Skodeng

2.5K 55 0
                                    

Pagi yang gelap, kini sudah terang...
Aku adik mu, dan engkau abang...

Suara sengau Kodok menyakitkan telinga aku pagi ni. Memang patut pun aku panggil dia katak!

" wei, Kodok! Diamlah! Kau nak mati katak kena langgar dengan bulldozer ke?! Bising lah!" Aku membaling kasut sukan yang aku bawak untuk PJK hari ini. Kodok mengelak dan semakin kuat dia menyanyi. Adib yang duduk di sebelah aku pula sudah ketawa sakan. Meleleh air mata dia ketawa.

" yang engkau ni kenapa pulak ketawa mengilai macam pontianak?! Nak aku campak kau keluar daripada tingkap ke?!" Aku menyepak kaki Adib dengan kuat. Tapi, tetap tidak kena kerana Adib pantas membawa naik kakinya ke atas. Duk!

" enghhh...!!!" Aku menyembamkan muka aku ke atas meja sambil menepuk2 meja, menahan sakit kaki yang terkena kerusi itu. Makin kuat Adib ketawa.

" mana Padi dengan Sen-sen?" Aku bertanya perihal dua pasangan gila itu, kerana aku tak nampak mereka pagi ni.

" pergi 'skodeng' tempat biasa. Asal?" tanya Poji, yang sedap makan aiskrim 50 sen itu. Alah, yang ikat atas tu lah!

" aku join!" Aku cepat bangun. Adib yang terpinga2, Poji tarik supaya ikut kami. Dalam kelas ini, hanya 10 orang sahaja yang sangat bermasalah. Termasuk aku, Poji, Padi, Sen-sen, Kodok, MU, Lela, dan Amoi. Yang lain...malas lah aku mahu cerita. Muntah hijau nanti!

" skodeng siapa?" Adib bertanya. Aku meletakkan jari telunjuk aku di atas bibir aku dan berjalan turun ke bawah melalui tangga kecemasan sekolah. Kami melalui sebuah laluan kecil ke arah sebuah pondok pengawal lama di belakang sekolah. Aku ternampak Sen-sen dan Padi di celah2 semak samun yang tumbuh meliar di kawasan itu. Aku mengisyaratkan mereka supaya tunduk dan berjalan perlahan. Aku mendekati mereka berdua dan duduk mencangkung di sebelah Sen-sen.

" siapa pulak kali ni?" Aku berbisik perlahan. Kedengaran suara orang ketawa dan mendesah 'ah ah ah' tu lah. Tak faham ke?

" budak senior kelas Angsana. Suria dan Naim." Aku mengangguk. Aku lihat wajah Adib sudah merah padam. Marah ke malu ke, aku tak tahu.

" kau ada bawak benda tu tak?" tanya Padi. Aku mengangguk apabila Poji menunjukkan plastik hitam di tangannya.

" apa benda yang kau bawak, Poji?" tanya Adib. Poji menggantungkan plastik aiskrim itu di bibirnya dan menunjukkan benda di dalam plastik hitam tersebut.

" telur?" Adib mengerutkan dahi.

" ini telur bukan sebarangan telur, telur ini di bawa khas untuk orang yang 'bertelur' dan 'makan telur'. Ada faham?" Poji sengih melihat wajah confused Adib. Aku tertawa kecil.

" kawasan?" aku bertanya.

" line clear!"

" laluan?"

" B-Red!

" plan?"

" satu!" Aku angguk puas hati. Poji memberikan seorang 3 biji telur yang dibawanya kepada kami.

" pergi ke tempat masing2." Aku bangun dan merangkak ke semak berhampiran. Mereka mengikut daripada belakang aku. Adib, Poji dan Padi ke laluan ke dua. Hanya aku, Sen-sen, dan Lela ke laluan utama.

###############

Adib POV...

" pergi ke tempat masing2." Arza bangun dan merangkak ke semak berhampiran. Lela dan Sen-sen mengikut daripada belakang Arza ke laluan utama. Aku, Poji dan Padi ke laluan ke dua. Aku sudah menjangkakan apa yang mereka mahu lakukan. Tapi, apa yang aku tak faham, perlu ke guna telur segala bagai? Macam membazir je.

" sedia?" Poji berbisik, melihatkan Arza membuat isyarat 1 jari. Kemudian, 2 jari. Kami bangun, tetapi masih dalam keadaan menunduk.

" TIGA!!!" Arza bangun dan menendang pintu pondok itu dengan mudah, dan kami berenam mencampakkan telur2 itu ke arah mereka yang bermesraan di dalam pondok sunyi itu. Aku tergamam.

