Arza POV...
" kau dah kenapa tenung aku macam nak tembus kepala ni?" Aku merungut. Adib mengecilkan matanya yang dah tersedia sepet. Naik menyampah pun ada.
[Penulis : Hey hey hey! Orang tu jugak yang awak pernah suka tau! ( ̄. ̄)]
" kau pasti ke Hafizal Haji Mohamad tu? Anak pengetua kot! Kau nak mati awal ke?" Aku klik lidah.
Ye, Hafizal Haji Mohamad tu anak pengetua sekolah kami. Kenapa aku syak dia? Sebabnya dia tu pernah ada kes pecah bilik disiplin sekolah sebab cikgu Daud rampas Iphone dia. Dan aku yang cekup dia trang tang tang. Well, memanglah aku pernah pecah masuk bilik tu. Tapi aku baik sikit, ok! Aku pecah time hari sukan, dia pecah time hari perhimpunan. Berbeza tau!
Disebabkan itulah, dia berdendam dengan aku. Selain nama dia, ada bukti lain jugak. Bukti yang sangat jelas dan nyata. Aku tenung kad pelajar dalam tangan aku.
Kad pelajar tingkatan 6 ni Daus jumpa di bawah timbunan buku dia yang berselerak atas lantai. Habis dipijak2nya kad pelajar nie sebab tak puas hati. Kalau tak disebabkan Kodok hentikan dia, jahanam bukti nie!
" mana Daus? Aku tak nampak dia lagi pagi ni." Aku tahu tabiat budak baru tu macam belakang tangan aku.
" kalau time ni, dia dekat bilik rawatan. Mengorat nurse baru, Kak Dayang. Aku tak paham betul dengan perangai miang dia tu. Jangan sampai kena tangkap basah sudah la." Adib mengeluh berat. Aku sengih je. Alah, kalau setakat mengorat okey je pun. Tapi kalau melebih, memang aku sula pungk*q dia.
" Arza!" aku yang tengah minum air, tersedak kuat. Bersembur air mineral dalam mulut aku ke muka Adib. Dengan perasaan kalut, aku keluarkan tisu.
" weh, sorry! Sorry! Tak sengaja! Kau apa hal, Padi?!" aku mengelap muka Adib dengan tisu sambil melempar jelingan maut pada Padi yang tersengih2 berdiri di depan kami.
" sorry sorry. Emergency!" Padi yang tersengih2, muka dia berubah tegang. Aku mengerut dahi. Apa hal ni? Ribut semacam je. Adib turunkan tangan aku dari muka dia. Merah jugaklah aku lap.
" hah, apa dia?" aku bertanya sambil bercekak pinggang. Kodok dengan Keli berdiri di muka pintu, termengah2.
" Daus...dia serang anak pengetua. Tengah kecoh dekat kelas form 6!" Aku tersentak. Adib berdiri.
" what the fu*k! Apa lagi kali ni!" suara aku naik 3 oktaf. Aku yakin muka aku merah. Lepas satu, satu hal lain yang jadi.
" tak cukup dengan bala kelas kena pecah, dia tambah lagi dengan bala lain! Budak tu memang nak kena lah!" aku menghentak meja dengan tapak tangan aku.
##########
Adib POV...
Aku mengurut dahi sambil mengeluh. Apa pulak kali ni...
Dum!
Aku tersentak. Bergegar meja belajar Arza dengan hentakan tapak tangan besi dia.
" Za, sabar." Aku tepuk bahu dia supaya bersabar.
" Padi, cuba cerita apa yang jadi sebenarnya? Kenapa Daus pergi kelas form 6 tu? Dia dengan siapa?" sebagai ketua kelas, aku perlu bertindak rasional. Kodok dengan Keli sudah terkulat2 dengan tingkah Arza yang naik angin.
" Kau tahukan Daus jumpa kad pelajar Hafizal? So, dengan beraninya dia pergi bersemuka. Mula2 tu, benda masih boleh dikawal. Entah macam mana, kawan Hafizal pergi tumbuk muka MU. Daus apa lagi, dia naik angin. Terus jadi pergaduhan besar. Sekarang nie, kelas tingkatan 6 bawah pun masuk campur sekali." sekali nafas saja, Padi cerita semua dengan jelas. Dahi Arza sudah berkerut. Aku tak sedap hati. Ini nampaknya...
" COURTING DEATH!!" Arza mengamuk dengan menendang kerusi yang dia duduk tadi.
