Akhirnya, segala kekecohan telah reda ditelan waktu. Dua hari berlalu, dan segalanya terbongkar jua.
Semuanya berpunca dari dendam. Liyana mengaku telah mengupah Hafizal untuk memusnahkan harta benda kelas 5 Kasturi, tetapi itu tidak menjadi punca dendamnya kepada Arza.
Abang kembarnya, Idham @ Vintage sememangnya mati lemas. Tetapi bukan bunuh diri. Vintage telah dibunuh setelah usahanya untuk keluar daripada sebuah kumpulan kongsi gelap terbongkar dan diketahui oleh ketua geng itu.
Setelah kejadian jual rokok dahulu, Vintage telah terjerumus ke lembah paling gelap dan bahaya. Dia mula mengedar dadah dan menganggotai kumpulan kongsi gelap. Pada mulanya, Vintage hanya pengedar biasa disekitar ibu kota. Tetapi ketua geng itu suka dengan cara Vintage bekerja dan memberinya tempat sebagai orang kanan ketua kumpulan tersebut. Tetapi, pergolakan terjadi kerana rasa tidak puas hati beberapa seorang ahli kumpulan itu terhadap Vintage.
Setelah sekian lama, akhirnya Vintage mula sedar akan perbuatannya dan mahu keluar daripada kumpulan itu. Tetapi disebabkan hasutan dan khianat, akhirnya kepercayaan ketua kumpulan mereka terhadap Vintage hilang apabila stok dadah yang sepatutnya dibawa masuk oleh Vintage dirampas oleh kumpulan lain.
Pada malam Vintage dibunuh, dia cuba melarikan diri ke bandar lain. Tetapi ditangkap oleh orang2 yang tidak berpuas hati dengannya lalu dibunuh. Mayatnya dicampak ke sungai berhampiran dan ditemui dua hari kemudiannya.Liyana mengalami tekanan perasaan yang hebat dan hampir membunuh diri. Dia mula menyalahkan Arza apabila mengingati kejadian dimana Vintage dibuang sekolah. Liyana dihantar ke luar negara untuk tinggal bersama makciknya di Australia, tetapi dia melarikan diri dan kembali ke Malaysia seorang diri. Dia mendaftar ke sekolah Seri Cempaka dan berjumpa dengan Arza buat kedua kalinya. Dendamnya sudah lama terbuku dihatinya, dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertindak.
Liyana mengambil kesempatan atas Hafizal kerana dia tahu Arza dan Hafizal ada dendam lama. Dia cuba menggunakan Zul, tetapi gagal. Kerana lelaki itu lebih mengetahui apa yang ada di dalam benak pemikirannya.
Liyana tahu kematian Vintage tiada kena mengena dengan Arza dan kelas 5 Kasturi, tetapi dia tetap mahu menyalahkan Arza kerana menyebabkan Vintage dibuang sekolah dan terjebak dalam kegiatan dadah.
" kalau Vintage tidak bersekolah dan berjumpa kau disini, dia tak perlu menderita! Kau pembunuh! Aku benci kau! Aku benci kau, Arza! Sampai mati pun aku takkan pernah memaafkan kau!" jerit pekik Liyana membuatkan hati Arza berkecamuk. Vintage adalah selamanya kawan baik dia. Tiada galang gantinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya kehilangan seorang sahabat.
Kini, Arza duduk termenung di dalam kelas. Matanya menghadap keluar tingkap, tetapi hatinya tiada disini.
" Arza, kau tahukan kematian Vintage bukan salah kau?" suara Padi membuatkan Arza mengeluh berat. Dia tahu...
" tapi..." kata2 Arza dipotong pantas oleh Padi. Lelaki itu duduk di sisinya.
" Arza, kalau bukan kau yang report tentang kegiatan Vintage dulu, orang lain juga akan buat benda yang sama. At least kau cuba untuk buat dia sedar, tapi Vintage yang pilih jalan ni. Bukan semua benda kita boleh kawal dengan tangan kita." Padi mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
" aku dapat pendrive daripada Vintage selepas beberapa hari dia meninggal dunia, tapi aku tidak membukanya. Malam tadi, barulah aku ada kekuatan untuk melihat isi dalamnya. Kau tahu apa yang dia bagi?" Padi menarik laptop Lela yang masih terbuka dan mencucuk masuk pendrive itu.
Beberapa seketika, Padi memusingkan laptop itu ke hadapan Arza. Sedikit teragak, Arza menguatkan hatinya untuk melihat.
Sesaat kemudian, air matanya jatuh.
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Fiksi RemajaSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...