Zul

939 38 1
                                    

Tiga tahun yang lepas, kelas 2 Kasturi...

" cikgu Harun! Tahan budak bertiga tu! Lekas!" suara riuh rendah dan gelak ketawa, ditambah bunyi tapak kaki berlari menambahkan kekecohan yang tersedia jadi.

Tiga orang pelajar melompat keluar daripada pagar besi yang tingginya hampir mencecah 3 meter. Mereka mendarat dengan selamat, kecuali seorang.

Thudd! Bukk!

" oii, Padi! Kau apa hal salah landing? Buat malu kaum je!" Zul membebel. Arza di sisinya tersengih2 jahat. Padi cepat bangun. Matanya tajam menjeling Arza.

" aku takkan jatuh kalau minah tu tak sepak kaki aku tadi! Kurang ajar betul!" Padi cuba mendekati Arza yang mengajuk kata2nya. Suasana yang semakin panas, menjadi dingin tiba2.

" BERHENTI!!!!" suara cikgu Daud memetir di padang. Padi, Arza, dan Zul terkejut.

" alamak! Misai datang!" Zul cepat angkat kaki daripada situ, meninggalkan Arza dan Padi yang masih berlawan pandang.

" Arza! Shahril (Padi)! Zulhilmi! berhenti sekarang!!" suara cikgu Harun pula kedengaran.

" woii! Blah la! Dia orang dah dekat tu!" jerit Zul yang sudah jauh ke hadapan. Arza dan Padi mematahkan sesi renungan mereka dan lari. Apabila mereka sampai di sebuah jalan atau lorong kecil yang di tambak dengan pasir kasar, Zul menarik Arza masuk ke dalam semak tebal, diikuti Padi dibelakang mereka.

" weh, Padi. Kaki kau tu, baik2 sikit. Ada telaga cetek dekat situ. Kalau jatuh, kau bangunlah sendiri!" tegur Zul. Arza pula sibuk dengan handphonenya, menaip dengan laju. Seketika kemudian, handphone itu disarung ke belakang poket seluar.

" MU dah tunggu dengan kereta dia. Hero (pindah sekolah) dengan Vintage (pindah sekolah) ada dengan dia. Tinggal kita je." Bisik Arza separuh mengah. Zul mengangguk, Padi pula cuba menjauhkan dirinya daripada telaga cetek itu yang kotor penuh dengan lumut hijau dan beberapa ekor ikan mati.

" cun! And kau jangan lupa duit yang kita kumpul tu." Arza mengangguk. Mereka cepat menutup mulut apabila kelibat beberapa orang guru yang mengejar mula kelihatan.

" cikgu masih nak kejar mereka lagi ke?" tanya cikgu Nizam.

" kalau boleh, saya nak tangkap mereka! Aduh, penat." Cikgu Daud pula menjawab. Arza, Zul, dan Padi menahan ketawa dengan nafas sekali.

" ini bukan kali pertama mereka fly dari sekolah ni, cikgu. Bayangkan, hampir setiap minggu mereka lesap! Last sekali mereka ditangkap ponteng sekolah dekat McDonald's. Itu pun dengan bantuan polis." Kata cikgu Harun pula.

" bila mereka soal siasat, budak 6 jaha*am tu jawab 'pergi beli makanan untuk member kelas yang kebulur'. Siapa tak sakit hati?" kata cikgu Daud lagi.

" eh, baguslah mereka tu! Concern sesama mereka. Siap belikan makanan lagi. Kalau saya, memang heaven dah!" jawab cikgu Nizam, cikgu baharu yang pindah masuk 3 hari yang lepas.

" cikgu Nizam, tolonglah berkelakuan macam seorang guru. Tujuan kita untuk mendidik mereka, bukan menyokong setiap perbuatan salah mereka. Saya tak sangkal yang kelas Kasturi itu agak pandai, tapi perangai mereka...Masha Allah, boleh sakit jantung saya!" balas cikgu Daud.

" yalah, cikgu. Mahu sambung kejar mereka lagi ke?" tanya cikgu Harun. Dia sudah penat berlari mengejar pelajar2 nakal itu daripada fly dari sekolah. Tapi...haram tak dapat! Macam palesit!

" tak perlu lagi, cikgu. Saya juga sudah penat. Tunggu sajalah esok dalam perhimpunan. Mesti muka mereka jugak di atas pentas!" cikgu Daud menggeleng, kepenatan. Kalau hari2 macam ni, boleh turun tahap kolesterol dia! Tapi, darah tinggi pulak yang naik. Hailah nasib...

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now