Gaduh dan Kisah Lama

1.2K 48 0
                                    

Arza POV...

Aku lihat, mereka sangat berahsia sekarang. Aku ajak keluar, mereka tolak. Semalam, aku lihat mereka membuat 'mesyuarat' rahsia belakang bangunan sekolah. Aku cuba korek daripada Adib, dia angkat bahu sahaja. Aku tanya Sen-sen, dia cakap sakit perut. Aku tanya Poji, langsung tidak cakap apa. Senyum saja. Hailah...terasa dipinggirkan!

" kau termenung apa, kak?" Aku memandang Ash yang duduk dihadapan aku dengan makanan di atas meja. Aku mengeluh.

" tak baik mengeluh, kak. Itu tabiat syaitan. Cuba cerita." Ash mengangkat tangan, membaca doa, kemudian mula makan.

" terasa dipinggirkan..." pergerakan Ash, terhenti di udara. Dia angkat kening, bertanya 'kenapa?' kepada aku.

" yalah...semua buat hal masing2. Aku ajak keluar, sibuk. Aku ajak ponteng, sibuk. Aku ajak kenakan budak tingkat 5 semalam pun, sibuk jugak. Aku stress lah..." Aku menghentak kepala aku di atas meja beberapa kali. Ash ketawa bagai nak gila. Aku menendang kakinya di bawah meja dengan perasaan geram. Bengong punya adik! Bukan nak comfort ke apa, tapi dibantai gelak. Damn!

" ala, rileks la kak. Bukan selalu pun mereka sibuk. Beberapa hari ini je..." Aku melepaskan nafas. Dan ketika itu, aku tersedar sesuatu. Bagaimana Ash tahu mereka sibuk sudah beberapa hari? Aku memandang Ash, lama.

" kau...tahu sesuatu ke, Ash?" Aku lihat Ash sudah berpeluh. Aku mengecilkan mata dan membuatkan dia panas punggung.

" err...tak ada apa2. Betul, tak tipu!" tergagap Ash. Aku 'hmmm' padanya.

" jangan nak tipu! Baik kau cerita sekarang!!" Aku menendang lagi kakinya. Tetapi, kai ini Ash sudah bangun dengan pinggan kosong. Dia cepat beredar, tetapi ada aku nak lepaskan begitu sahaja? No way!

" Ash, tunggu!!" Aku cepat bangun dan mengejarnya, tetapi apa nasib aku berlanggar dengan sekumpulan pelajar perempuan senior. Mereka menghalang jalan aku sambil menyilang tangan ke dada.

" yo, Arza. Miss me?" aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Suria!

" nope! Who are you? An alien or an egg?" Aku bertanya bodoh. Wajahnya kemerahan menahan marah. Secara tiba2, Suria mencengkam kolar baju aku dengan kasar. Dia menarik aku ke tengah padang kecil berdekatan dengan kantin sekolah. Para pelajar sudah mula berkumpul dan mengelilingi kami.

" wo wo wo...apa main tarik2 ni? Habis baju aku..." Aku merungut sambil menepis tangannya daripada baju aku.

" budak junior sekarang ni memang tak ada adab. Hoi, kau ingat kau boleh lepas selepas apa yang kau buat pada aku?!" Suria menjerit di hadapan wajah aku. Ughh...bau bangkai!

" jauh sikit, boleh tak? Aku bukan lesbian. Apa yang aku buat dekat kau? Banyak sangat sampai aku tak ingat yang mana satu." Kata2 aku disambut gelak ketawa daripada pelajar yang berkumpul. Kebanyakan daripada mereka tahu apa yang aku buat, tapi mereka masih menyokong.

" masih nak tunjuk lagak dia dekat sini pulak..." kawan2 Suria ketawa. Suria hanya senyum sinis sahaja.

" straight to the point, aku nak selesaikan masalah kita berdua. Dekat sini!" tanpa amaran, Suria melepaskan tumbukan padu ke wajah aku.

Bukk!

" Arza!!" Aku jatuh ke rumput. Aku dapat merasakan cecair panas keluar daripada hidung aku. Suria ketawa sambil mengipas2 tangannya. Kebas barangkali.

" sakit, duh..." Aku bangun, sambil mengesat hidung dengan belakang tangan. Darah! Aku mengeluh kecil.

" dah habis ketawa?" ketawa mereka mati. Keadaan menjadi sunyi seketika, sebelum bising kembali. Beberapa orang pelajar kelas aku menghampiri.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now