Mereka berdua berbogel tanpa seurat benang! Aku menjadi malu dan berundur ke belakang, melihat mereka berlima membaling telur2 itu ke arah mereka berdua. Dan aku tersedar telur2 yang mereka gunakan adalah telur busuk!

" telur busuk?" Poji sengih dan berlalu keluar. Mereka berdua menjerit2 histeria. Yang lelaki melindungi yang perempuan.

" hoi, Arza! Engkau apa hal?!" jerit yang lelaki. Seingat aku namanya Naim.

" aku tolong korang. Kenapa? Tak puas hati ke?!" balas Arza, sambil mencampakkan telur terakhir di dalam tangannya. Telur itu terkena dahi yang perempuan a.k.a Suria.

" dasar betina murahan!! A*ak ha*ram!!" Suria menjerit, memaki hamun Arza dan kami semua.

" siapa a*ak ha*am sekarang ni? Kau atau aku, Suria?! Kau sudah memalukan nama mak bapak kau!" Arza membalas semula.

" kira baik aku rejam kau dengan telur busuk. Kalau dengan batu, mati kau dekat sini!!" kata2 Arza menyedarkan aku sesuatu tentang tindakannya. Benar, dalam Islam para penzina dihukum rejam sampai mati.

" bukan masalah kau! Mak ayah aku pun tak peduli, apatah lagi kau yang hanya junior sahaja!!" balas Suria pula. Arza ketawa dan menggeleng.

" ya, aku adalah pelajar junior. Tetapi kau lupa yang aku adalah ketua pengawas sekolah menengah Seri Cempaka!! Poji!!" jerit Arza dengan kuat. Poji muncul dengan hos atau paip bomba di dalam tangannya. Arza mencapai hos itu dan disemburkan kepada mereka berdua. Terjerit2 mereka dengan tindakan Arza.

" keluar sekarang!!!" Arza mencampakkan hos itu ke lantai dan menarik Suria bangun. Poji pula menarik Naim bangun dan di bawa keluar bersama pakaiannya daripada pondok usang itu. Aku dan Padi mengikut Poji, manakala Arza, Sen-sen dan Lela bersama dengan Suria. Suara tangisan Suria kedengaran, dan Naim diam membisu.

" bawa mereka ke bilik pengetua!" Arza menolak Suria untuk ke bilik pengetua. Aku lihat beberapa orang pengawas berlari ke arah kami dan membawa mereka berdua ke bangunan guru dan pengetua.

" kau ketua pengawas? Macam tak percaya saja!" Aku mengusik. Arza ketawa.

" tetapi bukan yang sebenar2nya pun. Aku lead sekolah daripada kegelapan, dan Fazrul (pelajar ting. 5 Matahari) lead daripada cahaya." Arza sengih dan Poji menampar bahunya.

" jangan dengar cakap minah senget ni, Adib. Maksud Arza, Fazrul lead dari luar, Arza daripada dalam. Pengetua juga tahu pasal ni. Kira, sekolah menengah Seri Cempaka ini ada dua orang ketua pengawas!" terang Poji. Arza ketawa dan kami berlalu naik ke kelas. Cikgu Sakinah sudah bercekak pinggang. Wajahnya merah padam, menunggu 'letupan' sahaja.

" KAMU BERENAM BERDIRI DI LUAR, SEKARANG!!!!!" Aku dan mereka semua menutup telinga. Berdesing beb!

" mana kamu semua pergi? Jadi Lone Ranger ke?!" Cikgu Sakinah membebel. Tetapi mulut tak ada insurans Arza betul2 bawa padah.

" Lone Ranger hanya seorang sahaja, cikgu. Tapi, kami adalah Six Ranger, bukan Lone!" jawab Arza tanpa rasa bersalah. Mata cikgu Sakinah membuntang besar.

" Arza!!!!!!!!" Sen-sen dan aku cepat menekup mulut Arza sebelum dia menjawab lagi. Minah gila ni lah!!

Keesokan harinya, berita tersebar. Dan dua pelajar itu di gantung sekolah. Tetapi apabila mereka didapati bersalah, mereka akan dibuang sekolah. Arza meminta nama mereka dirahsiakan bagi mengelakkan malu kepada kedua ibu bapa mereka.

******************

Hello, pembaca semua!! Saya Ana ingin mengucapkan selamat kepada anda semua!! Ahahaha...

Apa yang saya mahu katakan adalah...nama sekolah, guru, pelajar semuanya fiksyen semata2. Tiada kena mengena dengan yang sudah mati atau masih hidup. Okay guys?

Kalau nama sekolah itu wujud, sila beritahu saya. Dan saya akan tukar serta merta!! Saya tidak mahu ada yang salah faham atau terasa. Okey?!!

Anyway, selamat membaca!!! (///^_^///)

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now