Liyana

819 32 0
                                    

Kelas 5 Kasturi riuh rendah seperti pagi2 sebelumnya. Kelihatan Arza, Adib, Padi, Kodok, Poji, Daus dan Lela berkumpul dibelakang, makan2, dan bersembang panas. Tiba2...

Crash! Crash! Bum! Dang!

Kesemua mereka terdiam. Arza angkat kening ke arah mereka, sebelum bangun. Dia berjalan ke pintu belakang, dan mengintai kelas sebelah, kelas Angsana. Postur badan Arza menjadi tegak, sebelum tangannya menggamit mereka ke arahnya tanpa memandang belakang. Adib mengerutkan dahi, kemudian bangun apabila kesemua mereka berkumpul sekeliling Arza.
Kepalanya dijengah ke kelas sebelah, sebelum kesemua mereka mengelak apabila sebuah kerusi plastik putih terbang melayang ke arah mereka.

Dang!!

Arza POV...

" huissss....selamat!" aku berbisik sedikit kuat, membuatkan mereka ketawa kecil. Adib cuba berjalan keluar, tetapi aku tahan.

" oii, kau nak buat apa?!" aku berbisik keras. Adib buat muka bengang.

" pergi mintak autograf! Pergi hentikan dia lah, apa lagi. Kau nak suruh kelas tu huru hara dan jadi semakin teruk ke?" Adib balas dengan antonasi yang sama. Padi terbatuk, menahan ketawa yang hampir meledak. Aku menyiku perut Padi. Bengong!

" kau nak hentikan lembu mengamuk ke? Kau kenal ke tak dia tu? Dia tu anak emas cikgu Daud, anak silver Pengetua, dan anak gangsa sekolah. Kau rasa, nanti siapa yang kena balik? Kau atau dia?" aku membalas, sinis. Adib memandang aku, lama. Tersungging senyuman di pinggir bibir Adib.

" kau takut ke? Aku tak sangka pulak Arza the Great takut dengan dia." Adib menggeleng, pura2 kecewa. Kening aku terangkat sebelah. Aku? Takut dengan lembu tu? Puhleaseee la!

" aku tak takut dengan sesiapa la, termasuk lembu tu. Kenapa? Kau cabar aku ke?" aku mencabar Adib. Dia senyum, kemenangan. Tsk, dasar lelaki! Ego naik gunung Himalaya kot!

" so, kau...?!" kata2 Adib terhenti setengah jalan apabila sebuah lagi kerusi plastik terbang betul2 ke arahnya. Dia elak.

" HOI!! KAU INTAI APA, BETINA?!!"  suara nyaring lembu tu hampir memekakkan telinga kami.

" intai perempuan tepi telaga yang berkemban. Kau tak nampak ke, betina?" Aku balas dengan selamba. Dengan perlahan, aku memunculkan diri, dan bersandar pada muka pintu kelas Angsana. Budak kelas aku memecahkan ketawa yang aku agak, melampau sikit.

Liyana buat muka, sambil menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah sangat. Eleh, aku pun boleh buatlah! Senang jer kot!

" jangan masuk campur urusan akulah, Arza! Kau pergi masuk kelas kau sana, duduk diam2, makan lollipop. Sambil2 tu, kau nyanyi lagu Negaraku. Itukan favorite song kau?!" balas Liyana, membuatkan budak kelas Angsana pulak yang ketawa.

" at least lagu baik2 jugak. Daripada kau, lagu menganjing Pengetua, Misai, dan patung sekolah. Ni aku nak bagitahu kau. Kalau kau tak hentikan benda ni, aku tak peduli. Tapi jangan sampai menganggu ketenteraman sejagat. Kau tu anak ikan emas Pengetua, so jagalah reputasi seciput kau tu!" Aku membalas semula tanpa perasaan. Hari ni, memang aku tak ada mood bergaduh selepas kes Zul tempoh hari.

Masih berbaki kot sisa kemarahan aku dengan budak tiga ekor tu!

" ohoo...aku ni anak ikan emas? Kau tu anak ikan jerung? Dasar kaki perosak alam. Tengok muka kau je aku nak muntah, apatah lagi bau badan kau yang busuk macam telur!" tengok! Dia kutuk aku macam budak2. Ini ke remaja dewasa? Apa barang telur! Kalau aku...

" bau badan kau macam lembu, aku tak gaduh pun. Even stoking kau yang berbau hapak tu pun aku boleh bau 100 meter. Ni, baik kau berhentilah buat hebat dekat sini. Membuli budak junior sebab nak tunjuk kau senior? Hah! Tak payahlah! Aku lagi senior dalam bab2 macam ni. Even aku masih simpan reputasi aku sebagai troublemaker, bukan kaki buli! Matured la, wei...taubat2lah!" berjela2 aku tembak dia. Muka dah macam daging rebus. Merah! Marah ke, kak?

