Malam hari, di belakang Asrama Tunas Cempaka....
" weh, Adib. Kau marah lagi ke dengan aku? Alah, sorry lah. Bukan aku sengaja pun. Manalah aku tau kau ni sensitive pasal muka kau tu. Weii, jangan ignore aku! Aku cakap dengan kau ni. Adib~" Arza mengejar Adib yang meninggalkannya berseorangan di kereta. Poji dengan Sen-sen sudah menggeleng kepala melihat gelagat childish dua orang tu.
Selepas Poji dengan Sen-sen balik daripada Kem Bakti Sejati, kecoh pulak dengan kes Arza dan Adib bergaduh. Sebabnya, Arza cucuk Adib punya sensitive matter. Aii...minah tu memang mulut laser!
" asal tu? Masih bertegang urat ke?" tanya Lela. Lily, Amoi, MU, Keli, Padi, Kodok, dan lain2 hanya mengangguk saja. Nak buat macam mana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak train? Memang 'berlaga' lah jawabnya.
" Arza pun satu jugak. Dia pergi sentuh part sensitive Adib. Memang terasa lah orang tu. Yang Adib pulak...hmm, entahlah. Dah besar gedabak pun nak main rajuk2 dengan Arza. Tak paham aku..." Keli menggaru kepalanya yang sedikit gatal. Poji ketawa sambil menepuk bahu Keli.
" Keli, kau kena faham bila pasangan 'berkahwin' ni bergaduh. Itu tandanya sayang. Gaduh2 manja jer tu...kalau kau tak percaya, kau...! Adoii mak! Sakit si*l!! Siapa main kepala...aku...ni..." Apabila Poji pusing belakang, dia nampak wajah merah Adib dengan Arza. Dia sengih. Selepas tu, Poji lari.
" SEJAK BILA KAMI BERKAHWIN, HAH? SINI KAU, POJI!! NAK KENA TERAJANG DENGAN AKU GAMAKNYA!!" Bergema suara hilai tawa mereka apabila mendengar jerit pekik makian daripada mulut laser Arza dengan Adib.
[Penulis : Mereka ni tak sedar ke yang sekarang ni mereka dekat belakang asrama? 😅😅😓😓]
Setengah jam kemudiannya....
" kau okey tak, Ji? Sakit lagi mata tu...pftt...haha...sorry..." Amoi mengetap bibirnya daripada menghamburkan ketawa. Apabila dia melihat wajah sugul Poji yang penuh dengan kesan lebam dan cakar tu, tahulah dia Poji menjadi mangsa Arza dengan Adib.
" diamlah kau. Adeiii...sakit si*l! Urat dawai tangan besi ke? Adededeiii...." Poji menekup pipinya yang pedih ditampar oleh Arza.
" kau pun satu. Yang pergi jolok sarang tabuan tu siapa suruh? Padanlah dengan muka lebam kau ni! Nah, rasakan!" Amoi kegeraman. Dia menonyoh muka Poji dengan kuat. Menyeringai Poji dalam kesakitan.
" wei, sakit lah! Nak bunuh aku ke?! Woii..." menjerit2 Poji apabila dibuli oleh Amoi yang kegeraman. Riuh rendah dibuatnya.
" sudah2 lah tu, Moi. Karang makin bertambah lebam muka handsome dia tu. Mau lari Didi (awek Poji) nanti." Arza mengusik, puas hati. Geram dibuatnya apabila Poji 'mengahwinkan' dia dengan Adib. Mulut laser. Masin karang mulut tu, naya jer dia.
[ Penulis : Mulut laser? Awak pun sama je!]
" mana si pelakonnya? Lari ke?" tanya Arza. Mereka semua menjulingkan mata tanda tak tahu nak kata apa.
" wei, kak. Kau betul ke nak suruh aku masok asrama ni? Kantoi nanti, mama dengan papa belasah aku. Habis muka handsome ni terjejas. Aina cabut lari, kau tanggung ah!" suara Ash kedengaran daripada dalam kereta. Sesusuk tubuh kecil keluar daripada kereta. Berambut panjang, beralis lentik, berskirt bunga2, blouse warna putih, and...kasut tumit tinggi 2 inci. Memang feminine woo wa cakap sama lu!
" cantik kot, Ash! Hahahhaha!" berdekah2 mereka ketawa. Adib menggeleng. Tak dapat kawan, adik jadi mangsa.
Ini lah Arza yang memang tak kenal erti moral value.
Sah dis!
" sudah! Kau tak payah nak ikut kepala gila kakak kau ni. Aina, kau masuk asrama sana! Nanti apa2 jadi, susah." Adib menolak Aina yang mengikuti kerja gila mereka. Sengaja, mahu teman Ashraf katanya. Tapi, ikut riak muka tu...memang nak join sekali! Humph.
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Teen FictionSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...