Bab 22

4.1K 179 7
                                    

"Kenapa tiba-tiba nak jumpa aku ni? Aiden tahu mati aku nanti." Daniel lagi seperti ketakutan ketika itu.

"Kau takut apa?" Audrey tayang muka menyampah dekat Daniel.

"Takut kantoi je." Kata Daniel.

"Benda ni takkan kantoi kalau takde siapa antara kita yang bagitahu." Audrey memberikan jelingan yang tajam kepada Daniel.

"Yela yela, kau nak apa sebenarnya?" Tanya Daniel yang dari tadi mahu mengetahui rencana Audrey.

"Kita buat Aiden dengan Steffanie bercinta nak?" Kata Aurey sambil tersenyum lebar-selebarnya.

"Eh! Kau sayang Aiden tapi kau rela suruh Aiden dengan Steffanie? Aku taknak!" Daniel mendengus geram.

"Aku belum habis cakap lagi ni." Audrey paling pantang orang memotong percakapannya.

"Sorry. Ha teruskan." Daniel tersengih.

"Bila dorang tengah dilamun cinta tu, baru kita sama-sama kacau daun! Nak?" Audrey kelihatan begitu tidak sabar.

"Maksud kau?" Daniel faham sebenarnya tapi dia mahu mengetahui hal itu dengan lebih mendalam.

"Aku akan acah-acah berbaik dengan Diamond Divas. Biar aku senang nak rapat dengan Aiden nanti. Masa tu, kita dah boleh start misi kita. Lepastu, aku akan buat Steff sakit hati melalui Aiden. Bila Steff patah hati, itu adalah masa yang terbaik untuk kau ambil hati dia semula. Dan, aku akan pastikan juga masa tu dia betul-betul dah benci dekat Aiden." Audrey buat evil laugh depan Daniel.

"Pandai. Tak sia-sia aku bersubahat dengan kau." Ye, Daniel sedar mereka sedans bersubahat sekarang ini. Dia peduli apa? Dia nak Steffanie. Steffanie.

Daniel menepuk-nepuk tangannya tanda suka akan rancangan Audrey.

"Biasalah." Audrey bangga akan dirinya sediri. Buat jahat memang lah reti!

__________

"Steffanie!" Panggil Audrey.

"Apa pula perempuan ni nak? Menyampah betul lah dengan dia ni. Mesti cari fasal lagi." Kata Steffanie di dalam hati.

Ketika itu, Diamond Divas juga turut ada di situ.

"Weh Steff, Audrey panggil kau." Kata Mellysa.

"Ye." Steffanie mengangguk dan pergi menuju ke arah Audrey.

Diamond Divas hanya menjadi permerhati dan saksi dari jauh.

"Ready, Audrey." sinis hati Audrey.

"Apa?" Tanya Steffanie.

"Sorry?" Audrey buat muka kesian.

"Buang tabiat ke budak ni? Tiba-tiba je." Kata-kata itu mampu berkata di dalam hati Steffanie saja.

"Sebab?" Tanya Steffanie pula. Saja nak dengar apa yang keluar daripada mulut Audrey.

"Sebab selamani kita bermusuhan? Tak suka antara satu sama lain? Yela, dulu kan aku tak suka kau ada dekat sini." Sayu saja suara Audrey.

"Aku tak lah anggap kau musuh aku, cuma aku tak suka perangai kau yang sebelum ni. Tapi sekarang kau dah minta maaf, aku maafkan. Kita boleh jadi kawan." Steffanie menghadiahkan senyuman yang sempurna untuk Audrey.

Audrey membalas semyuman Steffanie.

"So, kita kawan? Kawan rapat?" Kata Audrey sambil tergelak kecil.

"Siapa kata tak boleh?" Kini giliran Steffanie puls yang gelak.

"Ok lah nak gerak dulu. Tadi nak cari FA tapi tak jumpa-jumpa." Memang Audrey tengah mencari Flowers'A. Namun, memandangkan Steffanie lalu, apa lagi? Jangan lepaskan peluang yang ada.

"Tadi ada nampak dorang dekat makmal bahasa. Tolong cikgu kot." Kata Steffanie.

"Lah yeke? Ok lah bye, nak cari dorang dulu." Audrey senyum lagi.

"Manis senyuman kau Audrey." Puji Steffanie di dalam hati.

"Yeah. Mission completed. Maaf lah Steffanie terpaksa bagi kau fakehope." Ujar Audrey di dalam hati dengan penuh sinis.

__________

"Apa je korang borak?" Tanya Alices.

"Ha cerita lah!" desak Jacqualine. Desakan manja gitu.

"Aku nak tahu juga." Kata Cynthia pula.

"Cerita lah Steffanie Hannah." Rayu Angelica.

"Something wrong je dia ni." Kata Mellysa dan membuatkan yang lain tergelak bila mendengar ayat Mellysa.

Steffanie juga gelak.

"Cerita lah!" Paksa Mellysa.

"Cerita lah!" Jacqualine, Alices, Mellysa, Cynthia dan Angelica bersatu padu menjerit ke lubang telinga Steffanie. Boleh pekak Steffanie nanti!

Steffanie menekup kedua-dua belah telinganya dan lari!

"Kejar Steff!"

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now