Henry menolak kerusi Ryan dengan kakinya.
Ketika itu, pengawas peperiksaan yang bertugas tidak melalui jalan di bahagian tempat duduk mereka.
Ryan membuat isyarat "nak apa?"
Henry pula membuat isyarat "nak jawapan."
Semuanya telah dirancang dari awal tadi.
Ryan buat-buat membuang sampah ke belakang. Itu bukanlah sampah, tapi itu kertas.
*Jawapan*
"Ni SPM gila. Jangan buat hal boleh tak? Aku taknak gagal dengan kau."Sebuah nota dihadiahkan Ryan kepada Henry.
"Hahaha. Bongok." Desis hati Henry sambil bergelak ketawa di dalam hati.
Nota itu dilipatnya menjadi bentuk segi empat bersaiz kecil dan dimasukkannya ke dalam pocket baju sekolahnya.
__________
"Ok, kenapa Sejarah susah sangat?" Jerit Alexis.
"Kan! Banyak masuk tingkatan 4 punya bab. Dah lah aku tak baca sangat." Lucas menyesal.
"Yang dia pergi tanya bab 1 tingkatan 4 buat apa? Dia tahu tak kita ni tingkatan 5?" Panas hati Henry.
"Alah kacang je tadi." Ryan mencuba untuk riak?
"Sebab tu aku minta jawapan tadi kau tak nak bagi?" Henry mengungkit semula kejadian tadi.
"Nak berjaya kena usaha sendiri." Perli Ryan.
"Benda dah lepas sudahlah. Ini lah manusia tak boleh move on! Bagi pelajar belajar Sejarah. Mana taknya!" Veron mencuba untuk melawak.
Tawa lima sekawan itu mulai kedengaran setelah mendengar lawak hambar Veron tadi.
__________
"Macam mana Sejarah?" Tanya Steffanie kepada ahli-ahli Diamond Divas.
"Boleh je jawab. Sikitlah." Mellysa ketawa.
"Esei, esei, esei." Jacqualine mulai membebel.
"Kan! Aku ingat sikit je." Alices menyokong Jacqualine.
"Chill. Jangan kenang dah." Nasihat Cynthia.
"Esok apa? English eh? Tanya Angelica.
Masing masing mengangguk.
"Lepak rumah aku nak? Release tension Sejarah tadi. Hahaha." Tanya Mellysa.
"Parents kau tak marah?" Tanya Angelica pelik.
"Buat apa nak marah? Korang kan kawan aku." Jawab Mellysa.
"Boleh je!" Kata Jacqualine.
"Pakai kereta masing-masing." Kata Alices tiba-tiba.
"Alah Alices. Ambil lah kita orang. Kau tak kesian ke dekat kawan-kawan kau?" Cynthia buat-buat sedih.
"Boleh lah Alices?" Pujuk Steffanie pula.
"Yelah! Nasib baik sayang." Alices mengangguk-angguk.
Mellysa hanya ketawa melihat gelagat mereka berlima.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...