"Sebelum kalian bersurai, kami pihak kaunseling ada satu berita gembira dan pastinya yang berada di sini akan teruja!" Cikgu Alyish merangkap guru kaunseling yang paling sporting berucap di atas pentas.
Semua terdiam. Sunyi sepi hotel tersebut seperti tiada orang langsung. Semua berdebar-debar menunggu berita tersebut.
"Minggu hadapan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu kalian ada camping khas untuk tingkatan 5!" Kata Cikgu Alyish dengan penuh teruja.
Semua bersorak keriangan. Camping adalah satu memori yang sangat berharga untuk diciptakan. Rugi pada siapa yang tidak suka akan kem!
"Baiklah bertenang semua." Pinta Cikgu Alyish.
Semua mendengar arahannya.
"Untuk bayaran pula..." Saja cikgu melambatkan percakapannya.
Berbagai-bagai anggapan daripada murid-murid. Ada yang sudah mengeluh kerana menganggapnya mahal.
"Tiada apa-apa bayaran yang dikenakan!" Cikgu Alyish terjerit kecil.
Maka, bersorak lagi lah mereka.
__________
"Penat nya." Aiden mengeluh kecil ketika dia telah sampai di perkarang rumahnya sendiri.
Seperti biasa, tiada siapa di rumah melainkan dirinya sendiri.
Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Tiba-tiba dia teringat semula akan kejadian di Annual Dinner tadi.
"Memang cantik Steff tadi. Kalaulah dia masih milik aku." Desis hatinya.
Dia membuka aplikasi Instagram.
"Fire Boys ft Annual Dinner." Caption Ryan.
Dia scroll lagi ke bawah.
Terlihat post daripada Mellysa pula. Gambar Mellysa bersama Diamond Divas.
Ditagnya satu persatu rakannya di instagram.
Dia membuka account Steffanie. Tapi malangnya accout Steffanie private.
"Hm tak dapat nak stalk." Hatinya berdesis.
Moodnya hilang begitu saja. Dia terus mencampakkan telefon bimbitnya ke karpet milik rumahnya itu.
Terlintas wajah ibu dan ayahnya di fikirannya. Bulan sebelas hampir saja mahu meninggalkan pergi. Tak lama lagi keputusan SPM mahu keluar.
"Aku ambil result sorang-sorang ke nanti?" Aiden mendengus geram.
Dipandangnya telefonnya dari jauh.
"Nak call ibu ke tak nak? Nak ke tak nak?"
"Nanti tak jawab sia-sia juga."Satu malam itu Aiden hanya membebel sepuas-puasnya.
Malam ini, Aiden mahu tidur di ruang tamu sahaja. Nampaknya dia penat sangat. Tak larat nak naik tangga. Fikirkan Steffanie lah, ibu lah, ayah lah, Daniel lah,
"Eh Daniel?" Tiba-tiba dia terfikir fasal Daniel pula.
Dia stalk whatsapp Daniel.
'Last seen yesterday 10:30'
Dia menilik jam tangan miliknya. Sudah pukul 12 lebih.
"Dah tidur kot." Hatinya cuba untuk berteka-teki.
"Tidur je la." Aiden buat keputusan untuk tidur. Dia mengantuk, mata pun dah habis battery.
Dia cuba untuk melelapkan matanya malam itu, hampir berjaya. Namun dihalang oleh sesuatu.
Tiba-tiba....
Telefonnya berdering tanpa henti. Dia mencapai telefonnya dengan muka yang penuh mamai.
"Hello." Sahut Aiden.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...