Daniel membuka surat yang telah dicoret oleh arwah Aiden. Sudah 9 hari Aiden tinggalkan mereka semua.
"Hi bro! Daniel Owen, masa kau tengah baca surat ni mesti kau dah guna hati aku kan? Ceh, abang sado kita dah sihat lah. Kau tak payah risau sangat lah fasal aku ni. Aku selalu dengan kau weh. Kau pakai hati aku, maksudnya aku dengan kau always together. Ye, kita sekarang dah dekat alam lain-lain. Tapi tu bukan penghalang untuk friendship kita ni kan?Walaupun aku dah takde, ingatlah weh kau lah best best friend aku.
Aku nak kau jaga Steff ye? Kau sayang Steff macam mana dulu korang pernah saling sayang :) Kau mesti pelik kan macam mana aku tahu semua ni? Sebelum aku pergi Steff dah story semuanya dekat aku.
Dia menangis weh, dia tak bagi aku bagi hati aku dekat kau. Tapi ni keputusan aku, last last reda juga lah tangisan dia masa tu. Aku peluk mama aku, ayah aku, Fire boys and aku pun sempat ucap bye bye dekat Diamond Divas. Cuma dengan kau je tak sempat. :((
Aku rasa sampai sini jela kita berhubung ok? Bye Daniel. Aku tunggu kau ye! Jaga Steff weh. Aku sayang dia, jaga dia untuk aku weh.
Sincerely, Aiden Jonathan ♡"
"Aku rindu kau Aiden!" Jerit Daniel, satu bilik bergema.
__________
Steffanie seperti masih tak boleh terima kenyataan yang Aiden sudah tiada. Walaupun telah 9 hari Aiden tinggalkan dia, dia tetap masih menangis sampai sekarang. Sekarang baru dia sedar, betapa dia sayang pada Aiden. Aiden juga bagi surat padanya tapi dia masih tak sampai hati nak baca. Akhirnya dia baca juga pada hari ini.
"Hi Steffanie Hannah! Awak tengah buat apa tu? Hehe takdelah, saya cuma nak cakap terima kasih dengan kasih sayang yang awak pernah bagi dekat saya dulu. Terima kasih juga sebab pernah jadi kawan saya, teman saya, sayang saya eh melebih pula saya ni. Hahaha.
Awak, awak tahu tak yang saya sayang sangat dekat awak? Boleh dikata berbulan bulan dah kita tak berbaik macam dulu. Mungkin dengan cara ni saya dapat tamatkan peperangan dingin antara kita ni kan?
Dan ini permintaan terakhir saya, saya nak tengok awak bahagia dengan Daniel macam dulu. Korang nampak serasi sangat bila bersama. Saya tak tipu tau! Tolong sayang Daniel balik untuk saya? Bukan untuk saya je, untuk Daniel juga lah kan?
Bye Steff, take care ye. Wish you all the best and have a great result SPM ni nanti. Saya akan rindukan awak."
Habis basah dah surat daripada Aiden akibat air mata Steffanie yang jatuh.
Steffanie membelek-belek kotak yang bersaiz sederhana besar pemberian arwah Aiden sebelum dia berlalu pergi.
Dengan penuh kasih sayang dia membuka kotak tersebut. Dia terkejut melihat isi kotak tersebut.
"Ini kan jam tangan yang aku bagi masa birthday dia dulu?" Steffanie pelik.
Terdapat satu nota yang tertindih di bawah jam tersebut.
"Simpanlah jam tangan ni. Kalau saya nak bawa pergi pun tak dapat juga. Lama-lama mereput juga dia dalam tanah nanti. Terima kasih atas jam ni. Nanti kalau awak rindu awak tatap lah jam ni. Hehehe."
"Aiden..." Hati Steffanie merintih kuat memanggil Aiden.
Dia sayang Aiden.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...