Ash POV...
" kakak! Bangunlah! Kita dah lambat ni..." Aku mengetuk malas pintu bilik kakak 'kesayangan' aku ini. Noted, sarcasm di sana! Bunyi alarm lagi Poker Face (LadyGaga) berbunyi daripada jam 6 pagi tadi, tapi tiada tanda2 orang tutup alarm itu. Ini mesti kes tidur lambat lagi. Apa yang dia buat malam tadi pun, aku tak tahu.
" Kejap! Pakai baju. Kau start motor tu dulu!!" itu sahajalah jawapan dia saban pagi. Aku yang siap hari ini, semangat nak jumpa buah hati pengarang jantung aku, terus layu. Aku bersandar malas di dinding dan membetulkan tali leher baju sekolah aku. Bunyi pintu terbuka, melihatkan kakak aku keluar daripada kamar beradu a.k.a gustinya.
" kau tak turun lagi? Enjin motor dah panaskan?" tanya kak Arza.
" sudah lama aku panaskan enjin dia, kak! Kau tu yang suka lambat. Aku tahu lah kau jatuh syok menonggeng dengan cikgu Daud kita tu, tapi tak payahlah tayang muka kau dekat padang sekolah setiap kali lambat!! Stress aku macam ni, kak!" aku perli baik punya, tapi kak Arza mengepit kepala aku pada celah ketiaknya dan diluku bertubi2.
" arghhh!!! Sakitlah! Habis rambut aku!! Kakak!!!" jeritan aku yang semestinya sampai ke tingkat bawah, membuatkan aku yakin mama pasti menjerit balik.
" kakak! Adik! Dah pukul berapa ni? Makan belum lagi!" See? Kan aku dah cakap!
" kakak, lepaskan kepala adik tu!" Papa menyelamatkan aku dengan menarik aku keluar daripada cengkaman Godzilla itu. Aku menjelirkan lidah kepadanya, tetapi kak Arza mengejar aku turun pula. Terjerit2 aku memanggil mama minta diselamatkan.
" hey, hey! Nanti tumpah mee goreng ni!! Haiss, budak2 bertuah ini!!!" Aku dan kak Arza berpusing2 mengelilingi mama yang memegang mangkuk mee. Aku mencapai mangkuk mee itu dengan mudah dan dibawa ke meja makan. Kakak pula bawa pinggan.
" esok malam, nenek Saadiah datang. Dia stay dengan kita selama 3 hari, sebelum dia berangkat ke Mekah dengan atuk Mat." Mama memecahkan keheningan pagi dengan berita itu. Mata kak Arza sudah bersinar, gembira. Mama ketawa dan menggosok kepalanya.
" ye ke, ma?! Bestnya...siapa lagi yang datang?" tanya kak Arza. Papa hanya senyum sahaja. Aku tahu, kakak dengan nenek Saadiah sangat rapat. Masa kecil dahulu, kakak dihantar duduk dengan nenek Saadiah kerana papa dan mama menghadapi masalah. Setahun kemudian, aku lahir dan kakak kembali duduk bersama kami selepas 3 tahun kemudian.
" nenek tunaikan haji, kan? Jadi 3 bulan jugalah. Lamanya..." kak Arza buat muka monyok. Papa ketawa dan menepuk bahunya.
" 3 bulan tu sekejap sahaja, Mira. Pejam celik, pejam celik...tup tup tup! 3 bulan berlalu. Haaa...macam yang Mira selalu cakap tu." Papa mengusik. Kak Arza memuncungkan bibirnya dan membaling kerak roti pada papa. Kami ketawa.
" kak! Jom, lambat dah! Hari ini cikgu Daud yang jaga!" Kak Arza menelan air susunya dan berlari keluar. Kami melompat naik motor dan memecut laju. Macam biasa, potong lampu isyarat dan akan sampai surat saman di rumah keesokan harinya.
" KAMU LAMBAT LAGI!!!!!!" Jeritan cikgu Daud memecah pagi yang tenang hari ini. Kakak dengan muka tak bersalahnya, aku dengan rasa malunya. Tapi, Aina dan abang Adib juga lambat pagi ini. Panjang berjela bebelan cikgu Daud kepada kak Arza.
" kamu berdua pula, pelajar baru, kan? Kenapa lambat hari ini?" giliran Aina dan abang Adib pula. Kak Arza menguap mengantuk. Wajah cikgu Daud menjadi merah dengan kuapan kedua kak Arza.
