"Papa nak ikut camp juga?!" Jerit Steffanie.
"Ye, lagipun kem tu papa juga yang taja." Kata Dato Samuel dengan selamba.
"But why, papa? Papa..." Steffanie belum sempat menghabiskan ayatnya, ibunya memotong.
"Biarlah papa tu ikut, tak salah pun kan?" Kata Datin Syela mencelah.
"Kan nana masih rahsiakan hal ni? Nana tak nak orang tahu yang selama ni, sekolah ni papa punya. Sebab tu Nana tak nak sekolah sini dulu. Nana dah cakap kan, nana tak naknak orang tahu selain kita dengan kawan-kawan Nana je." Jelas Steffanie sedikit panjang.
"Papa pun bukan saja-saja nak ikut tau. Papa dijemput oleh cikgu-cikgu kamu juga." Kata Dato Samuel lagi.
"Kenapa cikgu ajak papa juga?! Tak faham betul lah Nana!" Kata Steffanie dengan nada gelagak. Dia begitu risau ketika itu.
"Nak papa berkenalan dengan pelajar tingkatan 5 tahun ni." Jawab Dato Samuel dengan lembut.
"Kalau tak payah tak boleh ke?" Steffanie buat muka kesian.
Dato Samuel memberikan sekeping surat kepada anak tunggalnya itu.
"Wajib pergi?" Steffanie mendengus kasar.
"Takde alasan lagi lah Nana nak halang papa kan?" Papanya tersenyum sinis.
Steffanie mengeluh berat.
__________
"Macam mana ni, ayah aku nak ikut sekali kem esok." Nada Steffanie ketika itu memang betul-betul risau.
"Serius lah?" Mellysa terkejut.
"Betul sebab cikgu yang suruh." Steffanie bingung.
"Kantoi lah segalanya." Kata Cynthia.
"Memang dah sampai masanya semua rahsia kau dengan sekolah ni patut didedahkan?" Tiba-tiba Jacqualine menyokong.
"Tapi aku tak nak." Kata Steffanie lagi.
"Jadi!" Jerit Alices tiba-tiba.
"Jadi apa?" Tanya Jacqualine.
"Motif kita masuk sekolah ni pun akan dibongkarkan juga ke?" Tanya Alices.
Pertanyaan Alices membuatkan mereka semua terperanjat dan mengingat kembali motif yang sebenar mereka ke sekolah tersebut. Kalau diikutkan tiada seorang pun yang tahu tentang ini kecuali Diamond Divas dan keluarga mereka.
"Kau buat tak apa yang papa kau suruh? Fasal motif tu?" Tanya Angelica.
"Aku lupa. Ni pun Alices yang ingatkan. Dah lah dia pun baru balik harini! Aku Kalau dia tahu aku tak buat, mati aku." Steffanie sudah menggelabah.
"Ayah kau tu dah lah garang. Aku takut lah." Kata-kata Mellysa membuatkan yang lain turut sama berasa takut.
"Tahu takpe!" Cynthia menyokong.
"Macam mana aku boleh lupa, macam mana aku boleh lupa, macam mana aku boleh lupa ni!" Berkali kali Steffanie mengulang ayat-ayat tersebut.
"Nak jawab apa dekat ayah aku nanti"?Steffanie semakin tertekan. Nak menangis pun ada.
"Fikir alasan yang munasabah." Jacqualine memberi cadangan.
"Alasannya apa?" Tanya Alices pula.
"Orang suruh fikir lah gila." Marah Angelica.
Suasana yang bising dan bingit tadi menjadi sunyi dan sepi.
"Aku tahu!" Jerit Mellysa.
__________
"Seronoknya dia ikut kem harini." Perli ayah Steffanie kepada Steffanie.
"Jadi tak seronok bila papa ikut." Steffanie masih merajuk dengan ayahnya. Kendatipun begitu, hatinya masih bingung alasan apa yang patut dia berikan nanti untuk selamatkan dirinya dan rakan-rakannya.
"Taknak ikut sekali dengan papa ke?" Ajak Dato Samuel.
"Taknak, nanti Mellysa ambil. Kita orang pakai bas sama-sama dengan pelajar yang lain." Jawab Steffanie acuh tak acuh.
"Ok, I don't mind." Jawab papanya selamba.
Tiba-tiba kereta Mellysa sampai di hadapan gate rumahnya. Steffanie terus melangkah pergi.
Dato Samuel terkilan diperlakukan sebegitu. Dia juga tak pernah diperlakukan sebegitu. Lagi-lagi anak sendiri?
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...