" ALL OF YOU, COME WITH ME!!! THIS IS A WAR!!!!!!" ibarat maharaja yang mahu berperang, Arza menarik keluar getah dan mengikat rambutnya. Lengan baju sekolah dinaikkan ke paras siku, kayu baseball yang tersorok dalam almari kelas dikeluarkan. Almost setiap member kelas ada satu. Poket doremon mana dia guna untuk simpan semua benda ni? Aku terkulat2. Tak bolah jadi ni!
" kejap, Arza!" dengan beraninya, aku menghalang laluan Arza. Dia naikkan kening kanannya.
" apa lagi! Kau nak join or jadi bystander? Choose!" mata Arza tajam menikam anak mata aku.
" Za, cara kasar bukan jalan penyelesaian. Aku tahu kau masih panas dengan kes ni, tapi cuba kau fikir. Kalau kau tambah lagi masalah yang sedia ada, sampai bila2 pun penyangak tu tak tertangkap. Kau pun tahukan pengetua tu jenis manjakan anak? Kau buat masalah, lagilah dia syak kau yang buat angkara dalam kes tu." Aku cuba menenangkan keadaan yang hampir meletus.
Sekarang nie, kes pecah kelas tu dah jadi kes polis. Kebetulan pulak, hari kejadian tu jadi time Arza tak datang sekolah sebab ponteng. Sekarang Arza jadi suspek utama. Dengan rekod dia yang macam puting beliung tu, lagilah susah nak keluarkan dia dari senarai!
"......" Arza terdiam, lama. Dia menarik nafas sedalam2nya sebelum menghembus keluar.
" okay, fine! Kau menang. So, kau ada jalan?" Arza mengalah jua akhirnya. Aku menarik nafas lega. Padi, Kodok, dengan Keli pun sama. Dah lah nak SPM, gila ke buat benda macam nie lagi?
" ada, tapi agak berisiko la." aku mengangguk. Arza pandang aku lama, sebelum bertenang semula.
" apa dia?" semua mata pandang aku.
" kes Daus tu, biar kita teruskan. Tapi aku buat ni untuk tarik perhatian pelaku sebenar. Aku akan turun dengan Kodok dan Keli, untuk cari Daus pasal rancangan kita. Kita akan minta Daus buat macam dia sengaja cari pasal dengan Hafizal dengan kes ni. Selepas tu, kita satu kelas buat satu situasi." Aku minta mereka tutup pintu kelas dan berbincang.
" situasi ni dimana kita akan pecahkan group kepada 2, 3, dan 5 orang. Sebab tabiat member kelas kita suka berkumpulan macam tu. Setiap group akan bergosip kononnya aku terjumpa kad pelajar yang pecah masuk kelas kita. Tapi setiap group ni akan berpecah ke beberapa tempat yang mudah dapat perhatian. Terutama kelas tingkatan 6. Kita akan biarkan khabar angin ni tersebar start dari kelas Ash. Sebab kelas dia paling dekat dengan kawasan form 6." Aku terang satu per satu rancangan yang aku anggap mudah sebenarnya.
" so, kau nak guna mice trap plan. Macam tu? You drive them to the corner, then let them trap themselves. Like that?" tanya Kodok.
" yeah, almost like that. But, no. Kita akan biarkan cikgu yang tangkap si pelaku. Kita cuma manipulasi situasi saja. Kalau kita yang tangkap, dengan rekod puting beliung kita ni, mereka akan percaya? Nope! Mereka akan ingat kita sengaja cari kambing hitam sebagai bukti. Kalau cikgu yang tangkap, lebih dipercayai. Kau setuju, Arza?" aku pandang Arza yang senyap daripada tadi. Apa yang dia fikir pun aku tak tahu.
Disebabkan Arza masih bersekolah, pihak polis benarkan Arza belajar seperti biasa di sekolah. Supaya mudah mereka perhatikan dia. Jujur aku cakap, memang aku kesiankan dia. Sentiasa diperhatikan 24/7. Kalau aku, dah lama jadi gila. Tapi dia masih cool and steady. Seolah2 polis yang perhatikan dia tu tak wujud.
[ Penulis : Kesian gila dengan polis tu. Tak wujud! (๑-﹏-๑)]
" fine. Aku setuju. Pergilah cari Daus sana." Arza buat tangan cara menghalau. Aku menggeleng saja.
***************
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Ficção AdolescenteSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...