Budak baru lagi

1K 42 0
                                    

Firdaus POV...

Aku diam, mendengar bebelan guru di hadapan aku. Lambat sikit je pun, dah bising macam aku lambat 45 hari!

Hari ini, aku mula bersekolah di sebuah sekolah terkemuka di bandar ini, Sekolah Menengah Seri Cempaka. Selepas mak ayah aku pindah tempat kerja, aku juga ikut pindah.

" kamu dengar atau tak cakap saya ni, Firdaus?" cikgu Sakinah mematikan lamunan aku.

" dengar..." aku menjawab malas. Hishh, bisinglah!

" cikgu bukan nak marah2 sesuka hati, tapi cuba faham. Kalau kamu lewat setengah jam, cikgu masih boleh kompromi. Tapi kamu lewat 3 jam lebih! Kamu pergi mana? Nasib baik cikgu tak call mak ayah kamu tadi." Aku menjulingkan mata ke atas. Baru 3 jam, bukan 3 hari!

" tapi, mak su...!" kata2 aku mati.

" cikgu! Panggil mak su cikgu. Kita di sekolah sekarang. Sudah, kamu tunggu di sofa sana. Nanti ketua kelas akan datang jemput kamu ke kelas. Dan mana pulak budak ni? Tidur ke?" Dengan senang hatinya, aku bangun. Berbisul telinga dengar orang perempuan membebel. Ini baru mak su, belum lagi mak!

Bunyi ketukan di pintu menarik perhatian aku. Terkebil2 mata aku melihatnya.

" assalamualaikum." Ucap pelajar itu. Aku diam, perhatikannya.

" Waalaikumsalam! Hah, kenapa lambat?" Cikgu Sakinah terdiam. Pecah ketawanya melihat pelajar itu.

" sorry, cikgu. Tadi, saya pergi toilet bersihkan diri. Umm...ada apa cikgu panggil saya?" ketawa cikgu Sakinah masih bersisa.

" kenapa dengan kamu, Adib? Putih2 ni, kamu pakai produk 'Ku Putih' ke?" pelajar lelaki itu garu kepala.

" well, Arza. Dia prank saya dalam toilet tadi. Kalau cikgu nak tahu benda putih ini apa, saya bagitahu. Kapur." Lagi kuat cikgu Sakinah ketawa. Serius, pertama kali aku lihat mak su ketawa macam ni. Macam orang gila!

" mana dia dapat kapur? Setahu saya, sekolah tak pakai blackboard dah! Sudah, pergi cuci rambut kamu sana. Dah macam opera cina!" pelajar lelaki itu angguk, kemudian keluar. Kami bertemu mata. Dengan senyuman yang aku kira malu, aku balas. Wow! Gila.

" cikgu, ada nampak Adib tak?!" terkejut aku bila seorang pelajar perempuan menyerbu masuk. Di dalam tangannya ada dua belon kecil.

" Arza! Kamu buat apa lagi dekat Adib tu? Habis putih satu badan dia! Baik kamu minta maaf balik. Cikgu masih tak lupa apa yang kamu buat dekat Khairul (Kodok) tahun lepas!" Gadis itu sengih. Dia ternampak aku.

" siapa ni, cikgu? Anak cikgu ke?" tersedak air liur aku dibuatnya. Anak cikgu?

" hishhh...anak2 cikgu semua masih kecil. Ini, saya kenalkan pelajar baru kelas kita. Muhammad Noor Firdaus, ini salah seorang pelajar yang akan menjadi kawan kelas kamu nanti, Arza." Aku bangun untuk berkenalan dengannya, tapi benda lain yang aku dapat.

Splashh!!!

" killing 2 birds with one stone!" budak perempuan itu hilang. Aku terkebil2, bingung seketika.

" ARZAAAA!!!!" bergegar suara cikgu Sakinah menjerit.

Habis basah badan aku dengan air dan...benda putih. Tepung ke? Cikgu Sakinah menggeleng kepala melihat aku kuyup di baling bom air oleh Arza tadi. Dengan perlahan, aku mengelap muka aku yang basah.

" sudah. Pergi toilet, tukar baju sana. Ini, baju t shirt sekolah." dengan senang hatinya, aku ambil baju itu. Siapa nak masuk kelas macam ni?

================

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now