"Aiden, wake up. Aiden, please. Aiden dengar tak saya cakap ni." Rayu Steffanie sepuas-puasnya. Air mata Steffanie mengalir dengan derasnya. Bukan Steffanie kalau tidak suka menangis.
"Aiden, bangunlah!" Steffanie mengoncang-goncangkan badan Aiden yang terlantar di katil dalam bilik icu tersebut.
Air matanya dibiarkan mengalir. Kali ini, tiada siapa yang mahu mengelap air matanya. Aiden masih tidak sedarkan diri lagi.
"Steffanie, Aiden tengah koma tu. Janganlah buat dia macam tu. Dia sakitlah nanti." Kata Mellysa dengan lembut. Bilik icu hanya 2 orang saja dibenarkan untuk masuk.
"Mel, bila Aiden nak bangun? Mel aku sayang dia Mel, aku tak nak hilang dia." Steffanie menangis semahu-mahunya dalam dakapan Mellysa. Mellysa yang tidak boleh tengok orang menangis teruk sebegitu, dia pun terikut menangis. Sayu!
"Kalau nak tengok Aiden sembuh, kau kenalah kuat. Kau tak boleh nangis nanti kalau Aiden tahu pun mesti dia sedih. Walaupun, dia koma dia dengar apa yang kita cakap sekarang ni tau. Kau cakap kau sayang dia kan? Kau cakap depan-depan dia. Dia tak boleh bercakap, tapi dia boleh dengar." Mellysa cuba menguatkan semangat Steffanie.
Steffanie mengangguk perlahan.
"Aiden, saya sayang awak. Awak tak sayang saya ke? Awak kena sembuh! Saya tahu awak boleh! Aiden Jonathan, kami semua sayangkan awak. Sayang sangat." Tersedu-sedu Steffanie berkata. Sambil dia berkata sambil itu dia menangis. Sungguh dia tak sanggup melihat keadaan aiden sebegitu. Kaki kanannya patah, tangan kirinya patah, kepala pula berbalut, muka sedikit bercalar, lengan juga ada luka-luka." Bayangkan kesakitan yang dirasakan oleh Aiden ketika itu.
Dengan tidak Steffanie dan Mellysa menyangka, Aiden mengalirkan air matanya yang jernih.
"Aiden! Aiden, awak dengar?" Steffanie terkejut dengan tindak balas yang diberikan oleh Aiden.
Aiden ingin mencapai tangan Steffanie tetapi tidak kesampaian. Dia begitu lemah ketika itu. Steffanie perasan akan hal itu.
"Aiden, saya ada dekat sini." Steffanie senyum bercampur nangis. Pipinya basah dengan air mata. Bajunya juga sedikit basah kerana terkena air matanya yang overdose mengalir.
Steffanie mengelap air mata Aiden. Seram melihat badan Aiden yang penuh dengan wayar. Wayar apa juga Steffanie pun tidak tahu.
"Steffanie, balik jom. Esok dah balik sekolah jenguk Aiden lagi ok? Dah malam dah ni, esok nak sekolah." Ajak Mellysa dengan lembut.
"Taknak, aku masih nak teman Aiden!" Steffanie menolak.
"Steff, kau takleh macam ni. Nanti pun nurse suruh kau keluar juga. Ini icu bukan wad biasa. Lagipun spm dah nak dekat. Kalau kau tak fokus macam mana nak cemerlang spm. Nak jadi doktor kan? Result kena gempak tau!" Mellysa cuba memancing Steffanie.
"Tapi, macam mana dengan Aiden? Kesian dia tinggal sorang-sorang dekat sini. Ibu dan ayah dia bukan nak tengok dia. Bila call, kata busy suruh kita jagakan. Like what kind of parents, they are?" Steffanie sedikit geram. Aiden tengah koma pun mereka masih tidak boleh balik Malaysia.
"Steff! Tak baik tau cakap macam tu. Kita kena fikir positif. Mana tahu parents dia memang busy yang sangat-sangat? Dah kita balik ya?" Kata Mellysa lagi.
"Aiden?" Steffanie tidak sanggup meninggalkan Aiden sendiri di bilik icu ini.
"Ramai nurse yang boleh jaga dia, jangan risau." Mellysa cuba meyakinkan Steffanie.
Steffanie mengangguk terpaksa. Ikutkan hati dia taknak sekolah esok, dia nak teman Aiden. Apakan daya, waktu tidak mengizinkan dirinya.
Mereka berlalu pergi dan keluar dari bilik icu tersebut.
__________
"Eh korang masih dekat sini? Asal tak balik lagi? Dah lewat dah ni. Esok sekolah." Mellysa terkejut melihat DD dan FB masih tercegat di hospital.
"Kita orang tunggu korang. Aiden macam mana?" Tanya Veron ingin tahu.
Penampilan Veron begitu kusut ketika itu. Mana tidak. Siapa juga yang tidak sedih. Kawan baik accident kot.
"Dia dengar apa yang aku cakap. Dia nangis." Itu saja yang mampu Steffanie katakan, selebihnya hanya menangis.
Semua buat muka pelik kecuali Mellysa dan Steffanie.
"Veron, nanti kau kena cerita macam mana Aiden boleh accident teruk macam tu." Kata Henry sambil menepuk-nepuk bahu Veron tanda untuk memberikan semangat kepada Veron. Dia tahu Veron lah yang paling rapat dengan Aiden, sejak kecil lagi. Aiden dan Veron ni sepupu sebenarnya sebab itu lah mereka berkenalan dari kecil lagi.
"Veron aku nak tahu juga, esok dekat sekolah kau cerita dekat kami semua ya?" Pinta Steffanie.
Veron mengangguk dengan perasaan yang masih berduka itu.
"Daripada semuanya indah, ceria je pagi tadi tiba-tiba jadi macam ni." Alices turut bersedih akan hal tersebut.
"Anggap saja ini takdir. Doakan yang baik-baik untuk Aiden." Kata Jacqualine untuk memberikan semangat kepada mereka semua.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Genç Kurgu[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...