Arza POV...
Seminggu berlalu, dan mamat puaka itu sudah terlepas. Dan sepanjang hari itu, Zaryl sering mengganggu aku. Bagi bunga, surat, makanan ringan, buku, malahan hadiah yang aku kira mahal. Handphone juga dia hadiahkan pada aku. Dan akhirnya aku snap.
Dengan perasaan marah, aku mencampakkan phone tersebut ke luar tingkap. Aku mahu mengajar si Zaryl, tapi Adib masuk campur. Mereka bergaduh besar sehingga di panggil cikgu Daud. Kena lagi! Aku dah stress. Khabar angin yang mengatakan aku perempuan miang menggoda anak Dato' Murad tersebar luas. Dan aku dengar daripada pelajar tingkatan satu. Memang aku mengamuk. Aku cari sumber khabar itu, dan akhirnya tiba di kelas tingkatan 5. Kelas Zaryl.
Aku lihat Zaryl dan gang dia ketawa terbahak2 di satu sudut kelas mereka. Panas hati aku sudah melebihi takat didih. Bahaya!
Brangg!!
" ahhh!!" bertempiaran mereka lari menyelamatkan diri daripada terkena kaca tingkap yang pecah dihentam oleh aku menggunakan kayu besbol.
" Arza!" terkejut Zaryl melihat kemunculan mengejut aku. Dia menghampiri aku, tetapi langkahnya terhenti apabila aku menghunus kayu besbol itu ke hadapan mukanya. Dia angkat tangan tanda menyerah.
" you trash asshole! How dare you spreading that nasty rumours?! Are you nuts?!!" aku menghayun hentam meja belajar berdekatan. Bergegar meja itu seketika membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Zaryl terkejut, tetapi wajahnya bertukar sinis. Dia ketawakan aku? Kemarahan aku mencanak naik ke kepala.
" rileks, Arza. If not true, why you angry? And if true, I welcome you in my arms." Zaryl ketawa sambil membuka kedua2 tangannya. Dia cabar aku!
" you trash ass-...!?" kata2 aku mati apabila satu bayang hitam melintas laju ke arah Zaryl.
Bangg!!
" arghh!!" Zaryl tercampak kebelakang sehingga kerusi meja berterabur jatuh ke lantai. Aku tergamam.
" Adib!!" Adib berdiri megah di hadapan aku. Jantung aku berdegup kencang.
" aku terlambat. Sorry..." Adib berpusing ke arah aku. Tetapi wajah dinginnya menyentap hati aku. Why?
" why are you here, alone?" menggigil tubuh aku mendengar desiran suara pertanyaan Adib. Dia marah!
" aku...aku nak selesaikan hal ini dengan dia! Apa masalah kau?!" aku memberanikan diri mempersoalkan Adib kembali. Kening dia bergerak sedikit. Baru aku perasan tabiat itu.
" apa masalah aku? Kau tanya apa masalah aku, Arza? Masalah aku adalah kau! Ni surat apa?!" Adib mengeluarkan sepucuk surat ringkas yang aku letakkan di mejanya tadi. Mampus aku!
[ Selepas kau baca surat ini, aku dah pergi berperang dengan Zaryl. Jangan risaukan aku.
P/s : tolong call polis dan ambulans sekali. Risau pertumpahan darah yang dahsyat berlaku. :-P]
" errr...surat? Tak kenal ke?" aku menunduk sambil menguis2 hujung kaki aku di lantai seperti kanak2 kecil yang tertangkap mencuri gula2.
" aku tahu ini surat. Apa kau nak buat kalau cikgu Daud tangkap kau buat hal lagi? Kau suka sangat ke menghadap wajah cikgu Daud setiap hari?!" wajah Adib yang merah menahan marah mencuit hati kecil aku. Dia risaukan aku la...
" kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Adib mengamuk lagi apabila aku tidak mengendahkannya.
" dengar je. Alah, pasal ni pun kau nak marah2. Bukan aku pergi bunuh diri pun. Satu lagi, asal kau dekat sini? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Adib mengeluh berat sambil menggosok2 wajahnya menahan sabar. :-P

ANDA SEDANG MEMBACA
Nakal (Complete)
JugendliteraturSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...