.
" dua minggu lepas, ada student ponteng yang nampak Liyana dengan Hafizal dekat belakang bangunan Kelab Pencinta Alam. Dia orang macam buat transaksi haram. Siap bertukar sampul dengan sampul. Selepas Liyana beredar, pelajar tu nampak Hafizal bukak sampul coklat and, bamm! Duit. Dia tak sure berapa banyak jumlah duit tu, tapi agak tebal jugak." Adib menarik nafas lega setelah apa yang dia pendam, diluahkan juga. Kalau diikutkan, dia mahu rahsiakan dahulu sebelum pastikan betul or tidak.
" kau ni dah kenapa siap berkerut dahi? Kau syak Liyana tu ke?" tanya Adib apabila melihat wajah Arza yang tidak seberapa baik tu. Gelap semacam!
Arza mengeluh, " seminggu sebelum kelas kita kena pecah, Lela pergi ke kelas pada petang tu sebab buku teks dia tertinggal. Sebelum dia sempat masuk kelas, dia nampak Zura kawan si Liyana tu menghendap kelas kita daripada luar. Siap pegang handphone call someone lagi. Dia dengar macam nama 'Yana' yang bercakap dengan Zura tu. Lela pun tegurlah dia, lepas tu si Zura terus lari." Arza memandang wajah Adib yang berkerut pula. Dah sepadan pulak dia orang punya gaya berfikir. Err...ehem! Lupakan apa yang dia fikir.
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Novela JuvenilSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...