"Mana dorang ni." Ke hulu ke hilir Steffanie menantikan kepulangan rakan-rakanya dari hutan tersebut.
"Group dorang je yang belum keluar dari hutan tu." Kata Angelica.
"Dorang kenapa weh? Takut aku." Cybthia berfikiran negatif.
"Cikgu, satu group lagi belum sampai. Boleh tolong cari dorang?" Tanya Aiden. Ketika itu, dia lah yang paling risau.
"Weh asal ni?" Tegur Daniel.
"Group Veron belum sampai lagi." Kata Lucas.
"Dah nak kul 12 dah ni weh!" Ryan sekadar mahu mengingatkan.
"Group siapa ye?" Tanya Cikgu Anita.
"Group Veron cikgu." Balas Aiden.
"Semua balik dulu ok, biar kami settle kan hal ini." Cikgu Anita kelihatan masih tenang.
'"Tapi cikgu saya nak ikut cari dorang juga." Aiden merayu.
"Tak perlu. Bahaya. Dah dah balik pergi khemah masing-masing. Tidur." Arah Cikgu Anita.
"Tapi cikgu...." Lucas tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
"Takde tapi tapi. Saya kata pergi masuk khemah masing-masing. Ada yang masih tak faham bahasa ke?" Cikgu Anita mulai marah.
Kalau dia sudah pilih hitam, hitam lah. Kalau putih, maka putih lah. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan keputusannya.
Aiden, Lucas, Ryan dan Daniel terpaksa akur.
Tiba-tiba Daniel batuk begitu kuat hingga dadanya terasa sakit lagi.
"Daniel?" Tanya Ryan.
__________
"Cikgu, Audrey hilang!" Jerit Emma dengan nada yang risau.
"Apa, Audrey pula yang hilang?" Nasiblah Cikgu Anita tiada serangan jantung.
"Audrey pergi mana ni? Beth tampak resah ketika itu.
"Tadi ada je dengan kita kan." Kata Victoria pula.
"Harap-harap takde apa jadi dekat dia." Ucap Lily perlahan.
"Amin." Sokong Sophia.
__________
"Weh, lubang ni dalam sangat! Macam mana nak keluarkan Mellysa dari sini?" Tanya Henry.
"Fikir lah weh!" Marah Alices.
"Pakailah tali, benda panjang ke apa. Bagi aku naik. Cepatlah aku tak suka lah duduk dalam ni." Mellysa sudah mula merengek macam budak-budak.
"Ha, tali! Siapa ada tali?" Tanya Alexis.
"Kalau tali tu dah ada, dah lama Mellysa ni dah naik balik." Perli Alices.
"Dah dah, aku tak suruh korang gaduh sekarang ni. Kita kena cari jalan keluar. Minta bantuan fasi dan cikgu." Kata Veron pula.
"Habistu, aku tinggal dalam lubang ni sorang sorang ke?! Sampai hati memasing!" Jerit Mellysa dari dalam lubang tersebut.
"Entah lah kau ni Veron, kenapa biul sangat?" Henry menyokong Mellysa.
"Habistu macam mana takkan nak duduk dekat sini sampai pagi?" Tanya Veron lagi.
"Masing-masing otak...haih! Alices kau tolong ambil papan tu." Arah Jacqualine.
"Nak buat apa dengan papan ni?" Pertanyaan Alices dibiarkan sepi.
Jacqualine membuat beberapa garisan lubang pada papan tersebut menggunakan batu-batu tajam yang ada di situ.
Sedang dia ligat mengerjakan aktiviti tersebut, semua hanya pasang mata, ada yang nak tertidur pun ada. Contohnya, Alexis. Mana tidak. Dah larut malam dah.
"Aku tak suruh korang tengok je. Tolong sekali." Kata Jacqualine dengan nada yang marah.
"Kita jangan tengok dia. Jom tidur." Kata Henry.
Dengan pantas Jacq menarik telinga Henry.
"Sakitlah. Hm." Henry mengusap-usap telinganya yang merah.
"Tolonglah! Buat apa nak tengok je!" Kemarahan Jacqualine sudah meletus.
Secara auto dan matiknya tangan-tangan yang lain tadinya liat semacam terus ligat mencari batu.
"Kau yakin Mellysa boleh keluar dari lubang tu pakai papan ni?" Tanya Alices.
"Papan ni kan kita buat macam tangga. So doa-doakan lah boleh. Aku dah tak tahan nak tersepit dalam hutan ni. Bila Mellysa dah dapat keluar dari lubang ni, kita terus cari jalan keluar ok?" Arahan Jacqualine hanya direspon dengan anggukkan sahaja.
Apabila Veron menjenguk Mellysa di dalam lubang tersebut, lahir rasa kasihan yang mendalam dalam dirinya.
Sampai tertidur-tidur Mellysa menunggu hasil kerja tangan mereka tersebut.
Tiba-tiba mereka mendengar suara menangis.
"Weh, Mellysa nangis ke?" Alices terketar-ketar mahu bertanya.
"Takdelah, mana ada." Jawab Veron.
"Habistu, siapa?" Alexis pula yang bertanya.
"Sabar ok. Abaikan benda tu." Kata Henry memberi nasihat kepada mereka semua.
Akhirnya tangga tak jadi siap!
"Mellysa bangun Mellysa. Keluar cepat!" Jerit Jacqualine dan akhirnya Mellysa terjaga.
Semuanya berjalan dengar lancar.
Mellysa terus memeluk rakan-rakannya.
"Weh aku nak balik!" Mellysa menangis.
"Ye, kita sama-sama cari jalan keluar." Ucap Jacqualine dengan nada yang menenangkan.
"Awak, sabar ok? Dah jom." Kata Veron pula.
"Siapa yang menangis?" Tegur Mellysa.
Tiada jawapan.
Keenam enam mereka menjerit akibat terkejut melihat susuk tubuh yang mungkin mereka kenali. Ya, mereka kenal!
Akibat jeritan mereka yang kuat itu, para fasi selamat menemui mereka. Mereka tidak lah sesat mana, sesat situ-situ sahaja.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...