"Ni Daniel Owen, sepupu aku dengan Veron. Daniel, ni kawan-kawan aku . Ryan, Henry, Lucas dengan Alexis." Aiden mengenalkan Daniel kepada Fire Boys dan mengenalkan Fire Boys kepada Daniel.
Daniel tersenyum. Mereka juga membalas senyuman Daniel. Almaklumlah masih belum kenal antara satu sama lain.
"Ha, korang tak salahkan kalau Daniel join group kita?" Tanya Veron.
"Boleh je. Makin ramai makin best lah nanti." Kata Alexis pula.
"Sangat dialu-alukan" Sokong Ryan.
"Takde masalah." Henry juga turut bersetuju.
"Ok kalau macam tu, mulai harini Daniel telah menjadi ahli Fire Boys. Tahniah anak muda!" Aiden menepuk-nepuk tangannya tanda gembira.
Semua gelak, termasuk Daniel.
"Daniel, kau ok je kan?" Tanya Aiden.
"Ye." Daniel mengangguk.
Tiba-tiba Daniel terpandang akan seseorang yang menarik perhatiannya.
Diamond Divas hanya lalu saja di hadapan mereka tanpa menoleh sedikit pun ke arah mereka. Selalunya mereka mesti menegur. Pelik!
"Sombongnya!" Teriak Aiden.
Steffanie hanya mampu memberikan jelingan tajam kepada Aiden dan FB. Terutamanya, Daniel.
Dan mereka berlalu pergi dan meruskan perjalanan mereka.
"Hai!" Sapa Audrey tiba-tiba.
Eh budak baru?" Tanya Sophia pula.
"So?" Henry mula meluat.
"Handsome." Puji Audrey selamba. Dasar memang tak malu!
"But, my man! Paling handsome!" Audrey mengenyitkan matanya kepada Aiden.
Aiden bengang.
"Nama?" Tanya Bethrace sepatah.
"Daniel. Daniel Owen." Jawab Daniel dengan pantas.
"Nice name." Puji Bethrace pula.
"Tak, apa motif korang datang sini? Semak tahu tak semak?" Ryan mencelah.
"Takde motif. I'm just missing my Aiden!" Audrey menghampiri Aiden.
"Audrey, please. Jangan buat hal." Perasaan menyampah Aiden datang.
"SS" Jerit Veron.
"SS? Apa tu? I tak pernah pun dengar perkataan tu." Kata Audrey pelik.
Fire Boys berdekah semahu-mahunya apabila Audrey tidak tahu akan maksud SS tersebut.
Audrey terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa yang lawak sebenarnya.
"Beb, SS tu syok sendiri." Bisik Victoria.
"What! Bila masa? Dah jelas jelas kan Aiden memang sayangkan I? Ingat lagi kan yang I suap kek dekat Aiden dulu? Dan you makan! Aiden, you listen!" Audrey amat tidak berpuas hati.
"Well, saya terpaksa. Saya taknak awak malu." Kini ketawa Aiden pula yang meletus kuat.
'Erh! Dah lah FA, blah dari sini. Sakit hatilah dengan dorang ni!" Audrey merengek-rengek macam budak 3 tahun.
"Gedik!" Jerit Veron lagi.
"Ingat Aiden pujuk ke perempuan jenis macam kau ni kalau merajuk? Hentikan semua angan-angan mat jeninmu Audrey! Hahaha." Henry makin galak ketawa.
"Bilahlah nak berubah si Audrey ni. Tak malu betul." Lucas juga berdekah-dekah.
"Ee!" Audrey semakin geram.
Akibat terlalu geram, dia telah terjatuh ke dalam lumpur. Habis satu badannya terkena lumpur. Padah tersilap langkah!
Fire Boys mentertawakannya dengan lebih beria dan lebih sakan!
"Tolonglah aku Beth!" Audrey betul-betul berasa malu.
Reputasi divanya sudah jatuh seperti durian runtuh! Kesian.
"Taknak. Nanti aku kotor sekali." Bethrace enggan membantunya.
"Kawan jenis apa kau ni!" Jerit Audrey dengan geram yang teramat. Semua tak guna!
"Beb. Muka kau! Lawak. Hahaha!" Lily tergelak kecil .
"Gelak lah gelak. Kurang ajar punya member." Audrey marah dan mendengus geram.
Selepas itu, Lily hanya mendiamkan diri.
__________
Dalam tandas,
"Ew! Kotornya aku! Kuman! Macam mana ni?!" Jerit Audrey sepuas hatinya di dalam tandas.
"Argh!" Steffanie menjerit ketakutan apabila melihat lembaga coklat di hadapannya.
Tiba-tiba, jeritan Steffanie bertukar menjadi gelakan yang kuat.
"Audrey? Omg, you're cute!" Steffanie memerlinya bersisakan tawa yang masih belum habis.
Audrey terus tunjuk jari tengah.
Steffanie terkejut. Dia betul tidak menyangka dia akan diperlakukan seperti itu.
"Tak sopan. Simpan jari tu, guna dengan sebaiknya selagi dia masih ada." Saja Steffanie berkata seperti itu.
"So? Kau nak cakap yang jari aku ni akan hilang lah nanti?" Audrey gelak.
"Why not? Nak aku hilangkan tak?" Sengaja Steffanie memanaskan lagi hati Audrey yang memang sedia panas.
Audrey semakin geram! Dia terus menghempas pintu tandas dengan sekuat hatinya. Namun yang menyedihkan, pintu tandas tersebut tertanggal akibat terlalu kuat hempasan yang telah dilakukan.
"Ayok! Pintu tandas rosak. Nak report dekat cikgu disiplin lah. Bye!" Steffanie melangkah keluar dari tandas tersebut dengan ketawanya yang masih bersisa.
"Kenapa harini hari paling malang untuk aku? Mama, tolong adik!" Audrey seakan-akan mahu menangis.
"Chill, Audrey. Chill." Audrey cuba menenangkan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...