Birthday party

1.4K 48 0
                                    

Kodok POV...

" kau dah sediakan benda alah yang aku suruh buat tu, Padi?" Aku dan beberapa geng kelas membuat perjumpaan Pentagon di belakang bangunan sekolah. Adib, Poji, Sen-sen, MU, Amoi, Lela, dan Padi duduk mencangkung dalam bulatan. Dekat tengah2 kami, ada sebuah kotak dan kertas yang dibawa oleh Lela.

" sudah. Tapi menjadi ke? Arza tu, invincible!" Padi kelihatan resah. Aku garu kepala yang tidak gatal.

" confirm jadi!! Arza tu bukan selamanya invincible. Aku akan balas balik. Adib, pastikan kau tutup mulut!!" Aku memandang Adib yang sudah ketawa. Dia angkat tangan ke atas. Kami mendongak dan menganga.

Splashhh!!!

" ARGHHH!!!!" kami semua kebasahan, kecuali Adib yang sudah berundur 3 langkah kebelakang. Suara Arza dan pelajar yang lain ketawa membuatkan aku tahu yang rancangan kami backfire.

" kau rancang apa, Kodok?!! Aku tau kau nak kenakan aku balik!" Arza menjerit daripada tingkat 3 arah kelas kami. Baldi merah tergantung di tangannya.

" kalau aku rancang nak kenakan kau pun, apa kau peduli? Pergi sana main jauh2!!" Aku mengibas2 rambut yang basah. Habis baju dan seluar aku. Mereka yang lain pun sama. Hanya Adib sahaja yang selamat.

" weh, Kodok! Cikgu Hajar cari kau pasal lawatan tu. Dia tanya, bila nak bagi laporan dan bajet lawatan? Masa sudah suntuk!" jerit Jenny pula. Aku dan Jenny dalam kelab yang sama. Aku termangu seketika.

" laporan dengan bajet bukan aku yang buat, tapi Nasrul. Tanyalah dia!" aku jerit balik. Hari ini hari menjerit sedunia ke?

" Nasrul cakap engkau yang buat dua benda tu, bukan dia!" Aku mengerutkan dahi. Bila masa pulak aku yang buat? Aduhhh...

" nanti aku sembang dengan cikgu Hajar. Cari Nasrul sekali, jumpa dekat bilik guru masa rehat nanti!" Jenny membuat tanda 'ok' pada aku sebelum menghilang.

" weh, perempuan! Baik kau cari baju kering untuk kami, atau aku gantung kau terbalik nanti!!" jerit Sen-sen pula. Dia ni panas baran jugak, satu kepala dengan Arza.

" carilah sendiri!! Adios Amigoss!!!" Arza hilang daripada pandangan. Sah, dia lari. Perempuan gila ni...

" tangkap Arza, weiiii!!!!!" Poji dan lain2 berlari naik ke kelas untuk mencari Arza. Adib menepuk bahu aku.

" bincang lepas kelas nanti. Arza balik awal hari ini." kata Adib.

" mana kau tahu minah tu balik awal?" setahu aku, Arza tak pernah balik awal. Dia suka lepak dekat sekolah, berbanding di rumah. Ash pula ada latihan bola sepak. Walaupun dia ahli kelab karate, Ash aktif dalam soccer dan selalu mewakili sekolah.

" Ashraf bagi tahu yang nenek mereka datang malam esok. Sebab itu Arza balik awal. Esok pun dia balik awal." Aku mengangguk, faham.

###############

Adib POV...

" arghhh!!! Bengong betul. Habis basah baju aku!" Arza merungut di sebelah aku.

" siapa suruh kau cari pasal? Memang kena balik lah!" Aku juga terpaksa tukar baju lain. Sebabnya, Arza cari aku dan simbah aku separuh lencun. Dia tidak berpuas hati sebab aku tak kena tadi.

" humph! Weh, apa yang korang sembangkan tadi?" Arza berbisik. Aku ketawa dalam hati. Siap kau!

" pasal kau! Kodok nak buat acara tarik tali dengan kau. Satu group 3 orang sahaja. Tapi kau kena cari geng kelas lain sebab Kodok buat peraturan yang tiada sesiapa tolong kau!" Aku sengih, jahat. Wajah Arza pucat, tetapi dia senyum pula. Aku dapat rasakan rancangan 'palsu' itu akan gagal juga apabila mengingatkan minah ini Prank Queen.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now