" kamu, Arza!! Pergi lari 5 pusingan padang!! Yang lain, masuk kelas." Aku mengeluh lega. Mana sanggup hari2 berlari padang. Aku bukan macam kak Arza yang tenaganya mengalahkan Hercules. Semangat dia tinggi!!
" tunggu apa lagi? Pergi balik kelas!!" kami cepat berlari masuk ke dalam bangunan sekolah. Dari arah padang, aku dengar suara cikgu Daud.
" cikgu suruh lari, bukan joging!!" jerit cikgu Daud.
" joging ni adalah satu larian, cikgu. Bukan berjalan!" Kak Arza menjawab semula. Aku menepuk dahi. Aina ketawa kecil di sisi aku. Malu seh!!
" kakak awak tu, berani betul!" kata Aina. Aku angkat bahu sahaja. Abang Adib pula sudah naik ke kelasnya. Aku dan Aina berjalan ke bangunan pelajar tingkatan 3. Pagi ini, kami ada Sains, jadi kami akan terus ke makmal.
" dia tu berani tak kena tempat! Macam mana dia masih kekal dalam sekolah ini pun, saya tak tahu. Hari2 macam ni, botak kepala saya." Aku menggosok2 belakang kepala aku dengan perlahan. Aina ketawa.
" tapi, kak Arza sangat menarik. Tipulah kalau ada lelaki yang tak sanggup dengan perangai gila2 dia. Semalam, Ajul cakap bertapa hot kak Arza awak." Aku angkat bahu. Nak cakap macam mana? Dah memang kenyataan kak Arza tu hotshot sekolah. Walaupun dia berpakaian seperti lelaki, kelembutan dan kenakalan dia sangat menarik perhatian. Semalam, 3 orang pelajar senior lelaki hantar surat cinta kepada aku untuk diberikan pada kak Arza. Mereka tidak berani beri sendiri kerana kelas kak Arza full with monsters!!!
" seminggu lagi birthday kak Arza. Pastikan bawa tepung dengan telur untuk dibaling padanya. Ini acara tradisi mereka. Abang Poji sudah jemput kita berdua." Aku teringat rancangan gila mereka. Kali ini bukan telur dengan tepung sahaja, mereka mahu menggunakan 'air puaka' pula. Air ciptaan Abang Kodok bercampur dengan sabun, pencuci lantai, pasir, lumpur dan segala yang sama waktu dengannya.
" ye ke? Wahh...macam seronok je!" Aina menepuk tangan sekali. Aku terkebil2 melihat kecomelannya. Aisehh...angau aku ni!
" jangan seronok sangat! Kak Arza tu lain sikit. Dan saya jamin 200%, mereka akan kena balik. Kak Arza tu bijak laksana hakim di mahkamah!" Aku menggeleng kepala. Sebulan yang lepas, abang Kodok kena teruk. Kek yang dibawa oleh Kak Lela diletakkan garam di atasnya. Pada mulanya, party biasa. Selepas itu, jadi medan perang kek garam. Aku dengar, mereka kena lari 5 round padang. Kak Arza, Kak Lela, Abang MU dan batalion2 yang lain kena lari 10 pusing padang. Gambar kelas mereka yang penuh dengan kek garam, tersebar satu sekolah. Memang disaster gila! Aku yang dengar pun, malu gila. Ini bukan pertama kali dan ke dua kali...aku yakin bakal ada berpuluh2 kali!
" Ash, sini makmal sains kita. Awak nak ke mana?" suara Aina mengejutkan aku yang mengelamun. Aku berpusing ke belakang dan tersedar yang aku sudah terlajak ke kelas satu lagi. Aku menggosok2 muka aku dengan rasa malu. Kak Arza punya pasal lah ni!!
#############
Hatchoooo!!!!
" Oii, kau sakit ke?" tegur Adib, sambil mengesat2 belakang tangannya. Terkena air liur aku agaknya. Aku sengih.
" mana ada...aku sihat gila ni!! Tengok muscle aku." Aku mengangkat tangan aku gaya pembina badan. Hahaks!
" dah la sihat, lepas tu gila. Tak mahu aku jadi macam kau!" Adib menyiku lengan aku. Kurang ajor mamat nih!
" apa yang bising2 dekat belakang sana tu, Arza?! Sudah siapkan latihan?" suara cikgu Daud kedengaran. Aku sengih dan menggeleng. Adib tertunduk2 ketawa. Damn, terkena lagi!!
*******************
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Teen FictionSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...