Daniel dan Aiden menghampiri Steffanie dan Diamond Divas.
"Korang." Panggil Daniel.
"Nak apa lagi?" Tiba-tiba anak-anak mata Steffanie terpaling ke susuk tubuh yang amat dia kenali. Aiden!
"Nak apa?" Tanya Mellysa dengan sopan.
"Steff, Aiden dah lama tunggu awak. Terimalah dia Steffanie." Daniel cuba untuk membuka mulut.
Semua terkejut. Biar benar? Daniel, bekas kekasih Steffanie, suruh Steffanie terima Aiden? Wow.
"Ha? Aku tak salah dengar ke ni?" Tanya Steffanie, sungguh dia masih tidak percaya.
"Tak, kau tak salah dengar. Terimalah dia, dia sayang kau." Entah dari mana Audrey datang, dia terus menyampuk.
"Eh, macam mana Audrey boleh tahu? Audrey dah jadi baik ke?" Desis hati Aiden.
"Audrey? Bukan ke kau..." Belum sempat Steffanie menyambung ayatnya, Audrey mendahului percakapannya.
"Aku happy kalau Aiden happy. Kawan aku pun happy!" Audrey tersengih.
"Apa? Kawan? Korang kawan?" Tanya Aiden pelik.
Audrey dan Steffanie mengangguk.
"Ok wow." Balas Aiden sambil gelak-gelak.
"Stef? Macam mana?" Tanya Audrey.
"Terimalah Steff." Desak Alices.
"Steff, Aiden sayang kau tu." Angelica cuba menghasut.
"Janganlah sia-siakan penantian Aiden tu." Mellysa pula cuba untuk mempengaruhi otak Steffanie.
"Terima je lah Steff!" Kata Cynthia.
Masing masing mahu Steffanie menerima cinta Aiden.
Lama, lama sangat Steffanie berfikir. Yela, orang tua-tua kata kena fikir masak-masak dulu.
"Ok." Kata Steffanie.
"Yeay!" Jerit mereka semua.
"Eh, aku tak habis cakap lagi." Marah Steffanie.
"Ala Steff! Janganlah buat orang suspen." Kata Jacqualine.
"Sorry." Steffanie membalas bersama tawanya di hujung.
Yang lain pun ikut ketawa.
"Ok disebabkan kawan-kawan aku suruh aku terima Aiden, aku terima. Tapi!" Dah macam tengah bersyair Steffanie menyebut perkataan 'tapi' tersebut.
"Tapi, Aiden this is the last chance. Kalau awak sakitkan lagi hati saya lepas ni, saya takkan maafkan awak. Boleh?" Kata-kata Steffanie membuat air liur Aiden menjadi kelat.
Aiden hanya mampu mengangguk sahaja.
"Jadi, tolong hati-hati dengan hati saya?" Steffanie masih takut sebenarnya untuk bercinta untuk kali keduanya. Takut dipermainkan lagi.
"Baik bos!" Kata-kata Aiden membuatkan semua yang ada di situ tergelak.
Daniel dan Audrey dari tadi hanya menyepi. Tipulah kalau tidak sakit hati. Melihat orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain. Sakitkan?
__________
"Hasut Steff dah, hasut Aiden dah. Tinggal nak putuskan je lagi!" Audrey menjerit keriangan.
"Terpaksa sangat! Ikutkan hati nak je tumbuk muka Aiden dekat situ . Tergedik-gedik dengan Steffanie!" Daniel membebel. Sakit telinga Audrey mendengarnya.
"Takpe weh, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian." Audrey ketawa.
Daniel pun ikut ketawa dengan peribahasa yang diberikan oleh Audrey tadi. Jahat-jahat dia pun dia tahu serba-serbi fasal peribahasa tau!
"Tak sabar nak tengok Steffanie menangis! Hahaha!" Kata Audrey dengan sinis.
"Hahaha!" Daniel ketawa.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...