Epilog, Flashback*
"Mama, papa! I miss you both!" Jerit Aiden dari hujung airport ketika melihat kelibat mama dan papanya telah selamat sampai.
"Mama miss you too!" Datin Aliena mencubit manja kedua belah pipi Aiden.
Heh manjanya Aiden!
"So, mama taknak balik dulu! Mama nak makan dekat kedai. Craving makanan Malaysia." Datin Aliena ketawa kecil.
"Jom mama. Aiden bawa dekat satu restoran yang paling sedap ni. Mama mesti suka." Aiden tersengih-sengih.
Dato Anthony hanya mampu ketawa saja melihat keakraban dua anak beranak tersebut.
"Haih, papa dilupakan. Sedihnya." Dato Anthony acah-acah merajuk.
"Alolo sorry papa. Come, come." Aiden ketawa terbahak-bahak.
"Perli papa ye?" Dato Anthony saja-saja buat muka garang.
"Eh mana ada. Aiden buat ni ikhlas daripada hati tau." Suka Aiden menyakat papanya.
"Ada-ada saja kamu berdua ni." Tegur mamanya sambil ketawa juga.
__________
"Kamu betul ke ni? Sanggup?" Tanya Datin risau.
"Ye mama, Aiden kesian sangat tengok Daniel tu. Aiden nak tolong dia. Please, mama." Rayu Aiden semahu-mahunya.
"Tapi mama akan kehilangan anak yang mama sayang." Air mata Datin Aliena berjaya mengalir keluar.
"Aiden selalu dekat hati mama. Mama jangan risau ye?" Aiden mengelap air mata ibu kandungnya.
"Papa, taknak hilang kamulah Aiden. Kita baru je jumpa. Baru dah berapa hari papa dengan mama balik sini. Kamu pula dah nak tinggalkan kami? Kamu tak kesiankan kat mama dengan papa ke?" Dato Anthony cuba melarang dirinya.
Tetap tidak berjaya.
"Mama, Papa kalau kita tolong orang, orang tolong kita balik kan?" Tanya Aiden sambil senyum pahit.
"Ye sayang." itu saja jawapan daripada mamanya.
"Jadi, Aiden nak tolong Daniel biar Daniel tolong jaga hati Aiden nanti. Boleh kan papa?l Tanyanya kepada papanya pula.
"Hm, kamu baik sangat dekat orang. Sebab tu ramai suka kamu. Papa memang masih tak relakan kamu buat hal sebegini. Tapi kalau betul niat kamu mahu tolong orang, bantu orang papa cuba untuk dapat menerima kenyataan ini semua." Dato Anthony menepuk lembut belakang anak tunggalnya.
"Nanti mesti mama sunyi, mama mana ada anak yang lain. Kamu sorang saja harapan mama." Datin masih tidak mahu kehilangan Aiden.
"Aiden tunggu mama dekat syurga ye?" Aiden juga masih memujuk mamanya.
Datin pasrah.
"Bila Aiden dah takde nanti, tak mahu gaduh-gaduh ye. Nanti takde siapa nak pujuk mama dengan papa lagi. Aiden dah tak boleh lagi nak pujuk tau!" Aiden sempat mengingatkan ibu bapanya.
Dato Anthony memeluk anaknya dengan erat lagi. Datin Aliena juga berada dalam dakapannya.
"Papa sayang semua. Papa sayang mama, papa sayang Aiden. Aiden, kalau betul Aiden sedia dengan keputusan Aiden ni papa izinkan. Niat kamu baik, walaupun ia perit untuk diterima. Begitu susah nak lepaskan kamu sebenarnya. Tapi papa akan cuba juga." Kata Dato Anthony dengan penuh sebak.
Akhirnya, air mata ayah keluar saat-saat begini. Ingat senang ke nak tengok air mata ayah jatuh?
"Terima kasih papa!" Aiden juga mengalirkan air matanya. Dia pasti akan merindui ibu dan bapanya.
Datin Aliena? Jangan cakap, dah sembab dah mata tu.
"Aiden nak tidur dulu ye?" Aiden meleraikan pelukan tiga beranak tersebut.
Papa dan mamanya mengangguk.
"Goodnight!" Ujar Aiden tersenyum.
Dia masuk ke bilik tidurnya lalu mencari sebatang pen dan buku notanya.
Dia mulai menulis surat-surat yang bakal rakan-rakanya baca kelak.
"Terima kasih mama, papa sudi lahirkan Aiden dan besarkan Aiden." Ucapnya dengan perlahan apabila dia terimbas kembali insiden yang berlaku tadi.
-TAMAT-
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...