" kau...!" Liyana menyepak kerusi plastik merah disisinya. Apa, nak tunjuk hebat? Meh aku pulak tunjuk hebat!

Aku berjalan seperti model gagal, dan berdiri dihadapan sebuah meja berdekatan. Aku naikkan kaki kiri aku separas kepala, dan...

Dang!!

Meja kayu itu terbelah dua, kaki meja patah, dan aku jamin rahang Adib jatuh lantai sekarang. Aku sengih menang. Hebat tak?

" ARZAAAAA!!!" bergegar bangunan kelas dengan suara jeritan itu. Ke semua member kelas aku lesap masuk dalam kelas, dan aku? Berhadapan dengan naga. Eh, silap! Cikgu Daud.

Mati mak!

" IKUT SAYA KE BILIK DISIPLIN, SEKARANG!!!!" huiii...pecah gegendang dan drum telinga aku. Jatuh saham macam ni!

" cikgu, saya sakit perut! Bye!" mencicit aku lari melihat cikgu Daud membuntangkan matanya, garang pada aku.

" JANGAN LARI!!!" kawan2 kelas aku ketawa. Mereka seronok aku dikejar cikgu Daud! Kurang ajor. Meh aku tampor sikit!

" Go, Arza, Go!" mereka bersorak gembira. Memang kawan yang baik! Nota kaki : Sarkastik dekat situ.

Tiba2...

Bump!

" oww..." aku mengerang sebab terlanggar orang. Dan...orang tu aku kenal gila.

" kau buta ke, perempuan?! Mata letak mana?" jerkah Zul dengan bengang. Aku tertoleh2 ke belakang, melihat kelibat cikgu Daud yang seratus meter dekat.

" woi, blah! Misai cari kau!" aku tarik tangan Zul, kalut. Dia terpinga2.

" hah? Aku buat salah apa sampai dia cari aku?" Zul bingung. Otak aku ligat berputar cari alasan. Hah, dapat!

" aku bagitahu dia yang kau merokok dalam tandas tadi!" mata Zul terbuntang.

" jahanam! Mati aku." Cepat Zul lari. Aku pulak yang terpinga2. Aik, lesap dah?

" Arza, tunggu!!" suara cikgu Daud semakin dekat. Shit Sherlock!

" woii, jangan cakap kau merokok betul2! Aku saja je main2 tadi." aku berlari sebelah menyebelah dengan Zul.

" masalahnya memang aku merokok tadi. Kau ni! Apasal kau bagitau dia? Aduhhh...." Aku garu kepala yang tak gatal. Dia tak dengar part 'main2' tadi. Hmm...lari jelah!

" dah terlepas, nak buat macam mana! Nasib kaulah!" aku pusing ke sebuah blok berdekatan dan masuk ke dalam tandas budak lelaki. Yep, budak LELAKI. Apa, ada masalah ke? Tempat selamat kot!

" yang kau masuk sekali sini buat apa?! Pergi tempat lain sana!" Zul menolak2 aku keluar, tetapi tak jadi sebab bunyi tapak kaki semakin hampir. Dan kenapa aku rasa macam ramai sangat ni?

" cari dalam tandas!" jerit cikgu Daud.

" baik, cikgu!" alamak! Pengawas ada sekali. Muka aku dengan Zul dah pucat tak berdarah.

Memang kami kena lagi!

Pintu bilik air lelaki terbuka dengan kasar. Wajah merah cikgu Daud menjadi semakin merah, melihat kami berdua di tengah2 ruang tandas.

" MANA KAMU NAK LARI, ARZA?!" cikgu Daud melangkah masuk. Cuba korang bayangkan Incredible Hulk masuk macam mana? Hah, sebijik macam cikgu Daud masuk. Kaler je lain!

" kau buat salah apa lagi, Arza?" Zul berbisik keras.

" hmm...pecahkan meja belajar?" jawapan aku keluar seperti soalan. Zul tepuk dahi.

" asal kau tak pecahkan whiteboard terus? Aduhhh..." Zul merungut2.

" yang kau kalut, asal? Suka hati akulah!" that's the end of our conversation! We captured!

" bilik disiplin sekarang!!!" aku buat muka tak bersalah.

*****************
Sampai disini saja dulu! Jumpa pada update akan datang pulak!

Adioss amigosss!! 🙋🙋

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now