Masalah

1.2K 33 0
                                    

Poji POV...

" hai, si cantik manis. Seorang saja ke?" suara menggoda Daus menyapa telinga aku. Padi sudah tersengih2.

Seorang pelajar perempuan yang sedang belajar di Astaka Perdana mendapat perhatian Daus. Aku dan Padi mengikut sebab mahu belajar cara mengayat awek2 yang ada. Sekarang pelajar perempuan itu adalah pelajar ke 9 yang menjadi mangsa Daus.

" err...hai..." aku lihat gadis itu tersipu2 malu. Ayat ketinggalan zaman macam tu pun, boleh cairkan hati wanita? Memang gila betul si Daus ni.

" oh, soalan ini senang saja! Jom, abang tunjukkan caranya." Daus menarik buku latihan matematik dan mula menulis formula. Padi bersandar malas di tiang AP sambil menyilangkan tangannya di dada. Beberapa pelajar perempuan yang melintas, melambai2 padanya. Padi melayankan saja sambil menyelak rambutnya ke belakang. Pelajar2 perempuan itu menjerit kesukaan. Rahang aku jatuh ke bawah. Tiba2, Daus join sekali sambil menyandarkan tangannya pada bahu Padi. Tangan kirinya pula dimasukkan ke dalam poket seluar. Mereka berdua saja sudah menjadi tumpuan pelajar perempuan.

" hoi, Poji? Kau kenapa?" tegur Daus. Padi pula masih dengan kumpulan pelajar perempuan itu.

" tak ada apalah. Kau pasti ke menjadi segala pengajaran kau ni?" Daus duduk di depan aku.

" Poji, Poji...kalau kau ikut cara aku, memang tak akan menjadi. Apa yang aku nak kau buat adalah jadi diri kau sendiri. Be a gentlemen, and yourself too. Kalau kau yakin, kau boleh buat. Percaya cakap aku!" aku terdiam. Jadi...diri sendiri? Aku bangun.

" oi, kau buat apa ni? Gila ke?" Padi menepuk bahu Daus. Mata aku melihat sekeliling.

" asal pulak? Betullah cakap aku." Daus juga melihat sekeliling.

" kau tahu tak bahaya ayat kau tu? Ibarat jam bom yang berdetik." Padi terlambat. Aku ternampak seorang pelajar perempuan yang duduk berseorangan, mengulang kaji pelajaran.

" apa maksud kau, Di?" Daus mula cuak. Aku berjalan perlahan ke arah gadis itu sambil membuka butang baju sekolah, menunjukkan baju t shirt yang aku pakai. Seluar sekolah yang tersedia low-cut, aku turunkan sedikit lagi. Rambut aku yang menutup mata, aku selak ke atas dan pin dengan hairpin.

" ayat 'be yourself' tu bahaya. Arza pun ada masalah dengan Poji sebab perangai sebenar dia. Poji tu kalau kau salah tunjuk ajar, jadi lain nanti!" Padi dan Daus berlari untuk menghalang aku. Tapi, aku sudah duduk di atas meja pelajar perempuan itu. Aku menggunakan jari telunjuk aku mengangkat dagu pelajar perempuan itu, memandang aku.

" hey, sweetheart...wanna be mine?" dengan pandangan yang menggoda, aku melawan dirinya.

" err...umm...sa...saya...sudah...!" kami diganggu.

" hoi, kau buat apa?!" kuat suara lelaki yang menjerit. Aku melepaskan dagu perempuan itu dan berdiri, melihat seorang pelajar lelaki berjalan laju ke arah aku.

" buat apa? Kau tak nampak ke aku tengah mengayat awek ni? What's your problem?" merah wajah lelaki itu. Marah barangkali.

" memang ada masalah! Perempuan tu girlfriend aku!" jerkah lelaki yang aku tahu namanya adalah Zulhilmi.

" so?"

Dush!

Tidak semena2, aku jatuh tersungkur. Padi dan Daus sudah berdiri di hadapan aku. Sekumpulan pelajar lelaki mula mengelilingi kami bertiga.

" Poji, kau okey tak?" tanya Padi. Aku mengesat mulut aku yang terasa panas. Darah! Aku bangun, sambil meludah darah.

================

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now